1 Oktober 2013

Posted by jinson on 1.10.13 No comments
Yuna Buat Persembahan Di Majlis Prestij UNHCR Geneva
Tiada apa lagi yang lebih berharga dan membanggakan apabila sebuah agensi sebesar Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) mengundang anak Malaysia yang terus unggul mengorak langkah di arena muzik antarabangsa, Yuna, membuat persembahan di sebuah majlis anjurannya.
 Yuna yang kini bernaung dibawah label Verve Music Group milik David Foster itu mendapat jemputan mengadakan persembahan di Geneva, Switzerland. Majlis anjuran Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR)telah diadakan berikutan penganugerahan untuk Anugerah Pelarian Nansen UNCHR.
 Sebagai indidvidu yang pertama daripada Malaysia, Yuna telah dijemput bersama dengan penyanyi Britain, Dido dan dan pemuzik dari Mali calon anugerah Grammy iaitu Amadou dan Mariam. Yuna telah membuat persembahan dan lebih membanggakan ini merupakan kali pertama penghibur dari Malaysia diundang untuk membuat persembahan di majlis berprestij anjuran Persatuan Bangsa Bagsa Bersatu (PBB) atau United Nation itu.
 Antara petikan daripada ucapan Yuna yang disiarkan BERNAMA, dia terharu dan gembira kerana diberi peluang keemeasan ini dan dia sangat gembira serta cukup terharu diberi peluang membuat persembahan di majlis itu. Sejak pelancaran album sulungnya pada 2008, lirik Yuna yang penuh makna menyebabkan beliau mendapat pengktirafan dari seantero dunia.
 Penyanyi popular itu mendapat sanjungan kritikal daripada majalah seperti Rolling Stone, VIBE, dan Elle, dan kerap membuat persembahan di festival muzik utama. Bekerjasama dengan artis terkemuka bagi menghasilkan albumnya sendiri, Yuna juga menyertai rakaman album single yang popular "One Woman" untuk Wanita PBB, yang dilancarkan pada Hari Wanita Antarabangsa pada 2013.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog