Sesiapa yang pernah berkunjung ke Makkah suatu ketika dahulu, sudah pastinya mendengar kemerduan suara muazzin melaungkan azan dari Masjidil Haram. Kemerduan ini sememangnya menjadi contoh azan terbaik di dunia ini. Antaranya seperti seorang budak lelaki ini yang dikenali sebagai adik Amnan Sani. Adik yang merupakan peserta Qari Junior 2 di TV3 ini, ternyata mempunyai suara yang sangat merdu. Anda boleh tonton video di atas ini.
Subhanallah… merdu sungguh suara Adik Amnan Sani,9, mengalunkan azan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Sesiapa yang pernah ke kota suci Mekah pasti akan rasa terimbau suasana di sana kerana gaya azannya mirip salah seorang bilal Masjidil Haram, Sheikh Ali Ahmad Mulla.
Nama : Adik Amnan Sani
Gaya laungan azan : Sheikh Ali Ahmad Mulla (Bilal Mekah)
Lokasi: Masjid Shah Alam, Selangor
Info terbaru: Dia pernah melaungkan azan di hadapan Sheikh Ali Ahmad Mulla sendiri pada 28 Jun 2013 di Majlis Sultan Salahuddin Abdul Aziz.
Khabarnya sewaktu Sheikh Ali Ahmad Mulla mengunjungi Masjid Shah Alam pada 28 Jun 2013 lalu, beliau sendiri turut mendengar alunan azan yang dikumandangkan oleh Adik Amnan.
Kalau ada yang perasan, Adik Amnan merupakan salah seorang peserta Qari Junior 2 di TV3 namun tersingkir pada 23 Julai 2013 lalu.
Subhanallah… merdu sungguh suara Adik Amnan Sani,9, mengalunkan azan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Sesiapa yang pernah ke kota suci Mekah pasti akan rasa terimbau suasana di sana kerana gaya azannya mirip salah seorang bilal Masjidil Haram, Sheikh Ali Ahmad Mulla.
Nama : Adik Amnan Sani
Gaya laungan azan : Sheikh Ali Ahmad Mulla (Bilal Mekah)
Lokasi: Masjid Shah Alam, Selangor
Info terbaru: Dia pernah melaungkan azan di hadapan Sheikh Ali Ahmad Mulla sendiri pada 28 Jun 2013 di Majlis Sultan Salahuddin Abdul Aziz.
Khabarnya sewaktu Sheikh Ali Ahmad Mulla mengunjungi Masjid Shah Alam pada 28 Jun 2013 lalu, beliau sendiri turut mendengar alunan azan yang dikumandangkan oleh Adik Amnan.
Kalau ada yang perasan, Adik Amnan merupakan salah seorang peserta Qari Junior 2 di TV3 namun tersingkir pada 23 Julai 2013 lalu. 


Gambar Mat Luthfi lawat gereja di pagi raya telah cetus kontroversi. Akibat daripada tindakan tersebut, ramai peminat yang memberi komen negatif dan ada juga yang menyokong tindakan Matluthfi dan mengatakan tindakan tersebut tidak salah. Menurut Matlufti, dia hanya melakukan site visit ke gereja tersebut untuk tugasan beliau. Selain itu dia juga dijemput untuk melakukan ceramah pada ahad nanti. Sebenarnya, menjejakkan kaki di gereja dan ada niat atau tujuan tertentu memang tidak salah namun jika mengikuti upacara keagamaan itu adalah salah. Apapun, memang terbaik Mathluthfi kerana dengan ayat ” We welcome Everbody. Doesn’t Matter Who You Are”. Menghormati antara agama lain adalah nilai paling penting dalam Islam.
Guangzhou: Nasib sememangnya tidak menyebelahi pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei apabila dia terpaksa menarik diri di saat paling getir sekali gus tewas buat kali ke-22 di tangan seteru utamanya, Lin Dan.
Bagaimanapun, kekalahan 21-16, 13-21 dan ketinggalan 17-20 sebelum Chong Wei terpaksa menarik diri akibat kekejangan paha kedua-dua belah kakinya itu bukanlah topik hangat yang dibicarakan di Gimnasium Tertutup Tianhe semalam, sebaliknya semua pihak termasuk penonton tertanya-tanya mengapa penganjur bertindak mematikan alat pendingin hawa stadium ketika perlawanan memasuki set kedua.
“Bukan mahu mencipta alasan. Kalah tetap kalah tapi kami mahu tahu mengapa pendingin hawa dimatikan, ternyata ia menjejaskan permainan Chong Wei dan kami tidak menjangkakan sampai begini keadaannya,” kata jurulatih Tey Seu Bock.
“Pada set kedua, Chong Wei ada beritahu saya bahawa dia sudah mula merasa ototnya mungkin kejang tapi dia tetap mahu melawan Lin Dan kerana kami melihat pergerakan Lin Dan tidak lagi lincah seperti sebelumnya.
“Tapi Chong Wei mula menghadapi dehidrasi dan lemas kerana oksigen semakin kurang.
“Kami ada mengadu kepada BWF tapi mereka juga tidak tahu apa yang berlaku, alasan sama juga diberi penganjur,” kata Seu Bock lagi.
Selepas perlawanan, Chong Wei terpaksa diusung dan dirawat di bilik kecemasan di venue pertandingan, sebelum dikejarkan ke Hospital 12, Guangzhou.
Kemenangan Lin Dan itu meletakkan namanya dalam sejarah badminton dunia apabila berjaya merangkul gelaran kelima bagi dirinya sepanjang enam kali beraksi di final.
Begitupun, ketika ditanya mengenai situasi itu, Lin Dan yang juga pemain di ranking ke-286 dunia, berkata: “Sebagai pemain apabila kami fokus kepada perlawanan, kami tidak sedar apa yang berlaku di persekitaran.
“Saya memang terasa sedikit panas, tapi itu mungkin penganjur mahukan perlawanan antara saya dan Chong Wei berlangsung sehingga mencapai tahap yang amat hebat.
“Saya rasa perlawanan antara kami cukup hebat, tapi saya kasihankan dia kerana tidak mampu meneruskan perlawanan.
“Saya tahu bagaimana rasanya apabila mengalami kekejangan. Sewaktu latihan dulu pun saya pernah mengalaminya dan tidak mampu untuk bangun,” katanya yang layak ke kejohanan itu menerusi tiket wild card.
Sementara itu, Setiusaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai mengesahkan setakah jam 10.15 malam (waktu Malaysia) keadaan Chong Wei stabil selepas dirawat dengan Sodium Chloride tetapi masih berada di hospital.


KUALA LUMPUR, 11 OGOS 2013: Pemergian bapa tercinta Dato' Seri Hj Abu Zahar Ithnin adalah kehilangan yang amat besar kepada aktres dan bakal pengarah, Dira Abu Zahar, apabila tokoh politik ternama yang juga bekas Ketua Menteri Melaka ke-8 itu menghembuskan nafas terakhir pada 12 Julai lalu di usia 74 tahun.
Menurut Dira atau nama sebenarnya Khaidirah Abu Zahar itu memberitahu bahawa Syawal kali ini memang sangat berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini. Kemeriahan kala menjelang Syawal yang selama ini menjadi kewajipan keluarga terus hilang apabila bapanya telah dijemput oleh Allah SWT.
Menggantikan sambutan Aidilfitri bagi keluarga Dira tahun ini adalah majlis tahlil yang telah pun diadakan pada malam Syawal ketiga yang akan diadakan di kediaman keluarga Dira di Merlimau Melaka.
"Tahun ini Syawal saya dan keluarga tidak seperti selalu. Tiada kemeriahan kerana tiadanya lagi insan yang bernama ayah. Kehilangannya tiada ganti dan kami memilih untuk mengadakan majlis tahlil selepas pemergiannya pada 12 Julai lalu.
"Percaya atau tidak, meriahnya sambutan raya keluarga saya memang sama sepertimana yang sering digambarkan di kaca televisyen atau iklan-iklan, begitulah meriahnya keluarga saya. Kami akan memasak dodol, bakar lemang dan segala macam benda akan dibuat pada malam raya.
"Tetapi orang yang menjadi penggerak dan ketua keluarga telah tiada jadi kami sekeluarga memutuskan untuk mengadakan bacaan doa dan tahlil pada malam raya ketiga ini,"jawab Dira apabila ditanya mengenai Syawalnya tahun ini tanpa ayah tersayang.
Anak bongsu kepada tokoh politik Melaka ini mengakui bahawa dia seorang yang mendahulukan keluarga (family-oriented) cukup terpukul diatas kehilangan ini. Tiada sebarang persiapan raya buat Dira pada tahun ini,cuma sedikit untuk anak Anggun Deandra.
Isteri kepada pengarah Bikers Kental, Helmi Yusof ini juga memberitahu bahawa dia tidak dibebani giliran untuk berhari raya kerana keluarga mertuanya tinggal tidak jauh di negeri bersebelahan iaitu di Negeri Sembilan.
KUALA LUMPUR, 11 OGOS 2013: Baru sahaja mendirikan rumahtangga pada 7 Jun lalu, penyampai radio Era, Zahid mengakui sangat teruja untuk menyambut Syawal pertama , bersama isteri tersayang, Sarah.
Lebih teruja lagi, Zahid memberitahu dia terlebih dahulu beraya di rumah mertuanya di Perak diikuti dengan ibu bapa Zahid. Secara kebetulan pula, rumah ibu bapa Sarah dan rumah ibu bapa Zahid terletak berdekatan. Menarikkan?
Selain itu, Zahid turut berkongsi cerita mengenai kehidupannya yang kini bergelar suami dan sudah berumahtangga. Ingin tahu apa masakan kegemaran yang Zahid mahu isterinya masak di pagi Raya? Saksikan video murai raya di bawah ini.
KUALA LUMPUR, 11 OGOS 2013: Meskipun ini adalah pertama kali penyanyi Ning Baizura dan suami Omar Dalton menyambut Aidilfitri bersama-sama cahaya mata sulung mereka, Ryan Sky Dalton, namun suasana berhari raya di tanah air nampaknya tidak akan dapat dinikmati bersama.
Ini kerana tiga anak beranak berkenaan termasuk ibu kesayangan penyanyi Pelangi Untukmu itu, Satilah Abdullah akan meraikan Syawal tahun ini di kota London bersama-sama keluarga suaminya di sana.
Bercakap kepada portal murai.com.my, Ning Baizura berkata, dia telah terbang ke United Kingdom (UK) sejak 25 Julai lalu untuk menziarahi keluarga suaminya termasuk dua orang anak tirinya di sana bagi memperkenalkan Ryan Sky kepada mereka.
"Memandangkan kami berada di UK sejak penghujung Julai lalu untuk memperkenalkan Ryan Sky kepada saudara maranya di sini, jadi rasanya kami hanya berkesempatan meraikan Aidilfitri di sini sahaja.
"Memang suasanya agak berbeza dan tidak semeriah di tanah air tetapi saya bersyukur kerana ibu dan suami ada bersama-sama saya meraikan hari raya di perantauan. Itu sudah memadai buat saya," katanya.
Jelas Ning Baizura, bagi merasai sendiri kenikmatan berhari raya bersama-sama masyarakat Melayu di sana, dia telah diundang untuk hadir ke Malaysian Hall bersama-sama keluarga tercinta pada hari raya kedua yang lalu.
Malah sebelum berangkat ke UK, dia telah membuat perancangan rapi supaya semua keperluan meraikan lebaran tidak dilupakan terutama sekali pakaian raya dan juadah wajib untuk mereka anak beranak merasai suasana berhari raya tidak dilupakan begitu saja.
"Syukur Alhamdulillah, walaupun saya berada di perantauan tetapi kunjungan saya di sini masih disambut baik oleh keluarga sebelah suami dan juga beberapa rakyat Malaysia di sini terutama dalam meraikan hari raya.
"Apa yang akan kami sekeluarga lakukan bagi membawa mood hari raya di sini ialah dengan memakai pakaian hari raya pada hari raya pertama dan pada hari raya kedua kami seisi keluarga telah berkunjung ke Malaysian Hall.
"Apatah lagi hubungan keluarga kedutaan Malaysia di sana dengan saya agak rapat dan mereka sentiasa mengalu-alukan kehadiran saya di kediaman mereka pada hari raya nanti.
"Cuma apa yang pasti, saya dan ibu akan menyediakan juadah tempatan seperti serunding, sambal belacan, roti nan dan kurma sebagai santapan kami di pagi lebaran. Tentunya saya akan merindui lemang dan ketupat di pagi raya," katanya yang bakal tampil dengan konsert solo keduanya pada September ini.




