12 Ogos 2013

Posted by jinson on 12.8.13 No comments
Ning Baizura Bawa Ryan Sky Beraya di Malaysian HallKUALA LUMPUR, 11 OGOS 2013: Meskipun ini adalah pertama kali penyanyi Ning Baizura dan suami Omar Dalton menyambut Aidilfitri bersama-sama cahaya mata sulung mereka, Ryan Sky Dalton, namun suasana berhari raya di tanah air nampaknya tidak akan dapat dinikmati bersama. Ini kerana tiga anak beranak berkenaan termasuk ibu kesayangan penyanyi Pelangi Untukmu itu, Satilah Abdullah akan meraikan Syawal tahun ini di kota London bersama-sama keluarga suaminya di sana. Bercakap kepada portal murai.com.my, Ning Baizura berkata, dia telah terbang ke United Kingdom (UK) sejak 25 Julai lalu untuk menziarahi keluarga suaminya termasuk dua orang anak tirinya di sana bagi memperkenalkan Ryan Sky kepada mereka. "Memandangkan kami berada di UK sejak penghujung Julai lalu untuk memperkenalkan Ryan Sky kepada saudara maranya di sini, jadi rasanya kami hanya berkesempatan meraikan Aidilfitri di sini sahaja. "Memang suasanya agak berbeza dan tidak semeriah di tanah air tetapi saya bersyukur kerana ibu dan suami ada bersama-sama saya meraikan hari raya di perantauan. Itu sudah memadai buat saya," katanya. Jelas Ning Baizura, bagi merasai sendiri kenikmatan berhari raya bersama-sama masyarakat Melayu di sana, dia telah diundang untuk hadir ke Malaysian Hall bersama-sama keluarga tercinta pada hari raya kedua yang lalu. Malah sebelum berangkat ke UK, dia telah membuat perancangan rapi supaya semua keperluan meraikan lebaran tidak dilupakan terutama sekali pakaian raya dan juadah wajib untuk mereka anak beranak merasai suasana berhari raya tidak dilupakan begitu saja. "Syukur Alhamdulillah, walaupun saya berada di perantauan tetapi kunjungan saya di sini masih disambut baik oleh keluarga sebelah suami dan juga beberapa rakyat Malaysia di sini terutama dalam meraikan hari raya. "Apa yang akan kami sekeluarga lakukan bagi membawa mood hari raya di sini ialah dengan memakai pakaian hari raya pada hari raya pertama dan pada hari raya kedua kami seisi keluarga telah berkunjung ke Malaysian Hall. "Apatah lagi hubungan keluarga kedutaan Malaysia di sana dengan saya agak rapat dan mereka sentiasa mengalu-alukan kehadiran saya di kediaman mereka pada hari raya nanti. "Cuma apa yang pasti, saya dan ibu akan menyediakan juadah tempatan seperti serunding, sambal belacan, roti nan dan kurma sebagai santapan kami di pagi lebaran. Tentunya saya akan merindui lemang dan ketupat di pagi raya," katanya yang bakal tampil dengan konsert solo keduanya pada September ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog