Jika ditanya bagaimanakah perasaan Sazzy Falak yang ketika sedang menghitung hari pemergiannya ke PLITZS New York City Fashion Week pada awal September nanti, pastinya jawapan yang akan terpacul dari mulut pelakon dan pengacara kecil molek itu ialah takut.
Manakan tidak. Dia bersama pasukannya akan ke New York pada tanggal 2 September ini untuk membawa nama negara bagi memperkenalkan 25 persalinan berasaskan batik untuk dipamerkan di hadapan penggemar fesyen kota metropolis berkenaan.
Bersandarkan semangat membara serta sokongan padu suami tercinta, Nash yang akan turut menyertai pasukan Street Fashion by Sazzy Falak Goes to New York, Sazzy Falak ternyata berpandangan positif dengan kunjungannya itu.
"Ya, saya sangat teruja dan cukup seronok sebelum ini. Tetapi sekarang apabila semakin dekat dengan harinya, perasaan itu berbeza dan saya menjadi takut. Tapi apa yang penting sekarang, saya membiarkan fikiran saya terbuka dengan apa juga kemungkinan dan berdoa agar segala apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar apabila tiba masanya nanti," katanya bercerita tentang perasaannya selepas jenama fesyennya terpilih untuk menyertai Minggu Fesyen New York.
Sazzy Falak bakal mempamerkan 25 persalinan menerusi koleksi Batique yang memiliki citarasa gabungan antara Timur dan Barat sesuai untuk penggemar fesyen bandaraya epal berkenaan.
Kunjungannya ke sana telah mendapat sokongan padu serta kerjasama baik daripada Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) dan Multimedia Development Corporation (MDeC).
Selain Street Fashion By Sazzy Falak, satu lagu label fesyen tempatan, Mybawal Scarf dari Norjuma Habib Mohamed turut mengambil bahagian.
Bakal mengadakan pertunjukan fesyen di Hotel Park Central, New York pada 7 September ini, ketibaan Sazzy dan 6 orang pasukannya di kota Sex And The City itu pada 3 September ini ternyata akan padat dengan proses fitting bersama-sama 25 model terpilih.
Malah dia berkata, pelbagai persiapan terakhir sedang dijalankan ketika ini termasuk menjalani sesi fotografi bersama supermodel terkenal tanah air Tini, menyiapkan look book dan beg cenderahati untuk para teramu yang akan hadir pada pertunjukan fesyen itu nanti.
"Sebagai pengasas jenama ini, sudah pasti saya menyukai setiap rekaan yang saya tampilkan. Bagaimanapun saya mengharapkan agar penggemar fesyen di New York akan menggemari rekaan jenama fesyen saya itu.
"Saya juga mengharapkan agar ramai pembeli fesyen di sana akan mendekati koleksi Sazzy Falak dan pastinya saya serta suami akan menjalani pelbagai aktiviti pemasaran untuk label fesyen saya ini sepanjang berada di sana," katanya yang hanya akan pulang ke tanah air pada 18 September depan.
Bercerita bagaimana dia telah didekati oleh pihak penganjur minggu fesyen berkenaan, Sazzy Falak sendiri agak terharu dengan kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak berkenaan sehingga bersetuju menyediakan ruang untuk mempamerkan koleksi batik sulungnya itu.
Katanya, pelbagai peringkat telah dilaluinya selepas pihak penganjur mendekatinya pada April lalu.
Ini termasuklah sesi temubual di laman YouTube dan pembentangan demi pembentangan sehingga pihak berkenaan berminat untuk mengambil jenamanya untuk diselitkan dalam salah satu slot minggu fesyen berkenaan.
Tambah Sazzy Falak, dia sangat terharu apabila ideanya untuk memperkenalkan jenama fesyennya dengan hanya bermodalkan wang simpanan sendiri, telah mendapat maklum balas baik daripada pihak antarabangsa.
Dia menanam impian, agar jenama fesyen Sazzy Falak akan terus menjadi perhatian di negara luar terutama di Eropah yang gemarkan gabungan fesyen antara Timur dan Barat.
25 Ogos 2013

Pada minggu lalu, Murai Batu tengok industri hiburan kecoh sebentar mengenai cerita pelawak, Mamat Sepah yang secara terbuka telah mendedahkan cinta hati barunya. Syafiqa kepada pihak umum. Amboi selepas pelakon Rafidah Ibrahim, Mamat temui kekasih baru yang merupakan seorang pelajar di sebuah pengajian tinggi swasta.
Manis dan cantik juga Murai Batu lihat kekasih Mamat itu yang bernama Syafiqa. Dengarnya, mereka serius dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Haa baguslah kalau begitu, tak perlu berkawan lama-lama kan.
Tapi, hari ini Murai Batu bukanlah nak cerita pasal Mamat tetapi mengenai bekas kekasihnya dulu iaitu ahli kumpulan Butterfly iaitu Adda. Ada seorang teman Murai Batu menghantar sekeping gambar di majlis pertunangannya.
Wah nampaknya cepat juga Adda bertemu pengganti selepas perkahwinnya dulu tidak menjadi dan hanya bertahan selama 17 hari sahaja pada tahun lalu.
Menerusi gambar yang dikirmkan itu, hanya ada gambar Adda di sebuah majlis tunang baru-baru ini yang berselendang dan sedang disarungkan cincin oleh seorang wanita yang difahamkan ibu kepada tunangnya itu.
Tahniahlah Murai Batu ucapkan tetapi Murai Batu tertanya-tanya dengan siapa pula Adda bertunang? Jika dulu difahamkan suami orang, kali ini Murai Batu tidak pula diberitahu dengan siapa Adda bertunang.
Tak mengapalah, apa-apa pun, Murai Batu harap agar pertunangan Adda itu berpanjang hinggga bawa ke jinjang pelamin serta dapat menjalani alam rumahtangga bersama pilihan hati.
25.8.13
Unknown

Sebaik saja selesai solat Jumaat hari ini, Murai Batu didatangi satu berita tergempar yang melibatkan penyanyi lagu Kasanova iaitu Stacy. Dengarnya, juara Akademi Fantasia musim ke-6 ini telah pun memeluk agama Islam semalam dan bertukar nama kepada Nur Aisyah Rabiah.
Lebih mengejutkan lagi, Murai Batu difahamkan Stacy telah pun memeluk agama Islam kerana keakrabannya bersama penyanyi lagu Inilah Cinta, Akim. Tidak mahu percaya bulat-bulat gosip yang tersebar luas di internet itu, Murai Batu pun cubalah sendiri google dan membacanya di sebuah blog yang telah menulis tentang gosip berkenaan.
Selepas meneliti dan membaca penulisan itu, rupa-rupanya Stacy yang dimaksudkan itu bukanlah Stacy yang lahir daripada program AF6. Sebaliknya, Stacy yang dikatakan masuk Islam itu adalah Stacy yang nama sebenarnya ialah Stelly.
Lagi pun, setahu Murai Batu, nama sebenar Stacy AF6 ialah Stracy Angie Anam. Jadi, terang lagi bersuluh, gadis yang memeluk Islam itu bukan Stacy. Lebih ketara lagi, gambar yang tertera dalam blog berkenaan bukanlah gambar Stacy. Jauh panggang dari api beb!
Apapun, kecoh juga pejabat Murai Batu selepas Stacy dicanangkan masuk Islam. Ramai gembira kalau berita ini benar belaka. Apapun, kalau benar Stacy masuk Islam, takkan pihak pengurusan Stacy tak mahu berkongsi cerita gembira ini. Tak gitu dik non?

Meskipun umat Islam di Malaysia, masih dalam mood hari raya pada minggu pertama Syawal, namun murai.com.my masih menjadi tumpuan peminat setia info hiburan sehingga menyenaraikan 3 artikel yang berjaya masuk ke dalam Carta KesSahNya.
Tiga artikel yang mendapat jumlah pembaca tertinggi sekaligus berada di dalam Carta KesSahNya adalah mengenai penyanyi Atilia dan Shila Amzah serta seorang pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail.
Sehari sebelum menjelangnya Syawal, penyanyi Atilia Haron telah dikejutkan dengan berita sedih pemergian Allahyarham bekas suaminya, Ariff Johan Abdul Jalil yang menghidap kanser hati. Menerusi artikel yang tersenarai dalam Carta KesSahNya, Atilia meluahkan rasa hatinya ketika bersama bekas suaminya itu.
Selain itu, artikel mengenai Shila Amzah terima hadiah Teddy Bear besar juga turut mendapat tumpuan minggu lalu. Hadiah itu diterimanya ketika meraikan hari ulang tahunnya pada 13 Ogos lalu.
Dalam pada itu, kisah mengenai Ezuwan Ismail yang bernikah pada Syawal kedua juga turut menjadi tumpuan sepanjang minggu awal Syawal lalu. Adakah cerita pernikahan Ezuwan Ismail berjaya bersaing dan menjuarai Carta KesSahNya ?
Ingin tahu siapakah berjaya menjadi juara carta KesSahNya? Saksikan KesSahNya minggu ini bersama hos Ieka pada minggu ini.
Sementara itu, bagi segmen Seleb Vs GengMurai pula, KesSahNya tampilkan cerita mengenai pelakon, Rita Rudaini yang meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya kepada bekas suaminya, Aidil Zafuan selepas diceraikan 3 hari sebelum menjelang lebaran.
Ramai yang memberi komen dan semangat kepadanya kerana turut bersimpati dengan nasib Rita. Namun hanya satu komen sahaja dibaca oleh hos, Ieka.
Jadi, tunggu apa lagi, saksikan episod terkini KesSahNnya di bawah ini.

Meskipun program realiti nyanyian, Akademi Fantasia musim 2013 (AF2013) sudah pun memperkenalkan tenaga pengajarnya yang diberi nama 'Inspirer', namun masih ramai yang ternanti-nantikan siapakah yang bakal menjadi hos utama pentas untuk musim kali ini.
Selepas membariskan nama-nama besar seperti Datuk Aznil Hj Nawawi, Dato' AC Mizal dan Sarimah Ibrahim sebagai pengacara Akademi Fantasia musim terdahulu, kini nama pelawak Zizan Razak pula disebut-sebut bakal mengendalikan program nyanyian realiti terkenal itu untuk musim baru ini.
Zizan Razak yang ditemui murai.com.my mengakui ada menerima tawaran sebagai hos AF2013, namun belum boleh memberi kata putus kerana dia sendiri ketika ini masih lagi mempertimbangkan tawaran tersebut.
"Sebenarnya memang saya da terima tawaran untuk menjadi hos AF2013. Ada yang bertanya adakah saya berminat atau tidak. Tapi saya sendiri masih belum beri apa-apa kata putus.
"Malah, saya masih menilai diri saya adakah saya mampu untuk melakukannya kerana sebelum ini, pengacara AF dibarisi nama-nama besar dalam industri. Namun, saya memang berbesar hati apabila menerima tawaran tersebut," katanya ringkas yang ditemui selepas Malam Gala KL Zombie di e@Curve Damansara semalam.
Jawatan baru iaitu Inspirer telah membariskan tiga artis hebat iaitu Dato' Siti Nurhaliza Taruddin, Melly Goeslow dan Faizal Tahir. Konsert pertama AF2013 akan bersiaran secara langsung setiap Sabtu, pukul 9 malam bermula 14 September depan di Astro Ria.
Setelah mendapat tawaran itu, Zizan memberitahu dia ada meminta pendapat daripada Datuk Aznil Hj Nawawi untuk mempertimbangkan tawaran tersebut.
"Ianya tanggungjawab yang besar dan saya perlu membuat keputusan yang tepat sebelum beri kata putus. Malah, saya ada meminta pendapat Datuk Aznil Hj Nawawi iaitu hos yang pernah mengendalikan program ini.
"Apa-apa pun, saya minta pihak media tunggu sahaja pengumuman daripada apihak Astro sendiri kerana saya pasti Akademi Fantasia kali ini akan penuh dengan kejutan," jelasnya lagi.
Program AF2013 akan bermula dengan Galaxy AF pada 2 hingga 5 September depan, diikuti dengan tayangan Prelude Top 24 pada 6 September 2013.
Hos untuk beberapa program dalam AF2013 seperti program Diari AF telah melantik Hefny sebagai pengacara. Manakala, Hanis Zalikha pula akan menjadi pengacara untuk program TGI AF (Terus Gempak...Inilah AF2013) bersama Najip Ali dan seorang lagi pengacara. Hanis juga menjadi pengacara untuk program AF Buzz bersama Syafinaz Selamat dan seorang lagi pengacara yang masih lagi dirahsiakan identitinya.

Sebelum menandatangani kontrak secara sah untuk menggalas tugas sebagai #Inspirer dalam program #AF2013, penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin akui telah mengkaji terlebih dulu format baru program tersebut.
Bagaimanapun, Siti tidak menafikan berasa amat pelik tatkala dia mendapat tahu program ini bakal muncul semula di kaca TV selepas Astro telah mengumumkan bahawa Akademi Fantasia 9(AF) adalah musim yang terakhir.
"Terus-terang Siti katakan, apabila Astro umumkan akan buat AF2013, Siti teru stertanya-tanya , biar-betul? Namun, bila difikir-fikirkan balik, Siti rasa Astro mesti buat sesuatu yang berbeza dari konsep sebelum ini.
"Sebelum setuju untuk terima tawaran melibatkan diri dalam #AF2013, Siti banyak tanya soalan tentang pembaharuan AF2013 kepada pihak Astro. Apabila Siti dapati segalanya berbeza, Siti merasakan tawaran ini menarik dan Siti pun terpanggil untuk menjawat jawatan sebagai #Inspirer.
"Siti pun berfikir, kenapa tidak Siti berkongsi pengalaman Siti bersama pelajar #AF2013. Bagi Siti, AF kali ini adalah satu semangat baru," katanya.
Meneruskan lebih lanjut mengenai penglibatannya itu, pelantun lagu Biarlah Rahsia ini telah pun memberikan amaran awal kepada bakal pelajar #AF2013.
"Pengalaman saya, #MellyGoeslow dan #FaizalTahir tidak sama. Macam saya sendiri. Selama 18 tahun dalam arena muzik tempatan, saya telah mula dari bawah. Saya mula menyanyi pada majlis kenduri kahwin.
"Sejujurnya, Siti lebih suka memberikan teguran kepada pelajar #AF2013 daripada bercerita mengenai pengalaman saja. Dalam erti kata lain, Siti suka mengajar mereka secara memberikan teguran.
"Apapun, pelajar #AF2013 tidak boleh bergantung harap kepada orang lain. Mereka perlu bantu diri mereka sendiri. Kami sebagai #Inspirer akan cuba membantu mereka sedaya mungkin," jelas Siti yang mendapat tawaran ini dua bulan lalu.
Selain bersetuju menjadi #Inspirer kerana perbezaan format #AF2013, Siti tambah bersemangat selepas mendapat tahu Melly dan Faizal Tahir turut sama menjawat jawatan yang digalasnya itu.
"Sebelum bersetuju, Siti tengok jadual Siti lebih dulu. Sebelum ini, Siti memang ada menerima tawaran daripada produksi AF. Namun, baru sekarang Siti bersedia untuk bersama dengan mereka.
"Siti tambah teruja nak terlibat dalam #AF2013 kerana adanya Melly Goeslow yang Siti kagumi dan Faizal Tahir yang Siti minati. Ia membuatkan Siti lebih bersemangat. Rugi rasanya kalau Siti tak ambil tawaran ini," ujarnya.

Umum mengetahui, sejak dari awal lagi rumah tangga yang dibina pelakon jelita Rita Rudaini bersama bintang bola sepak Aidil Zafuan Abdul Radzak tidak direstui oleh ibu bapa dan keluarga pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu. Hanya sempat mengecap nikmat kebahagiaan berumah tangga selama sembilan bulan, kemudian Rita melalui pelbagai cabaran dalam perkahwinan mereka termasuklah kes makhamah yang berlarutan sehingga dua tahun lamanya. “Sembilan bulan yang pertama memang kami cukup bahagia. Tetapi sejak keluarganya campur tangan, kami sering bergaduh. Jarang pergaduhan itu berpunca daripada masalah kami, tetapi datangnya daripada keluarga Aidil. Setiap kali selepas pulang menziarah keluarganya di Seremban, sikap Aidil pasti berubah. Ada saja perkara yang akan mencetuskan pergaduhan hingga setiap kali dia balik ke sana, tidak sedap jadinya hati saya. “Macam mana dia hendak menjadi pemimpin yang baik jika hidupnya masih dikawal keluarga? Jadi, jangan kata Rita isteri yang tidak taat, jika dia sendiri tidak menunjukkan teladan yang baik kepada Rita dan anak-anak,” katanya. Namun semuanya seakan berakhir apabila pada 27 Ramadan lalu Aidil dikatakan sudah menceraikan Rita menerusi satu kiriman pesanan ringkas SMS. Bagaimanapun timbul isu panas apabila Rita dikatakan menuduh Aidil serta keluarga mertuanya sebagai cetek ilmu agama gara-gara tindakan Aidil yang yang menceraikkannya pada penghujung Ramadan, di saat umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan malam Lailatul Qadar. Rita berkata, kini dia tidak lagi kisah jika masyarakat memandang serong setiap kenyataan yang keluar dari mulutnya, termasuk ‘menuduh’ bekas ibu serta bapa mentuanya sebagai cetek ilmu agama. Malah teraju utama drama Sehangat Asmara itu turut menyangkal dakwaan Aidil kononnya dia tidak pernah cuba berbaik dengan ibu dan bapa mentuanya. Sebaliknya mendedahkan dia pernah dihalau oleh kakak Aidil tanpa belas kasihan. “Siapa kata saya tidak pernah cuba berbaik dengan ibu dan ayahnya? Walaupun adik-beradiknya tidak menerima saya, namun saya tetap menghubungi orang tuanya untuk bertanya khabar. Mereka melayan saya dengan baik, malah saya juga kerap mengirim makanan untuk keluarganya setiap kali dia pulang menemui mereka. "Cuma yang pelik, apabila Aidil menyatakan hasratnya untuk bercerai dengan saya sewaktu usia kandungan kedua mencecah tujuh bulan, ibu dan bapanya tiba-tiba berubah sikap. Bapanya meminta supaya Rita tidak mengganggu mereka termasuk Aidil, kerana tidak mahu tumpuan Aidil pada latihan terganggu. "Saya pernah dihalau dari rumah kakak Aidil tanpa belas kasihan, walhal ketika itu saya sedang mengandungkan anak sulung kami. Niat bersemuka dengan keluarga Aidil untuk mendapat restu mereka menjadi detik cukup menyedihkan apabila kami dihalau keluar. Tidak cukup dengan itu, pelbagai kata-kata nista dilemparkan hanya kerana Rita lebih tua daripada suami dan berstatus janda", kata Rita.

Penyanyi Pop penuh kontroversi Amerika Syarikat, Ke$ha di khabarkan akan mengadakan konsert solo pertamanya di Kuala Lumpur tidak lama lagi. Atas nama Ke$ha Warrior Tour Kuala Lumpur, konsert anjuran Tune Talk dan Livescape ini dijangka bakal menjadi tumpuan kira-kira 7000 peminat. Judul konsert tersebut diambil sempena album kedua yang berjudul Warrior yang di release pada Disember 2012. Album ini mendapat ulasan yang baik dari pengkritik muzik. Warrior juga menduduki tangga ke-enam pada Billboard 200 serta ditangga atas carta-carta muzik di United Kingdom, Australia, Belgium, Ireland, New Zealand dan Sepanyol. Ke$ha atau nama sebenarnya Kesha Rose Sebert, 26, mula dikenali menerusi lagu Tik Tok seterusnya popular dengan seleksi lagu seperti We R Who We R, Blah, Blah, Blah, The Love Is My Drug dan Die Young. Bintang yang pernah memenangi anugerah Best New Act di Anugerah Muzik MTV Eropah ni sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi melalui kenyataan mengakui yang dirinya seorang wanita biseksual. Dia juga aktif dalam aktiviti yang melibatkan LGBT(lesbian, gay, bisexual dan transgender) pernah diundang membuat persembahan di majlis-majlis pasangan homoseksual. Menerusi satu kiriman email dari pihak penganjur, kami difahamkan satu sidang media khas mengenai konsert Ke$ha di sini akan diadakan sekitar minggu hadapan bertempat di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Pastinya ramai peminat tak sabar untuk mengetahui butiran lanjut mengenai konsert ini, bukan? Kami akan uar-uarkan tidak lama lagi.

Pelakon juga pengarah Jehan Miskin sedih dengan dakwaan dia kononnya membelakangkan agama ekoran sekeping foto yang menunjukkan dia bersama isterinya memakai loket berbentuk lambang salib yang dimuatkan di laman Instagram miliknya, baru-baru ini. Malah pengarah drama What If ini menyifatkan tindakan segelintir pihak yang menempelaknya dengan kata-kata kurang sopan sebagai tidak rasional, terlalu emosi dan bersikap 'terlebih' sensitif. "Pada saya ianya mudah. Kalau kita fikir positif, positif lah. Tapi kalau kita fikir negatif, jadi negatif lah ia. Bila isu ni timbul saya cuba jelaskan yang loket itu bukan lambang salib. Saya siap suruh pihak itu rujuk wikipedia. "Saya dilahirkan Islam, jadi tak masuk akal kalau saya pakai salib. Lain lah kalau saya tak perasan atau terpakai. Tapi dalam hal ini, saya memang pakai loket tu dan nak kongsikan gambar pada para peminat saya. Loket tu adalah lambang pengangkap dan sama sekali tak mewakili simbol mana-mana agama", katanya kepada Malaysian Digest tatkala diminta mengulas mengenai isu tersebut. Pun begitu menurut Jehan, dia pada mulanya membalas kritikan pihak tersebut menerusi laman Facebooknya dengan tujuan cuba untuk membetulkan salah faham pihak terbabit. Tetapi apabila pihak pengkritik berkenaan dan peminatnya dilihat mula bergaduh disebabkan perbezaan pendapat tentang gambar itu, Jehan semakin bingung dan terus berputus asa untuk mempertahankan kenyataannya.
Malah disebabkan tidak mahu laman sosial Facebook menjadi medan perang, kata Jehan, dia terpaksa 'menyembunyikan' beberapa kritikan yang disifatkan sebagai kritikan yang melampau. "Mula-mula saya jawab komen tersebut sebab nak betulkan salah faham. Saya tak marah pihak tersebut. Tapi bila saya reply, ada lagi yang mengatakan loket tu memang lambang salib dan masa tu ada juga peminat yang menyokong saya. Jadi kali kedua, saya reply lagi untuk beri penjelasan. Saya ingatkan semuanya dah selesai tapi lain pula jadinya apabila peminat saya dan pengkritik tersebut mula bergaduh. Kali ketiga, saya dah malas nak layan dah... lantak lah nak jadi apa pun. "Sampaikan saya terpaksa hide beberapa komen yang sangat pedas bagi mengelakkan peminat saya terus bergaduh dengan pihak berkenaan. Saya tak nak Facebook saya jadi tempat bergaduh. Padahal selama ni facebook saya berkongsi perkara-perkara yang menggembirakan. "Cuma apa yang saya sedih, kenapa ada pihak yang sensitif sangat...? Bagi saya pihak yang mengkritik tu, emo. Kenapa mereka cepat melenting dan tak rasional. Kalau mereka rasional, mesti ianya ada perbincangan dan hujah. "Ada yang cakap pada saya, lelaki mana boleh pakai rantai. Apa yang saya tahu ialah, ustaz saya pula cakap, lelaki tak boleh pakai emas. Tapi bila individu itu mengatakan lelaki tak boleh pakai rantai, adakah dia jadi lebih konservatif?", katanya dengan panjang lebar. Jehan juga memberitahu, aksesori itu merupakan tajaan daripada Thomas Sabo memandangkan dia merupakan antara pelanggan tetap jenama aksesori tersebut. Dan tujuannya memuat naik gambar tersebut hanyalah sekadar mahu berkongsi dengan peminat mengenai koleksi aksesori yang diminatinya itu

Suspek yang dicekup polis di sebuah bengkel kereta, di Air Itam, malam kelmarin
GEORGETOWN : Sebuah premis judi yang terletak jauh dari penempatan penduduk kononnya selamat daripada dijejak polis ternyata tersilap apabila diserbu malam kelmarin. Berselindung di belakang sebuah bengkel kereta ternyata gagal apabila diserbu pasukan polis D7 dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut dalam Ops Dadu di Air Itam. Selain jauh, ia dikelilingi semak di mana ‘kaki judi’ perlu menyeberang sungai dengan jambatan untuk ke situ. Difahamkan, tempat itu cukup strategik untuk ‘kaki judi’ mengaburi mata pihak berkuasa bagi menjalankan kegiatan haram itu. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, hasil maklumat orang ramai, polis berjaya menumpaskan kegiatan perjudian haram terbesar di negeri ini pada tahun ini, dengan nilai pertaruhan mencecah RM450,000. Menurutnya, operasi itu dibuat hasil intipan terhadap bengkel berkenaan sejak tiga hari lalu. “Seramai 10 anggota polis yang diketuai Inspektor Cheok Kian Soon dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat menyerbu bengkel kereta itu kira-kira jam 2.30 pagi. “Polis menahan 12 kaki judi, termasuk empat wanita yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun dan merampas pelbagai cip bernilai RM250,000,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Siasatan awal mendapati, kumpulan itu menjalankan kegiatan haram itu sejak beberapa bulan lalu, dengan setiap pertaruhan mencecah RM450,000. Semua mereka yang ditahan, dibawa ke IPD Timur Laut untuk disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Jika sabit kesalahan, semua mereka boleh didenda RM5,000 setiap seorang atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Bahagian belakang kereta ini remuk akibat dilanggar sebuah kereta lain dari belakang
KUALA KANGSAR: Dalam masa tidak sampai 10 minit, tiga kemalangan berlaku di tiga kawasan berhampiran di Jalan Taiping - Kuala Kangsar, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, tiga orang cedera dan dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar untuk menerima rawatan. Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Mohd Haspi Hamzah berkata, tiga kemalangan tersebut berlaku dipercayai berpunca daripada kemalangan pertama yang berlaku berhampiran simpang masuk ke Kampung Talang. Menurutnya, kesesakan jalan yang berlaku dipercayai menjadi punca kenderaan di belakang berlanggar sesama sendiri dan ada yang terbabas ke kiri jalan. “Kemalangan pertama melibatkan dua motosikal yang agak teruk dengan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan. “Kesesakan yang berlaku mungkin menyebabkan ada pemandu yang gagal kawal kenderaan mereka,” katanya. Menurut seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Kangsar, Haidir Tamizi, dia dan rakan setugas bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kira-kira jam 12.30 tengah hari. Menurutnya, tiba di lokasi kejadian, mereka diarahkan untuk pergi ke lokasi lain yang berhampiran kerana terdapat seorang penunggang motosikal terbabas. "Ketika sedang membantu mangsa, kami dikejutkan dengan bunyi seretan tayar diikuti dentuman tidak jauh dari tempat kami membantu mangsa kemalangan ini. “Dalam masa lima minit atau lebih, tiga kemalangan berlaku di kawasan yang sangat hampir. Masa kami bantu mangsa kemalangan ini, satu lagi kemalangan melibatkan tiga kereta berlaku di belakang kami,” ujarnya. Katanya, pihaknya bergegas ke tempat kejadian dan melihat tiga kereta berlanggar sesama sendiri dan tiga kemalangan itu menyebabkan jalan menjadi sesak. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar mengesahkan menerima satu daripada tiga laporan kemalangan tersebut. Beliau turut menasihatkan pengguna terutamanya penunggang motosikal supaya berhati-hati dan tidak cuai ketika berada di jalan raya.

Langgan:
Catatan (Atom)
Popular Posts
-
Setia Hujung Nyawa - Biodata Nelydia Senrose | Sekarang, pelakon yang pernah membintangi drama Spa Q suatu masa dahulu sudah pun menjadi pop...
-
KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2013: Dialah AidiJuita pujaan hati. Kadangkala timbul, namun ada waktunya tenggelam hilang entah kemana tatkala naman...
-
Jika Murai Batu membuka akhbar tempatan di bahagian sukan, nama Tunku Mahkota Johor iaitu D.Y.A.M Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ism...
-
Kebiasaannya saya akan puji pelakon atau ahli sukan apabila berbicara tentang paras rupa. Jarang sekali saya akan puji anak kepada jejaka y...
-
Dalam industri seni tanah air, tidak ramai pelakon kanak-kanak yang mampu bertahan hingga dewasa. Kalau ada pun, bilangannya boleh diki...
-
Yang DiPertuan Agong serta Permaisuri sering kali akan mencemar duli pada setiap Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarab...
-
Pelakon remaja, Finie Don kemalangan teruk di Cyberjaya - Seorang pelakon remaja, Finie Don yang merupakan kakak kepada Fimie Don terlib...
-
Keputusan sama ada pengacara Ajieb Rosdi bakal berduet dengan kumpulan Ladies Code atau Girls Day masih belum diketahui lagi. Namun, s...
-
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyam...
-
Tidak habis lagi tentang isu hangat perkahwinan kedua Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semalam muncul seorang individu baru di rancangan Melo...
Senarai Blog Saya
-
-
Isteri bekas bintang NFL curang?11 tahun yang lalu
-
Richard Gere and Carey Lowell Separate: Reports11 tahun yang lalu
-
-
Arkib Blog
-
▼
2013
(2091)
-
▼
Ogos
(279)
-
▼
Ogo 25
(11)
- Sazzy Falak Semakin Cuak Nak Ke Minggu Fesyen New ...
- Adda Butterfly Bertunang Dengan Siapa?
- Gempar Bila Stacy Dikatakan Sudah Peluk Islam!
- KesSahNya: Kisah Kahwin Ezuwan Ismail Tewaskan Shi...
- Zizan Razak Akui Terima Tawaran Jadi Hos AF2013?
- Amaran Dato` Siti Nurhaliza Buat Bakal Pelajar AF2013
- ALKISAHNYA!!! Rita Rudani Pernah Di Halau Keluarga...
- WOW!!!Bintang Biseksual Kesha Bakal Gegar Malaysia!
- Panazz! Isu Pakai Rantai Salib: Jehan Miskin-Kenap...
- Biar Betul! kasino Koboi Kena Serbu!
- Ape Dah Jadi! 3 Kemalangan Dalam 10 Minit!
-
▼
Ogo 25
(11)
-
▼
Ogos
(279)