25 Ogos 2013
Posted by jinson on 25.8.13
No comments
Jika ditanya bagaimanakah perasaan Sazzy Falak yang ketika sedang menghitung hari pemergiannya ke PLITZS New York City Fashion Week pada awal September nanti, pastinya jawapan yang akan terpacul dari mulut pelakon dan pengacara kecil molek itu ialah takut.
Manakan tidak. Dia bersama pasukannya akan ke New York pada tanggal 2 September ini untuk membawa nama negara bagi memperkenalkan 25 persalinan berasaskan batik untuk dipamerkan di hadapan penggemar fesyen kota metropolis berkenaan.
Bersandarkan semangat membara serta sokongan padu suami tercinta, Nash yang akan turut menyertai pasukan Street Fashion by Sazzy Falak Goes to New York, Sazzy Falak ternyata berpandangan positif dengan kunjungannya itu.
"Ya, saya sangat teruja dan cukup seronok sebelum ini. Tetapi sekarang apabila semakin dekat dengan harinya, perasaan itu berbeza dan saya menjadi takut. Tapi apa yang penting sekarang, saya membiarkan fikiran saya terbuka dengan apa juga kemungkinan dan berdoa agar segala apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar apabila tiba masanya nanti," katanya bercerita tentang perasaannya selepas jenama fesyennya terpilih untuk menyertai Minggu Fesyen New York.
Sazzy Falak bakal mempamerkan 25 persalinan menerusi koleksi Batique yang memiliki citarasa gabungan antara Timur dan Barat sesuai untuk penggemar fesyen bandaraya epal berkenaan.
Kunjungannya ke sana telah mendapat sokongan padu serta kerjasama baik daripada Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) dan Multimedia Development Corporation (MDeC).
Selain Street Fashion By Sazzy Falak, satu lagu label fesyen tempatan, Mybawal Scarf dari Norjuma Habib Mohamed turut mengambil bahagian.
Bakal mengadakan pertunjukan fesyen di Hotel Park Central, New York pada 7 September ini, ketibaan Sazzy dan 6 orang pasukannya di kota Sex And The City itu pada 3 September ini ternyata akan padat dengan proses fitting bersama-sama 25 model terpilih.
Malah dia berkata, pelbagai persiapan terakhir sedang dijalankan ketika ini termasuk menjalani sesi fotografi bersama supermodel terkenal tanah air Tini, menyiapkan look book dan beg cenderahati untuk para teramu yang akan hadir pada pertunjukan fesyen itu nanti.
"Sebagai pengasas jenama ini, sudah pasti saya menyukai setiap rekaan yang saya tampilkan. Bagaimanapun saya mengharapkan agar penggemar fesyen di New York akan menggemari rekaan jenama fesyen saya itu.
"Saya juga mengharapkan agar ramai pembeli fesyen di sana akan mendekati koleksi Sazzy Falak dan pastinya saya serta suami akan menjalani pelbagai aktiviti pemasaran untuk label fesyen saya ini sepanjang berada di sana," katanya yang hanya akan pulang ke tanah air pada 18 September depan.
Bercerita bagaimana dia telah didekati oleh pihak penganjur minggu fesyen berkenaan, Sazzy Falak sendiri agak terharu dengan kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak berkenaan sehingga bersetuju menyediakan ruang untuk mempamerkan koleksi batik sulungnya itu.
Katanya, pelbagai peringkat telah dilaluinya selepas pihak penganjur mendekatinya pada April lalu.
Ini termasuklah sesi temubual di laman YouTube dan pembentangan demi pembentangan sehingga pihak berkenaan berminat untuk mengambil jenamanya untuk diselitkan dalam salah satu slot minggu fesyen berkenaan.
Tambah Sazzy Falak, dia sangat terharu apabila ideanya untuk memperkenalkan jenama fesyennya dengan hanya bermodalkan wang simpanan sendiri, telah mendapat maklum balas baik daripada pihak antarabangsa.
Dia menanam impian, agar jenama fesyen Sazzy Falak akan terus menjadi perhatian di negara luar terutama di Eropah yang gemarkan gabungan fesyen antara Timur dan Barat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Popular Posts
-
Setia Hujung Nyawa - Biodata Nelydia Senrose | Sekarang, pelakon yang pernah membintangi drama Spa Q suatu masa dahulu sudah pun menjadi pop...
-
KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2013: Dialah AidiJuita pujaan hati. Kadangkala timbul, namun ada waktunya tenggelam hilang entah kemana tatkala naman...
-
Jika Murai Batu membuka akhbar tempatan di bahagian sukan, nama Tunku Mahkota Johor iaitu D.Y.A.M Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ism...
-
Kebiasaannya saya akan puji pelakon atau ahli sukan apabila berbicara tentang paras rupa. Jarang sekali saya akan puji anak kepada jejaka y...
-
Dalam industri seni tanah air, tidak ramai pelakon kanak-kanak yang mampu bertahan hingga dewasa. Kalau ada pun, bilangannya boleh diki...
-
Yang DiPertuan Agong serta Permaisuri sering kali akan mencemar duli pada setiap Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarab...
-
Pelakon remaja, Finie Don kemalangan teruk di Cyberjaya - Seorang pelakon remaja, Finie Don yang merupakan kakak kepada Fimie Don terlib...
-
Keputusan sama ada pengacara Ajieb Rosdi bakal berduet dengan kumpulan Ladies Code atau Girls Day masih belum diketahui lagi. Namun, s...
-
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyam...
-
Tidak habis lagi tentang isu hangat perkahwinan kedua Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semalam muncul seorang individu baru di rancangan Melo...
Senarai Blog Saya
-
-
Isteri bekas bintang NFL curang?11 tahun yang lalu
-
Richard Gere and Carey Lowell Separate: Reports11 tahun yang lalu
-
-
Arkib Blog
-
▼
2013
(2091)
-
▼
Ogos
(279)
-
▼
Ogo 25
(11)
- Sazzy Falak Semakin Cuak Nak Ke Minggu Fesyen New ...
- Adda Butterfly Bertunang Dengan Siapa?
- Gempar Bila Stacy Dikatakan Sudah Peluk Islam!
- KesSahNya: Kisah Kahwin Ezuwan Ismail Tewaskan Shi...
- Zizan Razak Akui Terima Tawaran Jadi Hos AF2013?
- Amaran Dato` Siti Nurhaliza Buat Bakal Pelajar AF2013
- ALKISAHNYA!!! Rita Rudani Pernah Di Halau Keluarga...
- WOW!!!Bintang Biseksual Kesha Bakal Gegar Malaysia!
- Panazz! Isu Pakai Rantai Salib: Jehan Miskin-Kenap...
- Biar Betul! kasino Koboi Kena Serbu!
- Ape Dah Jadi! 3 Kemalangan Dalam 10 Minit!
-
▼
Ogo 25
(11)
-
▼
Ogos
(279)
0 ulasan:
Catat Ulasan