25 Ogos 2013

Posted by jinson on 25.8.13 No comments
KesSahNya: Kisah Kahwin Ezuwan Ismail Tewaskan Shila Amzah?Meskipun umat Islam di Malaysia, masih dalam mood hari raya pada minggu pertama Syawal, namun murai.com.my masih menjadi tumpuan peminat setia info hiburan sehingga menyenaraikan 3 artikel yang berjaya masuk ke dalam Carta KesSahNya. Tiga artikel yang mendapat jumlah pembaca tertinggi sekaligus berada di dalam Carta KesSahNya adalah mengenai penyanyi Atilia dan Shila Amzah serta seorang pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail. Sehari sebelum menjelangnya Syawal, penyanyi Atilia Haron telah dikejutkan dengan berita sedih pemergian Allahyarham bekas suaminya, Ariff Johan Abdul Jalil yang menghidap kanser hati. Menerusi artikel yang tersenarai dalam Carta KesSahNya, Atilia meluahkan rasa hatinya ketika bersama bekas suaminya itu. Selain itu, artikel mengenai Shila Amzah terima hadiah Teddy Bear besar juga turut mendapat tumpuan minggu lalu. Hadiah itu diterimanya ketika meraikan hari ulang tahunnya pada 13 Ogos lalu. Dalam pada itu, kisah mengenai Ezuwan Ismail yang bernikah pada Syawal kedua juga turut menjadi tumpuan sepanjang minggu awal Syawal lalu. Adakah cerita pernikahan Ezuwan Ismail berjaya bersaing dan menjuarai Carta KesSahNya ? Ingin tahu siapakah berjaya menjadi juara carta KesSahNya? Saksikan KesSahNya minggu ini bersama hos Ieka pada minggu ini. Sementara itu, bagi segmen Seleb Vs GengMurai pula, KesSahNya tampilkan cerita mengenai pelakon, Rita Rudaini yang meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya kepada bekas suaminya, Aidil Zafuan selepas diceraikan 3 hari sebelum menjelang lebaran. Ramai yang memberi komen dan semangat kepadanya kerana turut bersimpati dengan nasib Rita. Namun hanya satu komen sahaja dibaca oleh hos, Ieka. Jadi, tunggu apa lagi, saksikan episod terkini KesSahNnya di bawah ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog