Pastinya anda mengenali siapakah itu Alvin dan Vivian. Mereka ialangan pasangan kaum Cina yang telah berkongsi gambar berbuka puasa dengan Bah Kut Teh sehingga menyebabkan kemarahan umat Islam Malaysia. Akibatnya, mereka berdua kini sedang di dalam proses perbicaraan mahkamah.

Semalam, menerusi akaun Facebooknya, Sazzy Falak dilihat telah berkongsi satu artikel yang seolah-olah menyatakan sokongannya terhadap tindakan Alvin dan Vivian ini. Abang Nara juga agak terkejut pada mulanya. Takkanlah orang secerdik Sazzy tidak mampu berfikir betapa negatifnya perbuatan Alvin dan Vivian ini.

Susulan itu, ratusan komen telah diluahkan oleh peminat-peminat Sazzy Falak yang melahirkan rasa kekecewaan mereka terhadap pelakon ini. Ramai yang tidak sangka Sazzy begitu tidak sensitif mengenai agamanya sendiri.
Namun sebentar tadi, Sazzy Falak menafikan yang perkongsian status Facebook tersebut dilakukan oleh dirinya. Kata Sazzy kepada Utusan Malaysia:- Bukan saya yang kongsi artikel tersebut di laman Facebook saya. Tetapi saya mungkin tahu siapa yang berkongsi artikel tersebut, bagaimanapun saya pasti tujuannya bukan untuk menjatuhkan saya. Apa yang saya boleh kata, sebagai rakyat di negara berbilang kaum pasangan kontroversi ini juga seharusnya lebih sensitif dengan perkara berkaitan agama dan budaya. Saya harus membaca kembali apa sebenarnya yang dilakukan oleh mereka berdua, bagaimanapun melihat respons orang ramai, pastinya bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Saya pasti mereka seharusnya lebih sensitif mengenai hal ini. Dan saya tidak rasa ia bukan sesuatu perkara yang lucu, memandangkan perkara ini berkaitan agama dan budaya Memang biasanya laman Facebook artis-artis ini diselia oleh orang lain. Diharap Sazzy dan artis-artis lain dapat memberikan panduan kepada mereka ini tentang apa yang boleh dan tak boleh dikongsi di Facebook. Takut-takut jika berkongsi sesuatu yang kontroversi menyebabkan nama baik artis itu sendiri yang tercemar. Tak gitu?

KUALA LUMPUR, 24 JULAI 2013: Bekas penghibur dan pelakon Malaysia terkenal iaitu Noor Kumalasari akui lega apabila ibunya iaitu seniwati Datin Umi Kalthum, 81, telah menghembuskan nafasnya pada hari yang ke 15 dalam bulan ramadan yang penuh mulia ini.
KUALA LUMPUR, 24 JULAI 2013: Dramatis, Almy Nadia akui masih berkawan dengan bekas keasihnya, Fizz Fairuz, namun sehingga kini tidak pernah terlintas untuk bercinta kembali dengan aktor tersebut.

KUALA LUMPUR, 24 JULAI 2013: Demi menjaga kesihatan bayi dalam kandungannya yang sudah berusia 4 bulan, pelakon dan penyanyi, Betty Benafe akui dia tidak mampu menjalani ibadah puasa di bulan ramadan ini sepertimana tahun-tahun lalu.
Malah, Betty berkata dia dilarang oleh ibu mertuanya untuk berpuasa kerana bimbang akan kesihatan bayi dalam kandungannya.
"Saya cuba berpuasa pada 1 Ramadan yang lalu, nyata memang besar dugaannya kerana sepanjang saya berpuasa tu pun, saya berasa sangat dahaga yang luar biasa dan cepat lapar. Jadi bila buka sahaja, saya minum air dengan sangat banyak sehingga malam.
"Sebenarnya, ibu mertua saya dah bagi amaran awal-awal supaya tak perlu puasa tapi saya puasa juga. Sebab saya fikir kalau tak puasa, nanti susah nak ganti semula.
"Tapi, hari kedua puasa, ibu mertua saya datang serang saya di rumah. Dia kata, kalau mengandung tak diwajibkan puasa. Tak perlu ganti pun tapi boleh bayar fidyah. Saya baru tahu tentang itu jadi saya pun tak berpuasa," katanya kepada murai.com.my.
Betty ditemui ketika majlis berbuka puasa Universal Music Malaysia dan Rumpun di Restoran Warisan, Dataran Merdeka, malam kelmarin.
Bercerita mengenai pengalamannya hamil pertama kali, dia rasa cukup bersyukur kerana dilayan sangat baik oleh suaminya, Bruce Darghous walaupun mengalami rasa murung sepanjang 3 bulan pertama mengandung.
"Sebenarnya masa tiga bulan pertama hamil, saya memang sangat lemah. Asyik tidur dan murung saja. Tiada selera makan. Berat badan saya turun 4 kilogram. Tapi Alhmdulillah bila usia kandungan saya cecah empat bulan, saya mula ada tenaga dan aktif macam sewaktu anak dara dulu. Baru ada selera makan.
"Tapi masa 3 bulan pertama itu, saya dijaga rapi oleh suami yang tidak membenarkan saya melakukan kerja berat dan keluar bersendirian. Sehinggakan ketika Malaysia dilanda Jerebu yang teruk baru-baru ini, saya dilarang sama sekali oleh suami untuk keluar dan hanya duduk dirumah dalam aircond," ceritanya lagi.
Betty, bernikah dengan Bruce Darghous yang berdarah kacukan British dan Lebanon pada 8 Disember 2012.
Meskipun hamil, Betty memberitahu dia kini aktif berlakon dan tetap meneruskan proses merakamkan album barunya bersama Universal Music Malaysia. Malah dia baru selesai menjalani penggambaran sebuah telemovie untuk saluran Suria TV. Selain itu dia baru saja mereleasekan single berjudul Tak Sengaja.
"Saya dah biasa tak reti duduk diam dan kuat bekerja. Jadi, Selagi saya kuat, saya akan bekerja. Suami saya pun benarkan, dia tidak letakkan had. Cuma dia selalu ingaatkan saya yang saya sekarang sedang hamil. Sebab, kadang-kadang kerana asyik bekerja, saya terlupa saya ni hamil," katanya yang dijangka bersalin sekitar pertengahan Disember depan.
Sebelas tahun bergelumang sebagai penyanyi, bukanlah bermakna Hazami sudah boleh mendabik dada. Malah dia sedar, setiap bait lagu yang pernah dirakamkan atau dialunkan, tidak pernah satupun dipandang remeh kerana dia percaya kepada kesempurnaan serta kejituan vokal yang menjadi aset paling penting
KUALA LUMPUR, 24 JULAI 2013: Hari ini tanggal 15 Ramadan bersamaan 24 Julai 2013, perginya seorang lagi seniwati jelita era filem hitam putih iaitu Datin Hajjah Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bte Bahudin pada usia 81 tahun di kediamannya di Taman Melawat pada kira kira jam 4 pagi ini.
. Berita ini telah disampaikan oleh teman melalui status Facebooknya dan telah disahkan oleh rakan rakan media.
Allahyarhamah yang dilahirkan di Lenggeng, Negeri Sembilan merupakan balu kepada pengarah serta pelakon Allahyarham Datuk S Roomai Noor yang juga ibu dan bapa kepada bekas pelakon, penyanyi dan model ternama di era 80'an iaitu Noor Kumalasari. Datin Hajjah Umi Kalthum juga merupakan ibu tiri kepada diva popular Anita Sarawak.
Seniwati filem Melayu klasik ini mula terbabit dalam dunia lakonan ketika pergi ke Singapura dengan teman sekitar tahun 1951. Antara filem terawal dilakonkan seniwati ini adalah filem seperti Dahlia, Buluh Perindu dan Kampung Nelayanmanakala filem terakhir yang menampilkannya adalah Syukur 21.
Umi Kalthum pernah dipilih majalah antarabangsa terkemuka, Life sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di seluruh Singapura dan Malaya pada ketika itu.
Takziah diucapkan kepada keluarga seniwati ini dan kami akan cuba mendapatkan maklumat lanjut serta info mengenai pemergian seniwati ini untuk tatapan pembaca Murai sekalian. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Datin Hajjah Umi Kalthum agar dia ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah
KL, 24 JULAI 2013: Murai Batu bukanlah nak jadi batu api pulak pada bulan puasa yang mulia ni. Tapi, setelah mendengar dan melihat muzik video lagu Sayang nyanyian Shae yang menampilkan Ella sebagai penyanyi undangan, tiba-tiba terlintas pulak di hati Murai Batu untuk bertanyakan soalan di atas ini pada korang semua.
Lagipun, Murai Batu sukalah dengar gandingan mereka berdua. Rasa sweet dan sesuai sangat. Yang si Shae very poppish. Yang si Ella pulak very rock. Tapi, dalam waktu yang sama, Murai Batu tak dapat nak elak untuk membandingkan vokal di antara mereka berdua.
Dan, sudah semestinya tumpuan Murai Batu adalah pada vokal Ella. Sebab nampaknya, dia berjaya tenggelamkan Shae sebagai penyanyi asal kepada lagu ini. Malah, kalau Shae tidak ada, rasa macam Sayang tu lagu nyanyian asal Ella pulak. Kalau tak percaya, korang tengoklah muzik video Sayang, korang tengoklah link kat bawah ni.
Bukan itu saja, lepas dengar Ella nyanyi lagu Sayang di dalam muzik video ini, Murai Batu rasa vokal Ella masih sangat relevan dengan lagu-lagu arus semasa yang lebih sesuai untuk remaja. Maksud Murai Batu, bila dengar Ella nyanyi lagu ni, Murai Batu takkan fikir pun usia sebenar Ella dan hanya akan memikirkan bahawa dia lebih kurang sebaya dengan Shae.
Haa..Nak buat camanakan. Itulah penangan Ratu Rock kita. Dah nama pun legend, jadi aura-aura legend macam ni, bukanlah sesuatu yang pelikkan. Tak hairanlah kenapa sampai saat ini pun, Ella masih mampu bertahan di dalam industri inikan?
Sekali pandang macam pernah nampak. Tidak mustahil, tambahan selebriti terkenal ini sering menghiasi muka surat majalah dan kaca televisyen. Namun lebih menarik apabila selebriti pujaan kita ini kelihatan persis pelakon luar negara. Tidak percaya? Mari lihat beberapa contoh.