
Ketika umat Islam yang lain sibuk menjalani ibadah puasa sambil menyiapkan persiapan raya, aktor Arja Lee pula sibuk turun naik ke Hospital Selayang, Kuala Lumpur kerana menjaga bonda tercintanya, Salmah Aziz yang menghidap kanser lelangit. Malah, dia sanggup meninggalkan lokasi drama bersiri, Ramadhan Yang Hilang pada pagi Khamis lalu, setelah mendapat tahu ibunya mengadu terlalu sakit dengan tiba-tiba. "Waktu itu, saya sedang dalam persiapan untuk shoot scene saya untuk Ramadhan Yang Hilang. Tapi scene tu tak banyak mana pun. Jadi, bila kaka saya hubungi saya memberitahu bahawa ibu mengadu sakit kuat. "Hati saya terus rasa berderau dan resah. Cepat-cepat juga saya beritahu pengarah yang saya terpaksa tinggalkan lokasi untuk mendapatkan ibu saya dengan segera. "Mujurlah mereka faham. Malah, setiap kali hendak buat shooting pun, mereka selalu tanya saya, apakah saya okey untuk shoot atau pun sebaliknya. Saya pula akan sentiasa update mereka dengan perkembangan ibu saya," kata Arja Lee kepada portal Murai. Menurut Arja Lee lagi, dia bagaimanapun tidak tahu mengapa ibunya, sakit kuat pada Khamis lalu. Tapi, tak tahulah kenapa Khamis lalu, ibu tidak-tiba mengadu sakit kuat. Sampaikan kami panggilkan ambulans untuknya dan menghantar dia ke Hospital Selayang. "Kami hantar dia ke hospital ini pun sebab rekod sakitnya memang ada di sini dan doktor yang merawatnya pun sudah tahu akan perkembangan dirinya. "Apapun, keadaan ibu sekarang ini dah makin kritikal kerana kanser lelangitnua sudah masuk ke tahap 4. Doktor pun kata, agak sukar untuk dia pulih dalam tahap yang begini. Kalau pulih pun, pasti akan ada komplikasi yang lain yang akan dihadapinya pada masa akan datang," katanya. Pun begitu, Arja Lee bersyukur kerana selepas beberapa hari dimasukkan ke hospital, keadana ibunya kini sudah bertambah baik. "Dia kini sudah boleh duduk dan makan serta tidak perlu lagi bergantung kepada alat pernafasan. Lega hati saya bila melihat kesihatannya kini semakin bertambah baik. "Sebab, terus-terang, saya tak sampai hati sungguh tengok dia berada di dalam kesakitan. Bayangkan dalam usia yang begitu dia terpaksa berdepan dengan sakit yang kronik begini. Tuhan sajalah yang tahu bagaimana menderitanya dia pada waktu itu. "sekarang ini, dia masih lagi berada di hospital dan masih belum dibenarkan untuk keluar. Selain saya, kakak seta adik-beradik yang ;lain termasuk anak-anak buah sering menjaganya," katanya. Mengenai perkembangan lain, Arja Lee kini sibuk menjual Arja's Cookies yang terdiri daripada Tart Nenas Gulung, Tart Nenas bunga, Cokelat Chips, Almond London serta Hazel Nut Choc. "Semua kuih muih ini, kakak saya yang buat dengan bantuan anak-anak buah," katanya.
Isteri Lebih Berusia, Izzue Islam Tidak Kisah Komen Negatif | Kami sendiri tidak faham kenapa ada yang bersuara tentang pilihan Izzue Islam dan jodoh beliau. Bagusnya, pelakon dan penyanyi ini tidak langsung mempedulikan sebarang komen negatif yang di’lemparkan.
Izzue Islam berkata apa yang lebih penting beliau mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami yang baik & mengahwini wanita yang lebih berusia bukan satu masalah.
“Saya dan isteri ada membaca komen-komen negatif tentang perkahwinan kami tetapi itu bukan masalah besar kerana yang berkahwin itu adalah kami dan paling penting ia mendapat restu keluarga.
“Kami tidak ambil hati pun apa yang orang ingin kata kerana ia adalah kehidupan kami & alhamdulillah kami kini semakin bahagia sejak bergelar suami isteri,” ujar Izzue Islam kepada mStar Online.
Izzue Islam dan Awin Nurin yang mempunyai jarak umur lebih kurang lapan tahun sah bergelar suami isteri pada 21 Jun yang lalu — isterinya itu juga merupakan pengurus beliau sejak awal karier lagi

VANCOUVER, 15 JULAI 2013: Siri komedi muzikal yang paling berpengaruh ketika ini, Glee, telah kehilangan salah seorang pelakon utamanya yang juga boleh dianggap hero bagi pengikut siri yang popular terbitan Fox itu.
Cory Allan Micheal Monteith, 31, atau Cory yang membawakan watak Finn Hudson telah ditemui tidak sedarkan diri di lantai kamar tidurnya ketika menginap di hotel Fairmont Pacific Rim, Vancouver, British Columbia, Canada, Sabtu 13 Julai 2013.
Cory yang merupakan teman lelaki kepada pelakon wanita utama Glee, Lea Michele yang turut menjalinkan hubungan dengan aktor tersebut di dalam siri itu telah dijumpai rebah di tingkat 21 hotel tersebut.
Mayatnya dijumpai setelah setelah ada kakitangan datang memeriksa kamar tersebut setelah Cory didapati gagal untuk check out pada waktu yang dijadualkan dan ianya telah membawa kepada penemuan mayat pelakon tersebut. Pelakon berketinggian 6 kaki 3 inci mula menginapdi hotel berkenaan semenjak 6 Julai lepas.
Cory yang dilaporkan mempunyai masalah penyalahgunaan dadah berikutan masalah peribadinya dipercayai mati seorang diri tanpa sebarang pergelutan yang berlaku keatasnya. Dia yang mengalami masalah dengan ketagihan dadah sejak usianya 19 tahun dikatakan telah sukarela pergi ke pusat pemilihan untuk menjalani rawatan.
Selain daripada itu Cory juga dilaporkan ada menerima beberapa orang tetamu berbeza, malah dia juga sering pulang menjelang awal pagi hingga telah menimbulkan spekulasi yang negatif terhadap kematiannya.
Menjadi seorang selebriti yang sangat popular sepertinya, Cory semasa hayatnya benar-benar mahu mengubah persepsi orang terhadapnya dan meninggalkan tabiat penyalahgunaan dadah.
Dia tidak mahu anak-anak dimasa hadapan mengambil contoh dirinya yang merupakan penagih dan bermasalah sejak sekolah tetapi masih mampu berjaya menjadi selebriti. Bagi Cory ia satu contoh atau perkara yang sangat teruk untuk dibanggakan.













