18 Jun 2013

Subhanallah! Warga AS Peluk Islam Selepas Melihat Susunan Saf Solat | Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca blog fuh.my yang budiman. Tadi Dr Fuh ada terbaca satu laman berkenaan orang Amerika memeluk Islam setelah melihat satu peristiwa yang mengujakan. Jom kita ba kisah ni dan hayati bertapa besarnya kekuasaan Allah. Dalam satu program bertajuk ONE FAMILY dalam saluran Majd Channel, Moderatornya ialah Dr.Yahya Alyahya (head of the CALL to Islam Committee) menceritakan sebuah kisah tentang seorang lelaki Amerika bukan Muslim yang berbincang dengannya mengenai Islam ketika sedang menonton siaran langsung Solat Isha’ dalam bulan Ramadhan di Makkah. Lelaki Amerika itu sangat terkejut melihat keadaan umat Islam melalui kaca TV itu, melebihi 3 Juta orang yang berhimpit antara satu sama lain di dalam Masjidil Haram pada malam terakhir di dalam bulan suci Ramadhan itu, terlalu ramai dan sangat tidak terurus.

Sheikh tersebut bertanya kepada lelaki Amerika itu
 ” Berapa lama kamu fikir mereka akan menguruskan diri masing-masing untuk berada dalam barisan dan memulakan solat?
 Lelaki Amerika itu menjawab
 ” Sekurang-kurangnya 2-3 jam
” Sheikh itu berkata
 ” Tetapi Masjidil Haram mempunyai 4 aras?
” Lelaki itu menjawab
 ” Oh, kalau begitu pasti akan mengambil masa lebih kurang 12 jam!
” Sheikh itu berkata lagi Kamu bayangkan bahawa mereka datang dari seluruh pelusuk dunia dengan berlainan bahasa, mungkinkah mereka dapat berada dalam satu barisan untuk memulakan solat?
” Lelaki Amerika itu menjawab
 ” Jika begitu amat mustahil bagi mereka untuk menguruskan diri agar berada dalam satu barisan untuk memulakan solat!!
” Dan apabila waktu solat sudah pun tiba, Sheikh Abdul Rahman As-Suddais berdiri tegak lalu melaungkan kalimah
 ” Rapatkan Saf…
 “ Dan dalam beberapa saat saja, seluruh pemandangan di Masjdil Haram berubah serta merta dan 3 Juta Muslim sebentar tadi telah tersusun rapi dalam barisan hanya SEKELIP MATA.
18.6.13 Unknown

KLANG 18 Jun - Sekumpulan penjenayah dianggotai tiga lelaki bersenjatakan parang dan kapak menyamun dua buah stesen minyak di sini dalam tempoh kurang sejam awal pagi ini. Kejadian berlaku pukul 4 pagi apabila kumpulan itu yang menaiki sebuah kereta BMW berwarna kuning menyamun sebuah stesen minyak di Pekan Kapar sebelum menuju ke sebuah lagi stesen minyak di Rantau Panjang, Jalan Kapar kira-kira pukul 4.55 pagi.
 Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, dalam kejadian pertama di Pekan Kapar, salah seorang suspek keluar dan berpura-pura membeli kad tambah nilai dan tiba-tiba muncul seorang lagi suspek memecahkan pintu kaca premis berkenaan.
 Beliau berkata, suspek yang membawa parang meluru ke kaunter pembayaran dan meminta supaya pekerja stesen minyak terbabit menyerahkan wang tunai, rokok dan kad tambah nilai sebelum melarikan diri menaiki kereta dipandu seorang lagi suspek. “Suspek melarikan wang tunai berjumlah RM800 dan berpuluh kotak rokok serta kad tambah nilai yang dianggarkan bernilai RM1,000
. “Dua pekerja stesen minyak berkenaan juga mengalami kecederaan di kepala dan bahu akibat terkena parang yang dibawa suspek," katanya ketika dihubungi hari ini. Mohd. Shukor berkata, dengan menggunakan modus operandi yang sama, kumpulan terbabit menuju ke sebuah lagi stesen minyak di Rantau Panjang yang jaraknya hanya 11 kilometer dari stesen minyak pertama.
 Menurut beliau, di stesen itu suspek melarikan wang tunai berjumlah RM2,000, rokok dan kad tambah nilai yang belum dikenal pasti nilainya. "Polis telah melakukan pemeriksaan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan dan tidak menolak kumpulan itu menggunakan kereta curi kerana nombor pendaftaran digunakan berbeza.
 "Kita juga akan berusaha mengesan suspek berdasarkan rakaman CCTV yang diperolehi daripada kedua-dua stesen minyak tersebut," katanya. Mohd. Shukor berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan menggunakan senjata.
 "Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

KUANTAN 18 Jun -
 Kerajaan negeri Pahang akan menyiasat dakwaan kononnya mereka yang ditemuduga untuk jawatan jururawat di sebuah hospital di Kuantan dipaksa menanggalkan tudung sekiranya mahu diterima bekerja. Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, perkara berkenaan (menanggalkan tudung) tidak pernah dijadikan syarat oleh mana-mana majikan di negeri ini sebelum ini.
 "Perkara itu perlu dikaji dari banyak sudut termasuk dari segi kesahihan laporan berkenaan. "Apa pun sekiranya berlaku, itu merupakan satu perkara yang amat dikesali, kita kena menjaga hak sensitiviti agama, jangan diusik," katanya ketika kepada pemberita di sini.
 Beliau berkata demikian sebagai mengulas 'surat pembaca' dalam sebuah akhbar hari ini yang mendakwa anak saudara penulis berkenaan dipaksa menanggalkan tudung sekiranya mahu diterima bekerja di hospital itu.

Leuniey Natasha Sah Hamil 6 Minggu | Tahniah diucapkan kepada Leuniey yang kini disahkan mengandung 6 minggu hasil perkahwinan beliau bersama penjaga gol sensasi kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat. Berita gembira itu disampaikan kepada media hiburan oleh mereka sendiri yang hadir kesana.

Sebelum ini, Leuniey pernah menyatakan hasrat ingin menimang cahayamata secepat mungkin, alhamdulillah hajatnya itu nampaknya membuahkan hasil. "Alhamdulillah, saya telah disahkan hamil enam minggu. Ketika memaklumkan berita gembira ini kepada suami, Apex ketika itu berada di Australia. Dia berasa cukup teruja dan gembira malah turut mengalami 'morning sickness' seperti saya," ujar Leuniey gembira. Disamping itu, Leuniey turut berkongsi berita gembira ini menerusi laman sosial facebooknya kepada peminat. Tahniah buat Leuniey Natahsa dan Khairul Fahmi Che Mat, jaga molek-molek kandungan tu.

Sabhi Saddi Mengaku Telah Bernikah Dan Mempunyai Anak | Minggu lalu, Sabhi Saddi penyanyi kelahiran Sabah telah digosip dengan berita perkahwinan beliau yang dilangsungkan dalam diam bahkan beliau juga didakwa telah pun mempunyai anak hasil dari perkahwinan itu.

Sebelum gosip terbaru ini, Sabhi pernah dihubungkait dalam menjalinkan hubungan cinta dengan seorang penyanyi dari Indonesia bernama Vienna Fridiana. Malangnya cinta mereka itu putus di tengah jalan. Sabhi dan Vienna pernah merakamkan sebuah lagu duet berjudul Seperti Dulu Lagi sekitar tahun 2011. Sabhi yang ditemui wartawan akhirnya mengakui diirnya telahpun berlahwin dengan seorang gadis berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan mereka juga telah mempunyai seorang anak. Menurut Sabhi lagi, "Ya, saya sudah berkahwin pada Julai tahun lepas di Kuala Lumpur. Isteri saya bernama Rosi Aswani Abdul Razak, 27, yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Dia merupakan orang biasa. Kami diperkenalkan oleh kawan. Saya tak terfikir pun hubungan kami akan menjadi serius. Namun selepas rapat sebagai kawan selama setahun, kami ambil keputusan untuk berkahwin. Apa yang boleh saya katakan, ia sudah rezeki dan jodoh kami. Kami sudah dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia empat bulan, Sofea Reesya."

Apabila ditanya mengapa Sabhi enggan mendedahkan perkahwinan beliau kepada media, Sabhi menjelaskan perkara itu adalah hal peribadi beliau dan beliau tidak mahu didedahkan kepada umum. Sabhi juga berjanji akan menampilkan isterinya itu kepada umum dalam penghujung tahun ini serta mendedahkan tahun ini beliau akan pulang berhari raya di Kelantan.

12 Lelaki Berpakaian Hitam Culik Budak, Pengganas Sulu Kembali? Seorang wanita mendakwa anak saudara perempuannya berusia 14 tahun telah diculik dan dilarikan dari sebuah rumah oleh 12 lelaki berpakaian serba hitam dalam kejadian di Kampung Tanagian, Felda Sahabat Lahad Datu dekat sini pada 17 Jun 2013 lalu

.

 12 Lelaki Berpakaian Hitam Culik Budak, Pengganas Sulu Kembali? on TUESDAY, JUNE 18, 2013 12 Lelaki Berpakaian Hitam Culik Budak, Pengganas Sulu Kembali? Seorang wanita mendakwa anak saudara perempuannya berusia 14 tahun telah diculik dan dilarikan dari sebuah rumah oleh 12 lelaki berpakaian serba hitam dalam kejadian di Kampung Tanagian, Felda Sahabat Lahad Datu dekat sini pada 17 Jun 2013 lalu. Menurut beliau, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, wanita tersebut mendakwa mangsa telah dibawa ke sebuah ladang sebelum diikat di sebatang pokok berdekatan rumahnya. Bagaimanapun, remaja tersebut berjaya melepaskan diri sebelum memaklumkan perkara itu kepada ibu saudaranya. Berdasarkan laporan, ketika ditahan, wanita itu mendakwa kumpulan lelaki bersenjata berkenaan telah bertanyakan mengenai dua individu kepada anak saudaranya. "Mereka mencari Bintor dan Tasha namun mangsa tidak mengenalinya sebelum dia ditinggalkan di situ," kata wanita itu. Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, polis yang mendapat laporan mengenai kejadian itu telah bergegas ke lokasi ladang kira-kira pukul 2 petang.

KUALA PILAH – Misteri tapak kaki luar biasa yang ditemui di Kampung Kepis Baru, dekat sini terungkai apabila Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) Jempol mengesahkan ia kesan tapak kaki seekor tapir. Tapir atau nama saintifiknya Tapirus Indicus yang muncul di situ dianggarkan berusia lima ke enam tahun dengan berat antara 100 dan 120 kilogram. Pegawai Perhilitan Jempol, Jamlus Mohd Nor berkata, selepas tersiar di akhbar, pihaknya mengandaikan ia mungkin binatang buas termasuk harimau sebelum melakukan siasatan. “Namun, apabila pemeriksaan secara lebih dekat, kita perhatikan ia hanya tapak kaki seekor tapir dianggarkan besarnya seperti seekor lembu. “Tapak kaki haiwan ini menjadi lebar kerana struktur tanah yang masih lembut dan ia tenggelam apabila dipijak. Mungkin tapir ini datang untuk mencari makan pada waktu malam," katanya.

Jamlus (tengah) bersama anggota Jabatan Perhilitan Jempol dan penduduk kampung mengukur kesan yang disahkan sebagai tapak kaki tapir. Menurutnya, secara azalinya, bahagian depan kaki tapir memiliki empat jari, manakala di belakangnya sebanyak tiga jari. “Sebab itu, kita nampak tapak kaki itu seolah-olah besar dan gemuk. Tambahan pula, tanah di sini lembut menyebabkan tapak kaki mengembang lebar," katanya ketika membuat pemeriksaan di kawasan berkenaan, semalam. Jamlus bagaimanapun berkata, tapir bukanlah spesis yang mengancam nyawa manusia dan penduduk tidak perlu memberi ancaman terhadap binatang itu hanya disebabkan bimbang digigit. Selain itu, katanya, sekiranya tanaman penduduk kampung seperti kulit getah telah dimakan haiwan berkenaan, ia dianggap gangguan dan penduduk boleh menghubungi Jabatan Perhilitan untuk menangkapnya. “Tapir ialah spesis haiwan terancam. Kita tidak boleh menembak sesuka hati apabila terserempak dengan Tapir. Maklumkan kepada kita untuk menangkap binatang tersebut. “Tetapi, selagi Tapir ini tidak rosakkan tanaman, biar ia hidup seperti biasa dalam hutan ini," katanya sambil menjelaskan haiwan berkenaan dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 Akta (716). Berikutan itu, Jamlus menasihatkan penduduk kampung berdekatan supaya tidak perlu bimbang dengan penemuan itu.

Kalau tak reti jaga binatang jangan mengada nak jaga. Kematian haiwan paling bodoh pernah kami nampak! Kesiansugar glider!

Umum kita ketahui Korea Selatan ialah negara yang mempunyai kadar pembedahan plastik tertingi di dunia sekarang. Hadiah paling kerap diberi kepada pelajar yang menghabiskan sekolah menengah ialah pembedahan plastik. Kegilaan ini memberikan inspirasi kepada jurugambar Ji Yeo untuk menghasilkan set gambar Beauty Recovery Room di bawah. Ia memaparkan gambar wanita Korea Selatan paska pembedahan plastik sebelum mereka pulih sepenuhnya. Dear god! Beauty is PAIN in South Korea!

Minggu lalu kami paparkan kisah Aishah Samad, bekas atlet Singapura yang kehilangan kedua-dua belah kaki dan tangan kerana jangkitan bakteria. Hari ini mari membaca kisah Apryl Michelle Brown (47) yang juga kudung tangan dan kaki akibat perkara yang berbeza. Pada tahun 2005 Apryl mahukan punggung yang lebih montok. Kerana kekurangan wang beliau melakukan prosedur menyuntik silikon secara haram di rumah seorang teman. Silikon yang digunakan di sini bukanlah silikon biasa tetapi silikon penebat yang digunakan pada bangunan. Selepas menjalani dua prosedur haram ini beliau mendapat punggang seksi yang beliau idamkan. Malang bagi Apryl selepas setahun silikon di dalam punggung beliau mengeras. Kerana tidak tahan dengan kesakitan dan kegatalan yang diakibatkan implan ni, beliau akhirnya bertemu doktor untuk mendapatkan nasihat pakar. Hanya pada tahun 2011 beliau akhirnya dapat menjalani prosedur membuang implan haram ini. Sekali lagi malang bagi Apryl silikon penebat ini mengakibatkan kerosakan tisu badan dan sebahagian tisu punggung terpaksa dibuang. Ketika di dalam proses pemulihan kawasan tisu yang dibuang mengalami masalah jangkitan Staph dan beliau jatuh koma. Kaki dan tangan beliau mereput akibat jangkitan ini dan terpaksa dipotong. Kini beliau hidup tanpa tangan, kaki dan punggung. Jadi ingatkan rakan-rakan, syukurilah nikmat tuhan dan jangan merubah rupa asal anda dengan pembedahan plastik cap ayam!

Chaupadi ialah amalan tradisi Nepal yang menyuruh wanita yang sedang haid untuk tinggal di luar rumah yang diduduki mereka. Di sana masih ada kepercayaan karut yang mengatakan wanita yang sedang haid mendatangkan sial dan menyebabkan haiwan liar masuk ke dalam rumah. Sepanjang tempoh datang bulan kaum wanita terpaksa tinggal di dalam bilik khas berasingan dari ahli keluarga lain bagi menjaga kesucian rumah. Kerana mereka biasanya terpaksa tinggal berseorangan, terdapat kes wanita yang diperkosa oleh lelaki yang mengambil kesempatan. Terdapat aktivis yang mahu amalan kuno tidak masuk akal ini dihentikan tetapi mereka mendapat tentangan penduduk tempatan yang masih percaya dengan traidisi kuno dan nasihat pawang. Kesian. Tak sangka walaupun sudah 2013 masih ada yang percaya wanita sedang haid itu hina dan membawa kecelakaan. Nasiblah Malaysia tak macam ini

Los Angeles: Michael Jackson diisytihar mati secara tidak sengaja. Mahkamah di sini diberitahu, perisytiharan itu dibuat sendiri hantu penyanyi itu.
 Jacko, 50, dikatakan memberitahu Brenda bekas isteri Lionel Richie dia membunuh dirinya secara tidak sengaja. Ini didedahkan Randy Phillips
, Ketua Pengarah Eksekutif AEG, syarikat yang didakwa oleh keluarga Jacko kerana menyebabkan kematian Raja Pop itu. Phillips mengejutkan mahkamah dengan mendakwa Jacko bercakap dari kuburnya bahawa dia mati kerana tidak sengaja.
 “Brenda menelefon memberitahu saya dia berbual dengan Jacko, sama ada secara orang tengah atau secara langsung. Katanya, Jacko memberitahu dia tidak sengaja menyebabkan kematiannya.” Kenyataan itu menyebabkan orang ramai yang menghadiri perbicaraan itu ketawa.

Thai pantau sami bergaya

 Bangkok: Badan Kebangsaan Buddha Thailand, semalam berkata, pihaknya memantau sami di seluruh negara bagi mengesan tingkah laku yang tidak wajar berikutan aduan yang timbul daripada video yang memaparkan sami Buddha di atas sebuah jet peribadi. Video di YouTube itu menunjukkan seorang sami memakai kaca mata hitam yang bergaya sambil membawa beg kembara berjenama dan fon kepala tanpa wayar serba moden. Ia mencetuskan kritikan penganut Buddha di seluruh negara. Ketua Pengarah Pejabat Kebangsaan Buddha, Nopparat Benjawatananun berkata, badan itu sudah menyaksikan video berkenaan awal tahun ini dan memberi amaran kepada sami dari kuil di timur laut negara itu agar tidak mengulang tingkah laku bermewah-mewah. Negara yang mempunyai populasi Buddha terbesar, Thailand cuba membantu menegakkan doktrin Buddha berusia 2,600 tahun melalui pelbagai kaedah termasuk melaksanakan pengharaman penjualan alkohol pada cuti keagamaan. Bagaimanapun, usaha itu kadangkala dicemari sami Buddha sendiri.

KUALA LUMUR – Polis semalam menyerbu tujuh lokasi dipercayai menjadi tempat persembunyian Halimah Hussein selepas dia disyaki menganggotai aktiviti kumpulan pengganas. Serbuan pada pukul 7 pagi itu dilakukan serentak melibatkan empat buah lokasi di Selangor iaitu dua di Kajang, Gombak, Ampang dan masing-masing satu di Kuala Lumpur (Pandan Indah), Negeri Sembilan (Senawang) dan Johor Bahru (Masai). Satu sumber berkata, operasi serentak selama sejam yang dilakukan oleh Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman bagaimanapun tidak menemui janda berusia 52 tahun yang juga rakan kepada bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat, 49. "Kesemua lokasi yang diserbu merupakan kediaman milik ahli keluarga Halimah. "Kita percaya, wanita itu masih bersembunyi di dalam negara," kata sumber itu ketika dihubungi di sini semalam. Halimah yang disyaki menganggotai kumpulan Tandzim Al-Qaeda Malaysia diburu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 130KA Kanun Keseksaan iaitu menjadi ahli kumpulan pengganas. Jika sabit kesalahan Halimah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau seumur hidup atau denda.

Tadi aku lepak bersama member-member aku di sebuah kedai makan tepi jalan. Tengah sedap berborak, tetiba didatangi oleh satu kelibat manusia berbaju kurung dan bertudung lalu memberi salam. "Assalamualaikum pakcik..." Huaaaaaaa.... tua sangat ke muka aku nih??? balik rumah terus tengok cermin 3-4 jam..hahaha.. Then, kami jawab salam. Aku tengok macam dia nak jual something sebab dia pegang botol dan resit. Aku tengok betul-betul resit tu ala Dektektif Conan gitu..Oooo... Resit derma anak-anak yatim.. Ini bukan first time aku jumpa orang macam ni, dah banyak kali dah. Korang pon banyak kali jumpa kan? Kita keluar je bank, datang bebudak datang nak jual madu, kalendar dan duit tu diorang cakap disalurkan ke rumah anak-anak yatim, tahfiz dan bla bla bla... Dia ingat aku baru lepas keluar duit kot. Padahal aku punya la bebal, baru lepas bank in duit bayar duit kereta, itu, ini.. Kekadang nak balik ke Johor ikut highway, dari Ipoh ke Johor berapa banyak R&R yang ada? Setiap kali berhenti, mesti ada bebudak ni tunggu kat petrol pump. Aik? Tadi bukan budak ni ke yang aku jumpa kat Tapah? Time tu aku kat Sungai Buloh. Takkan dia ada ilmu jampi serapah kot? Mungkin orang lain kot... Aku terus cam muka dia betul-betul..Mane la tau kot terjumpa lagi.. Sampai kat Seremban pulak, jumpa orang macam tu lagi. Ishhhh.. Aku tenung muka budak tu bebetul.. Nasib baik bukan orang yang sama. Kalau tak, mau pengsan aku kat situ.. Bayangkan la, aku punya la pecut selaju yang boleh dari Ipoh. Tetiba jumpa orang yang sama. Tak ke impossible? Seriously, memang budak ni jual barang mahal gila. Lepas tu pulak, barang yang dijual bukan keperluan aku pun. Apa yang aku boleh buat, aku bagi la sedekah seposen kat budak tu. Mesti korang ada terfikir bebudak ni mungkin menipu, tak pun bebudak ni dipergunakan oleh sindiket tertentu. Member aku pon marah kalau aku bagi duit macam tu je. Ingat duit senang nak dapat ke? Ya Allah, bukan niat aku nak menunjuk2 kat korang. Korang pon xkenal sape aku kan? So, xde sebab aku nak buat macam tu. Aku just nak ubah mentality semua orang pasal ni. Setiap kali orang meminta sedekah atau derma, abaikan perasaan suspicious korang tu. Yang paling penting, niat korang sedekah tu ikhlas. Buangkan prasangka buruk and think positive! Kalau dia nak tipu sekali pun, itu urusan dia dengan Allah. Takkan miskin diri kita ni disebabkan RM10 yang korang bagi tu. Insyaallah, Allah akan pulangkan berlipat kali ganda. Aku sendiri dah merasa, sejak aku tinggal berjauhan dengan keluarga memang duit selalu tak cukup. So, memang jadi kedekut nak bagi seposen kat orang. Lepas tu aku ada dengar kuliah pasal derma, hadiah dan sedekah. Walau time kita sempit sekali pun, kalau ada balance duit tu ringankan tangan untuk bersedekah. Alhamdulillah, ada je rezeki yang Allah beri time aku takde duit. Kekadang kawan panggil bagi job, kekadang tengah drive tu ada orang kereta rosak. Rosak sikit je, diorang bagi sedekah kat kita. Memang Allah tak bagi lebih kat kita, Dia akan bagi cukup-cukup kat kita untuk kita survive. Lagi satu, jangan membazir beli benda bukan-bukan. Aku cukup pantang kalau member mintak 20 sen sebab tak cukup duit nak beli rokok! Bukan kedekut, aku sayang kawan-kawan aku.

|

 Foto penumpang bas berlumuran tahi kini menjadi ‘viral’ apabila tersebar secara meluas di internet setelah sebuah bas awam terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori najis di China baru-baru ini. Kemalangan tersebut berlaku pada 2 Januari lalu dan ia sempat dirakamkan jurugambar amatur yang kebetulan lalu di tempat kejadian. Difahamkan, bas tersebut merempuh belakang lori tersebut hingga menyebabkan tangkinya pecah

.

Malang sekali kumbahan tersebut melimpah masuk ke dalam bas hingga menyebabkan sekurang-kurangnya lapan penumpang terpaksa ‘bermandi’ najis! Mereka kemudiannya dihantar ke hotel berhampiran dan diberikan sepasang pakaian baru serta wang pampasan sebanyak RM488 seorang. Namun antara komen yang paling banyak diterima oleh kesemua mangsa bukanlah simpati, tetapi ‘galakan’ agar mereka membeli loteri

Kononnya kejadian itu bakal membawa ‘tuah’ kepada mangsa disebabkan ia jarang-jarang sekali berlaku. Sementara itu agensi berita Xinhua melaporkan, pihak mereka mendapat pengesahan yang ‘najis’ itu adalah sisa makanan yang telah diproses untuk dijadikan makanan BA.BI sumber

Pelakon yang kini semakin popular dek video-video kontroversi di laman sosial Keek, Sharifah Sakinah kini tampil dengan video ringkas terbarunya. Kali ini, dia menari di atas meja sambil menggayakan rambut palsu panjang yang mengerbang sambil menyanyi dengan menggunakan aplikasi suara ala kartun Chipmunks. Kebanyakan peminat yang menonton videonya itu mengatakan mereka terhibur dengan video gadis berusia 24 tahun itu. Malah mereka juga dilihat semakin terbuka dan boleh menerima sikap gila-gila Sakinah.

Singapura: Peguam kerajaan republik ini memberitahu satu inkues koroner semalam bahawa seorang saintis Amerika yang ditemui mati tergantung di ibu kota ini tahun lalu membunuh diri dan bukan dibunuh seperti yang didakwa keluarganya. Membuat kesimpulan penemuan agensi berkaitan kematian jurutera elektronik Shane Todd pada Jun 2012, mereka berkata ‘adalah jelas daripada bukti forensik perubatan bahawa punca perubatan kematian Shane adalah asfiksia akibat menggantung diri.’ Keterangan koroner yang tidak boleh dirayu, dijadualkan diserahkan pada 8 Julai ini. Perbicaraan umum berhubung kes itu diadakan dari 13 hingga 27 Mei lalu. Keluarga Todd bergegas keluar daripada perbicaraan 21 Mei lalu dan menegaskan mereka ‘hilang kepercayaan’ dalam prosiding dan menyifatkannya sebagai berat sebelah. Mereka kemudian berkata mayat anak mereka digali di California untuk ujian lanjut.
 Nota bunuh diri
 Peguam kerajaan di sini memetik nota bunuh diri ditinggalkan Todd dalam komputer riba miliknya, satu keterangan pakar psikiatri yang menjelaskan bahawa dia menderita akibat kemurungan dan satu rekod internet menunjukkan dia melayari laman web bunuh diri sebelum kematiannya. “Ketiadaan sebarang bukti ketara bagi menyokong teori homisid waris berikutnya perlu dilihat bersebelahan dengan bukti nyata menuding ke arah bunuh diri,” kata satu kesimpulan dibaca di mahkamah oleh peguam kanan negara, Tai Wei Shyong. Beliau menutup hujahan dengan mengatakan bahawa ‘teori kes homisid tidak kena pada tempatnya dan tidak berasas, seterusnya kematian Shane adalah bunuh diri.
’ Projek rahsia
 Dalam satu kenyataan terhadap inkues, ibu bapa Todd berkata mendiang bimbang dirinya terpaksa membahayakan keselamatan nasional Amerika dalam satu projek rahsia membabitkan sebuah firma telekomunikasi China dituduh melakukan pengintipan antarabangsa dan sebuah institut di sini yang menggaji anak lelaki mereka. Dua firma berkaitan, Institute of Microelectronics dan Huawei Technologies, China berkata pihaknya hanya mengadakan rundingan awal berhubung satu projek potensi dengan aplikasi komersial, namun tidak meneruskannya.

Mumbai: Bintang terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan bakal menjadi bapa sekali lagi, apabila anak ketiganya dijadual dilahirkan awal Julai depan menggunakan kaedah ibu tumpang, lapor media. Akhbar Times of India melaporkan, keputusan untuk mendapatkan anak ketiga, diambil isteri beliau Gauri, yang berhasrat untuk mempunyai anak ketiga. “Pasangan itu mendapatkan khidmat nasihat perubatan bagi proses ibu tumpang, sama seperti yang dilakukan pelakon Aamir Khan dan isterinya Kiran Rao. Keputusan ini dibuat sendiri oleh Gauri,” lapor Times of India. Shah Rukh dan Gauri sudah pun mempunyai dua orang anak, iaitu Aryan Khan, 15 dan Suhana Khan, 13. “Bayi yang bakal dilahirkan nanti adalah seorang lelaki, jadi Suhana akan mempunyai seorang lagi saudara lelaki selain Aryan. “Aryan dan Suhana amat teruja dengan berita kehadiran anggota baru di dalam keluarga mereka, manakala persediaan juga sedang dibuat di kediaman Shah Rukh Khan Mannat, di Mumbai,” kata Times of India. Bagaimanapun, pasangan itu sehingga kini belum membuat sebarang pengumuman rasmi mengenai perkara itu. Mereka juga tidak mengesahkan atau menafikan mengenainya.

Add caption

Riyadh: Seorang pemuda Arab Saudi menggunakan pita pelekat untuk melekatkan seorang kanak-kanak ke dinding, sebelum mentertawakannya bersama rakan, menyebabkan dia kini diburu polis. Pemuda itu, dipercayai anggota keluarga kanak-kanak berkenaan, kemudian mengambil gambar dan menyiarkannya secara online, tanpa menyedari tindakannya mengundang padah. Gambar kanak-kanak itu disiarkan pelbagai akhbar di Arab Saudi dan polis sedang memburunya. Pemuda itu kini dilaporkan menyembunyikan diri. Mangsa ditertawa Sebuah akhbar berbahasa Arab berkata, kanak-kanak itu kelihatan menggeliat kesakitan, manakala anggota keluarganya ketawa tanpa sedikit pun mempedulikan keadaannya. Akhbar berkenaan bagaimanapun cuma menyiarkan gambar kanak-kanak itu, tetapi tidak menyatakan di wilayah mana gambar itu diambil. “Apa yang diakukan oleh mereka adalah satu pelanggaran hak asasi kanak-kanak itu. Mereka langsung tidak mempedulikan perasaan dan kesakitan yang dialaminya,” kata akhbar berkenaan yang memetik kenyataan anggota Suruhanjaya Hak Asasi Arab Saudi, Maatouk Al Shareef. Jejas perkembangan Beliau berkata perbuatan anggota keluarga kanak-kanak itu akan menjejaskan perkembangan mentalnya selain meningkatkan keganasan ke atas kanak-kanak. “Kami merayu sesiapa yang mengenali lelaki yang melakukan perbuatan itu agar menghubungi suruhanjaya ini, supaya tindakan segera boleh diambil,” katanya.

Rantau Panjang: Norashikin Abd Rahman kehilangan tiga anak serentak apabila mereka yang berusia 4, 6 dan 7 tahun lemas ketika mandi di Sungai Golok, kira-kira 100 meter dari rumahnya, di sini, petang semalam. Mayat ketiga-tiga beradik, Muhammad Zulhilmi Aziz, 7, Muhammad Syahmi Aziz, 6, dan Muhamad Irfan Rahman Aziz, 4, ditemui tidak jauh antara satu sama lain di tempat kejadian dalam tempoh sejam selepas kejadian. Gagal menyelamat Kejadian dipercayai berlaku apabila Muhammad Zulhilmi dan Muhamad Irfan Rahman cuba menyelamatkan Muhammad Syahmi yang lemas ketika itu. Bagaimanapun mereka turut lemas. Mayat pertama Muhammad Syahmi ditemui penduduk jam 5.20 petang diikuti Muhammad Irfan, 5.30 petang dan Muhammad Zulhilmi pada 5.50 petang.

ALOR SETAR: Seorang penerjun wanita warga Australia maut apabila payung terjun yang digunakan ketika melakukan latihan ‘base jump’ di Menara Alor Setar, di sini, gagal berfungsi, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu, mangsa Tantikey Lie Marion, 42, dipercayai sedang menjalani latihan penerjunan bersama tiga lagi rakannya untuk program ‘KL Tower International Jump’ yang dijadualkan berlangsung awal bulan depan di Menara Kuala Lumpur. Mangsa yang juga penerjun keempat, jatuh terhempas dari ketinggian kira-kira 165 meter dan mati di tempat kejadian akibat parah di kepala serta badan. Difahamkan, penerjun pertama dikatakan tersasar ketika melakukan pendaratan dan tersangkut di atas tiang lampu kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian dan dia diselamatkan oleh pasukan bomba dan penyelamat. Saksi kejadian, Zaidi Zainol Abidin, 41, berkata ketika kejadian dia sedang menunggang motosikal menuju ke pejabatnya sebelum memberhentikan kenderaan selepas ternampak penerjun pertama tersangkut pada tiang lampu. Bagaimanapun, katanya, penerjun pertama tidak mengalami kecederaan sebelum diturunkan oleh kakitangan Menara Alor Setar serta anggota penyelamat. “Ia kemudian diikuti dua lagi penerjun lelaki, seorang warga tempatan dan asing. Apabila tiba giliran mangsa, saya lihat payung terjun tidak terbuka dan terhempas di atas simen kaki lima Menara Alor Setar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam. Zaidi Abidin berkata, orang awam yang berada di kawasan kejadian terus berlari ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa. “Bagaimanapun, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala muka dan badan,” katanya. Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, untuk dibedah siasat. Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan sedang dijalankan.

. Ipoh: Seorang anggota polis cedera parah selepas payung terjunnya hilang kawalan ketika menjalani latihan penerjunan di kawasan Padang Tekah, Assam Kumbang dekat sini, Sabtu lalu. Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Koperal Mohd Fauzi Rasid, 46, patah kedua-dua pahanya. Mangsa yang bertugas di Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya, dikatakan gagal mengawal payung terjunnya dan dilihat berpusing beberapa kali sebelum meluru laju ke permukaan dan terhempas di padang itu.
 Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah, berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada masalah teknikal ketika mangsa menjalani latihan bersama sebuah kelab payung terjun swasta. Katanya, kejadian itu tiada kaitan dengan sebarang latihan pasukan polis, sebaliknya mangsa dikatakan menyertai aktiviti riadah bersama kelab persendirian.
 “Punca sebenar bagaimana kejadian itu berlaku tidak dapat dipastikan lagi, tetapi mangsa kemudian dihantar ke Hospital Taiping (HT) untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Beliau berkata, mangsa bagaimanapun dibawa keluar oleh ahli keluarga dan rakannya daripada hospital berkenaan, kelmarin kerana mahu memasukkannya ke sebuah hospital swasta untuk rawatan susulan.
 Seorang kakitangan HT ketika ditemui pula berkata, mangsa dibawa keluar menaiki kenderaan peribadi dan tidak menggunakan ambulans hospital. Usaha untuk mengesan kedudukan mangsa dengan menghubungi IPD Petaling Jaya juga tidak berhasil apabila pegawai bertugas memaklumkan tidak mengetahui maklumat mengenai perkara berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog