Kuala Lumpur: Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) MyWatch, R Sri Sanjeevan ditembak lewat petang kelmarin oleh dua lelaki yang tidak dikenali di Bahau, Negeri Sembilan.
Sanjeevan, 27, berada dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Pilah pada pukul 10.30 malam tadi dan Astro Awani dimaklumkan oleh sumber dari hospital bahawa keadaan beliau masih tidak stabil.
Kejadian tembakan itu dilaporkan berlaku pada pukul 4.30 petang berhampiran persimpangan Taman Awana Indah, Taman Cempaka. Menurut sumber, Sanjeevan keluar untuk minum petang bersama seorang rakan dan memandu BMW kelabu. Beliau sedang merokok dan cermin keretanya diturunkan sebelum dua lelaki bermotosikal merah datang dari arah belakang dan melepaskan tembakan.
Ketika dihubungi, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, dia merasa sedih dengan kejadian tersebut. "Pada saya perkara ini tidak seharusnya berlaku terhadap beliau ketika usaha untuk mengurangkan jenayah sedang giat dijalankan," katanya kepada Astro Awani.
Sehubungan itu beliau menggesa polis menyiasat kejadian tersebut kerana Sanjeevan dikatakan pernah menerima beberapa ugutan sebelum ini susulan beberapa pendedahan yang dilakukan beliau. Sejak dilancarkan MyWatch lantang menyuarakan hal-hal berkaitan jenayah termasuk dakwaan rasuah dan salah laku anggota polis di semua peringkat selain mendakwa ada yang terbabit dengan kegiatan kumpulan kongsi gelap.
-Astro Awani Cubaan bunuh untuk halang dedah jenayah polis, kata Musa Tan Sri Musa Hassan mengesyaki cubaan membunuh R Sri Sanjeevan semalam, ada kaitan dengan rancangan Pengerusi Pasukan Khas Cegah Jenayah Malaysia (MyWatch) itu untuk mendedahkan sindiket jenayah melibatkan pegawai polis.
Bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu membuat jangkaan demikian melalui akaun twitternya malam tadi, beberapa jam selepas Sanjeevan parah ditembak di Bahau, Negeri Sembilan. "Saya harap polis membuat siasatan untuk mengesan suspek kerana dia (Sanjeevan) ada menerima ugutan bunuh berikutan hasratnya untuk mendedahkan pembabitkan polis dalam sindiket jenayah," katanya melalui akaun beliau, @TSMusaHassan.
Mengikut kenyataan polis semalam, mangsa berada dalam kereta BMW sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal di satu persimpangan di Taman Awana Indah, Bahau. Pembonceng motosikal itu kemudian dikatakan mengeluarkan senjata api sebelum menembak Sanjeevan yang mengenai rusuk kanan mangsa. Individu itu juga dikatakan kemudian turun dari motosikal tetapi mangsa memecut kenderaannya.
Sanjeevan dilapor stabil tetapi keadaannya kritikal selepas menjalani pembedahan di Hospital Kuala Pilah. Sebelum kejadian itu, Sanjeevan ada menerima ancaman bunuh berikutan tweet beliau terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun @KBAB51.
Turut mengetag Khalid dan Polis DiRaja Malaysia, Sanjeevan mengepos tweet yang menyatakan ada sindiket akan menembak beliau dan menyerang rumahnya untuk menakut-nakutkan keluarganya. Sanjeevan berada di barisan depan dalam usaha mencegah jenayah dan sebelum ini mendakwa statistik polis tidak tepat.

![Video Romantis Abby Abadi Dan Suami Barunya [Farhan] Mencium Bahunya Dikritik Teruk Peminat](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhi8UApiyQ8Sh3_jBDZyeccV0ojOqFR24Nyb7Ku2zCaVQGZ2cgiExqpTGLG7Ud7dgNLSB2DqeoorIbQH8OWfyCMx_kvaf2BcTsYNsR0kWoiW1qgkOygQlfvw4GaOLK50N2rbcWErFXc_9Q/s400/7Uy7Ua5.jpg)
![Video Romantis Abby Abadi Dan Suami Barunya [Farhan] Mencium Bahunya Dikritik Teruk Peminat](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAJrowKldjaS1Ou_hvoBaachtV680KJjzDwzJp-GEwHsu37Zu00fsMtNNKYbhNGrgdYL51-ZOWYOK0dhrEXpqbe8czK6OdOIY6gJ6b70vzMpJBrkUlTF4VLFCxBfugqIiKE6JJioCKGFU/s400/1jHrs8B.jpg)
![Video Romantis Abby Abadi Dan Suami Barunya [Farhan] Mencium Bahunya Dikritik Teruk Peminat](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhr4beUhq80Vn54Pg23e8K2A0dOswJZ-7E3ZUCcoMSqqfSNdu4Tn-UB9LZWQTABT8HIugif6H6EytP5zZHmfsoxg7ncYLAdqu47Jp__lcEp61k3s0Q8J3DEb7dB5Uqa5NyG4tzOrry2kBw/s400/2fqJU5w.jpg)
![“Aku tertekan kejar akhirat.” itu alasan seorang wanita yang ditangkap Majlis Agama Apabila Ditangkap Dan Enggan Memakai Pakaian [Bertelanjang].jpg](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-PxfswetQFtZvGmV4F0q2fqEujiUkegj2Q8epkUqZX0JzcA3NMZgm8imsf0vXmxJfpLCO_0-tr5XsoSEbGPP4I77Ebp2BXvCtQtzR1bhDW68_YRPdCTTcRbSCrMS6QTQnXNEZ09Gn2ww/s400/images.jpg)

Selepas hubungannya bersama seorang wanita tidak menjadi satu ketika dulu, akhirnya pelakon dan pelawak, Roslan Shah, 43, akui sudah pun menemui seseorang yang mampu menjadi suri hatinya, malah bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang wanita kelahiran Kelantan pada akhir tahun ini.
Hampir setahun bercinta, Roslan Shah berkata dia bersyukur kerana bakal isterinya itu sanggup menerima fizikalnya yang berperwatakan seperti lelaki lembut.
"Insya Allah, saya jangka tahun ini juga mahu kahwin dan perkahwinan itu akan dilakukan dalam keadaan yang sederhana di kampong bakal isteri saya. Alhamdulilah, hubungan kami berjalan dengan baik dan dia seorang yang memahami dan menerima diri saya seadanya. Malah dia juga tahu saya seorang lelaki yang lembut," katanya kepada murai.com.my yang ditemui ketika selesai rakaman program bual bicara, Diva De Vida di Sri Damansara, semalam.
Bagaimana pun, sehingga kini Roslan mahu identiti bakal isteriya dirahsiakan sehinggalah mereka diijabkabulkan nanti.
Dalam menyimpan niat dan impian untuk berkahwin serta berkeluarga, Roslan memberitahu, ada di antara rakan-rakannya yang memandang rendah dan menghina dengan hajatnya untuk berumahtangga
"Sebenarnya ramai yang menyokong saya niat saya untuk berkahwin, malah tak kurang juga yang menghina dan tidak percaya yang saya mahu berkahwin. Saya bukan apa, saya hanya mahu doa daripada semua termasuk kawan-kawan untuk mendoakan kebahagiaan saya, bukan memperlekehkan hajat saya untuk berkahwin. Tetapi saya tak kisah yang penting Tuhan tahu niat sebenar saya," jelasnya lagi.
Sementara itu, Roslan memberitahu dia bersyukur kepada Tuhan kerana memberinya petunjuk dan mempermudahkan hubungannya dengan wanita berkenaan sehingga mengambil keputusan untuk berkahwin.
"Sebenarnya gerak hati hendak berkahwin ini bermula pada hari jadi saya yang jatuh pada 17 November tahun lalu. Ketika itu hati saya sangat tenang dan saya berubah untuk melakukan penghijrahan dan ketika itu juga saya membotakkan kepala.
"Selepas daripada itu, saya bersyukur kerana Allah gerakkan hati saya untuk mencari pasangan dan berkahwin," luahnya lagi.
Mengenai perkembangan lain, Roslan Shah yang bakal menamatkan rakaman program bual bicaranyayang pertama iaitu Diva De Vida itu akan muncul dalam program 13 episod itu di siraran Astro Prima bermula 26 Ogos depan.