12 April 2013

12.4.13 Unknown
Sekumpulan belalang melintasi sempadan dari Mesir ke jirannya, Israel dan menimbulkan kebimbangan sekiranya negara itu dilanda serangan kumpulan serangga terbabit selama percutian sempena perayaan ‘Passover’ atau ‘Pesach’ akan datang. Kumpulan serangga itu yang dianggarkan 30 juta sudah merosakkan pelbagai tanaman di Mesir membuatkan Israel berada di dalam keadaan berjaga-jaga. Tetapi sekumpulan daripadanya yang mempu­nyai bentuk lebih kecil kira-kira 1 juta belalang kini melanda Israel. Kementerian Pertanian negara terbabit melakukan pelbagai cara termasuk menyediakan pesawat yang digunakan untuk menyembur racun perosak ke atas kawasan pertanian selain menubuhkan talian kecemasan dan meminta orang ramai melaporkan sebarang pergerakan serangga terbabit.“Serangga itu memenuhi hampir 809.3713 hektar padang pasir,” ujar se­orang pegawai pertanian. Israel menyembur racun perosak dari udara, tanah dan cuba untuk membunuh serangga itu pada awal lagi. Pengarah Perlindungan Tumbuhan di Kementerian Pertanian, Miriam Freund berkata, ia dipanggil sebagai ‘kumpulan belalang bersaiz sederhana’. Manakala, talian kecemasan untuk petani ditubuhkan di pejabatnya untuk membantu perjuangan petani menentang ancaman belalang di samping mencari penyelesaian yang lebih baik. “Kami berharap tindakan ini berkesan. Salah seorang juruterbang yang menyemburkan racun di kawasan pertanian terbabit turut berharap kerosakan pertanian hanya di peringkat minimum,” katanya. Laporan mengatakan, serangga terbabit hanya tertumpu di kawasan selatan Israel tetapi ia turut dilaporkan kelihatan di merata tempat. Amaran serangan belalang menjelma sewaktu menjelangnya perayaan Pesach (perayaan yang disambut masyarakat Yahudi). Menteri Pertanian Mesir berkata, belalang yang melintasi negaranya merupakan sebahagian daripada penghijrahan yang normal dilakukan dari utara timur Sudan ke Arab Saudi. Dia turut menekankan bahawa negara Mesir hanya bertindak sebagai ‘stesen pemindahan’ belalang terbabit yang mempunyai jumlah besar tahun ini. Serangga terbabit yang tertumpu di ladang pertanian terutama di Giza dan Kaherah, menyebabkan berlakunya kerosakan yang besar. Sekali gus, mencetuskan kebimbangan merebaknya masalah sedemikian ke Israel. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu, serangan belalang itu yang digambarkan sebagai ‘kumpulan tidak matang’ muncul pada sebelah petang di timur Kaherah iaitu di daerah New Kaherah dan Mokattam, lalu membentuk kumpulan belalang yang lebih kecil. “Pembiakan belalang itu bermula sejak November di tenggara Mesir iaitu antara Berenice dan sempadan Sudan. “Apabila tumbuh-tumbuhan mengering, kumpulan kecil dan kawanan belalang dewasa matang berpindah perlahan-lahan ke utara di sepanjang pantai Laut Merah seterusnya menuju ke Marsa Alam, Hurghada dan Zafarana. Israel, Lebanon dan Jordan turut dimaklumkan. Di Kaherah, orang ramai mula membakar tayar untuk mewujudkan kepulan asap hitam bagi menghalau dan menghalang belalang terbabit daripada mendarat. Terdapat laporan kawanan belalang ini singgah di bandar Qena dan dilihat berada di tiga buah kampung. Menteri Pertanian Mesir, Dr Salah Abd Al Mamon berkata, tentera Mesir dan pengawal sempadan cuba melawan kumpulan belalang itu sekali gus ingin melupuskannya. “Saya mohon agar orang ramai yang tinggal di sekitar kawasan serangga itu agar tidak membakar tayar. Perbuatan terbabit tidak mampu mengusir belalang tetapi hanya menimbulkan banyak kerosakan dan mampu mencetuskan kebakaran besar-besaran yang boleh mengancam banyak nyawa. “Angin bakal bertiup kencang dan berharap keadaan itu akan memaksa kumpulan serangga untuk berhijrah ke Laut Merah dan Arab Saudi. Pesawat pembersihan tani turut digunakan untuk mengatasi serangan belalang,” katanya. Mesir dan Israel mula dikunjungi belalang sejak 2004. Pegawai pertanian Israel memulakan operasi pembersihan tani di udara sewaktu Afrika Utara dilanda serangan pertama pada 1959. Petani di 15 daripada 27 kawasan di Mesir mengalami kerugian dan kerosakan hasil tani apabila serangga itu memakan pelbagai bunga dan tanaman. - DM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog