GAMBAR LUCU DAN PELIK DI TEMPAT TERBUKA.

 Melalui gambar, pelbagai tafsiran yang mucul di minda kita. Tafsiran dan telahan berkenaan berbeza mengikut ilmu dan pengalaman masing-masing. Artikel kali ini saya menghimpunkan beberapa gambar menarik yang "dipungut" dari arena internet, yang mungkin lucu, aneh, menyentuh perasaan serta boleh dijadikan pengajaran yang positif dalam kita menelusuri denai kehidupan di bumi ini.

                                            Ada orang yang ke masjid hanya pada waktu tertentu
                                            sahaja, malah ada yang tak tempuh langsung


Dilarang berhenti demi keselamatan anda". Papantanda amaran kawasan berhantu?



  Sama ada gas memasak dah habis atau dapur dah rosak. Kreatif? Kreatiflah sangat... (dua tangan dibahu sambil mata pandang ke atas)

  Periuk dijadikan sebahagian peralatan pancuran air. Kejuruteraan mekanikal yang genius

  Suatu ciptaan "hybrid" yang menghasilkan kenderaan di jalanraya yang tidak mengeluarkan asap,
 menggunakan "GREEN TECNOLOGY".

Semua percuma berniaga kerana Allah Swt.



Mengurangkan kos penyediaan sen  Jika tak mampu membeli kenderaan, kenapa tidak anda membuatnya?

                                            Hilang akal?. Salah jalan atau nak uji keteguhan kereta?

  Orang Utanpun tahu nak "fore play" sebelum ehem-ehem... Gejala seks di tempat terbuka makin menjadi-jadi


  Apabila ada yang meminta, jika berkemampuan, hulurkanlah bantuan. Kelihatan seekor beruang Koala meminta air dari salah seorang pengayuh basikal yang sedang berehat.


                                                     "Sahabat..., untuk selamanya".

 Gambar Rumah Berbentuk Unik Dan Pelik..




























.

PELIK! TUBUH BUDAK INI DI TUMBUHI DAGING.

 Pelik! Tubuh Budak Ini Dipenuhi Ketulan Daging | Mesti-mesti kita tertanya-tanya apakah yang menyebabkan tubuh badan budak kecil ini ditumbuhi ketulan daging. KisahBest.My difahamkan, ia terjadi berikutan kejadian yang menimpa anaknya sewaktu ibunya sedang membakar sampah di belakang rumah. Tiba-tiba terdapat satu letupan kecil dan serpihan tersebut masuk ke dalam tingkap bilik dan terkena pada anaknya. Sehingga kini, penyakit anaknya itu tidak menemui sebarang penawar. Mungkin ia perlu dilakukan pembedahan bagi membuang segala ketulan yang timbul.





Usianya baru mencecah tiga tahun, namun terpaksa menanggung penderitaan walaupun tidak memahami apa yang sedang ditanggung. Hampir seluruh anggota badan adik Muhammad Iqram Hashim ditumbuhi daging baru selepas peristiwa badannya melecur akibat terkena percikan api, kira-kira dua tahun lalu. Kejadian berlaku semasa ibunya, Suraya Hassan, 32, sedang membakar sampah dan secara tiba-tiba, ada sesuatu meletup dan terpelanting masuk menerusi tingkap bilik lalu terkena Muhammad Iqram yang sedang tidur. Bapanya, Hashim Hassan, 34, berkata, daging baru yang tumbuh di bahagian melecur anaknya semakin membesar dari hari ke hari. Menurutnya, pada awalnya, hanya ada ketulan daging kecil tumbuh di telinga kiri, tetapi lama kelamaan ia tumbuh di seluruh badan anaknya. “Dia (Muhammad Iqram) tidak pernah mengadu sakit, tetapi selalu rasa gatal kerana daging yang tumbuh itu bertindih-tindih dan berkumpul.


  “Sekarang, kalau rasa gatal, dia akan ambil putik kapas dan membersihkan sendiri di bahagian gatal,” katanya. Difahamkan, adik Muhammad Iqram tidak boleh berada di kawasan panas kerana akan membuatkan dia cepat berasa gatal. Hashim berkata, selepas anaknya dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), dia diminta untuk mendapatkan rawatan susulan setiap minggu. Bagaimanapun dengan pendapatan harian, dia tidak mampu berbuat demikian dan kali terakhir membawa Muhammad Iqram pada Januari tahun lalu. “Bukan tidak mahu bawa untuk rawatan, tetapi saya tidak mampu. Sekali pergi sahaja, saya terpaksa bayar upah pemandu kereta, petrol dan makan, sedangkan pihak hospital periksa sekejap sahaja. “Dulu saya menoreh, sekarang saya ikut orang bertukang. Kalau tak kerja, tak dapatlah gaji. Jadi saya beritahu doktor, hanya kalau saya ada duit, saya akan ke HKL,” katanya. Menurutnya, sebelum ini dia ada memohon kes anaknya dipindahkan ke Hospital Temerloh, tetapi permohonannya tidak diterima. Katanya, sekiranya kes itu dipindahkan, dia masih mampu membawa anaknya untuk rawatan susulan seperti diarahkan. Sementara itu, isterinya, Suraya berkata, mereka dimaklumkan oleh HKL, anaknya juga perlu menjalani pembedahan plastik untuk memulihkan fizikalnya. Katanya, walaupun tidak diberitahu tarikh pembedahan, tetapi dia percaya ia akan menelan kos yang besar. “Masa mula-mula dulu, doktor akan ambil bahagian kulit yang elok untuk ditampal di bahagian melecur. “Tapi bila ada daging tumbuh di bahagian sudah ditampal, anak saya perlu jalani pembedahan,” katanya. Suraya berkata, dia akan berusaha supaya anaknya boleh menjalani pembedahan plastik itu kerana bimbang, apabila memasuki alam persekolahan, dia akan berasa rendah diri. “Memang anak saya tidak kisah dengan apa yang berlaku pada badannya. Tetapi sebagai ibu, ada juga rasa sedih. Saya harap, anak saya boleh kembali normal seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Idea pelik tp bernas tentang tempat shower 


                                     

Biasanye kalau orang melayu simple je, bilik air nya tak cantik sangat asalkan boleh mandi. Mari kita lihat sedikit idea menarik tentang bilik air

                                                     

Kabin mandian mesti dimuatkan ke dalam bilik air supaya saiznya akan bergantung kepada saiz bilik. Memilih reka bentuk yang nipis dan mudah kerana mereka akan menduduki ruang yang kurang dalam bilik mandi kecil berbanding kabin mandian yang luas dan huraikan.




Gaya kabin mandi juga akan bergantung kepada keperluan pengguna. Sesetengah reka bentuk yang telah dibina di kerusi lipat manakala yang lain adalah kosong dan mudah. Yang lebih menampilkan besar kabin mungkin. Walaupun ia bergantung kepada reka bentuk. Kabin mandian tertentu boleh menjadi kedua-dua agak nipis dan dilengkapi. Terdapat juga kabin pancuran terbuka dan tertutup. Bekas orang-orang yang datang sebagai pembahagi antara bilik mandi dan mandi dan orang-orang yang terkemudian datang sepenuhnya tertut
up



.

 GEMPAR!

KANAK-KANAK INI MENANGIS KELUAR AIR MATA DARAH. “Kalau kau menangis keluar air mata darahsekalipun, aku tidak akan menerima kau lagi” itulah antara dialog yang sering diungkapkan dalamdrama-drama Melayu pada masa kini. Apakah benar air mata itu boleh mengeluarkan darah? Mungkin kes ini jarang ditemui namun ketahuilah bahawa ia pernah berlaku. Apa yang ingin dikongsikan bersama anda pada kali ini adalah tentang nasib seorang kanak-kanak kecil yang menangis sambil keluar air mata darah.


 

Seorang kanak-kanak di Kabupaten Majalengka ‘indonesia’ menderita penyakit aneh sejak kecil. Cila selalumengeluarkan darah dari mata hingga liang tangannya jika menangis. Ketika ditemui di kediamannya di RT05/04 Dusun 2, Desa Bojong, Kecamatan Dawuan, Majalengka, Ika Rosita (20) ibu dari Cila Meylina Putri, 20 bulan mengaku keadaan tersebut sudah terjadi sejak 17 bulan lalu, ketika anaknya masih berusia 3 bulan. Keanehan tersebut semakin menjadi, sejak kira-kira lima bulan tekahir, “Awalnya darah keluar dari matanya saja. Namun lama-kelamaan setiap kali menangis, selain dari lubang hidung, darah juga keluar dari liang tangan Cila, “kata Ika. Ika menjelaskan, secara umum, keadaan Cila nampak tidak ada keanehan dengan anak seusianya. Namun demikian, sebagai seorang ibu, Ika mengaku bimbang setiap kali anaknya menangis dan selalu mengeluarkan darah. “Setelah nangis, seperti biasa ia bermain-main. Tapi, bagaimanapun juga saya merasa bimbang, kerana setiap hari menangis boleh sampai lima kali dan selalu mengeluarkan darah, “jelas dia. Sebagai orang tua, Ika yang berasal dari Kabupaten Sumedang tersebut mengaku khuatir dengan keadaan anaknya tersebut. Diakui dia, sejak ada keanehan pada Cila, dirinya sempat membawa anaknya ke RS. “ketika mula-mula mengalami hal seperti ini, saya sempat membawa Cila ke RS di Sumedang. Terkini, sekitar dua minggu yang lalu, Cila dibawa ke RSUD Cideres. Dan katanya harus dibawa ke poly mata, ke Bandung, “jelas dia. Namun, kerana kekurangan wang, Ika akhirnya membawa pulang Cila kembali ke rumah. Ketika dirujuk ke RSUD Cideres, “Jangankan untuk berubat, untuk makan saja sukar. Suami saya juga hanya sebagai buruh kasar di kilang jubin, “jelas dia.

 PELIK: SATU KELUARGA BERJALAN SRPERTI MONYET SEJAK DILAHIRKAN.

Begitu mudah mengenali lima bersaudara yang berasal dari Turki ini. Mereka berjalan dengan merangkak. Bukan dengan lutut, tetapi menggunakan dua tapak kaki dan dua tapak tangan seperti manusia monyet

.Mereka menjadi perhatian dunia setelah stesen televisyen BBC menayangkan sebuah filem dokumentari bertajuk 'The Family That Walks On All Fours', tujuh tahun dahulu (17 Mac 2006) (Wikipedia). Filem ini juga memperlihatkan cara mereka bertahan di dalam kelompok masyarakat moden. Mereka menghabiskan sebahagian besar hidup dengan duduk di luar rumah mereka, yang terletak di sebuah kampung terpencil. Namun, salah seorang dari ahli keluarga mereka telah berhijrah dari kampung untuk berinteraksi dengan manusia moden. Ketika filem dokumentari itu di tayangkan, lima bersaudara itu berusia 18 hingga 34 tahun. Mereka yang merupakan keturunan Kurdi, suku pedalaman di Turki, kelihatan bergerak bebas dengan dua tapak tangan dan kaki. Sementara wajah mereka mendongak menghadap ke depan. Mereka tidak dapat berdiri tegak dengan dua kaki. Walaupun dipaksa, mereka akan berdiri dengan posisi lutut menekuk dan kepala mendongak. Dua wanita dan seorang lelaki dari lima bersaudara itu sama sekali tidak dapat berjalan dengan dua kaki. Sementara dua yang lainnya masih boleh berjalan dengan dua kaki walaupun terhuyung-hayang. Walaupun kelihatan pelik, keadaan keluarga ini mendapat perhatian mengenai evolusi manusia dari berjalan merangkak hingga berjalan dengan tegak. Para ilmuan percaya bahawa keadaan mereka mampu memberikan penjelasan berbeza dan lebih terperinci tentang teori-teori sebelum ini berkaitan dengan evolusi manusia. Hasil penelitian menunjukkan, adanya kelainan genetik yang membuatkan mereka berjalan merangkak. Ini dapat memberikan maklumat berharga mengenai bagaimana manusia berevolusi dan manusia purba dengan empat kaki berkembang menjadi manusia dengan dua kaki.

 

"Hal ini sungguh menakjubkan sebagai contoh kelainan yang menunjukkan perkembangan manusia. Tapi, tujuan mereka hidup adalah bagaimana dapat bertahan hidup di dunia moden," ujar Profesor Nicholas Humphrey, psikologi evolusi di London School of Economics, seperti dilaporkan Daily Mail. Profesor yang telah mengunjungi keluarga ini dua kali mengatakan bahawa lima bersaudara itu memiliki masalah mental. Orang tua mereka diyakini memberikan kombinasi gen unik yang mengakibatkan keterbatasan itu. Beberapa penyelidik berpendapat, kesalahan genetik telah memicu perkembangan mereka bak manusia purba atau 'keterbelakangan evolusi'. Sedangkan penyelidik lain percaya perkara tersebut akibat kerosakan otak yang memungkinkan proses berjalan tidak menjadi. Mereka lebih memilih berjalan dengan tapak tangan mereka dibandingkan berjalan dengan menggunakan ruas-ruas tubuh mereka seperti gorila atau cimpanze. Para penyelidik percaya, ini mungkin cara manusia purba berjalan melindungi jari-jari mereka dengan gerakan yang lebih halus. Profesor Nicholas Humphrey mengatakan bahawa yang dilakukan keluarga ini adalah kembali ke perilaku naluri yang direkodkan jauh di dalam otak, dan tidak dihiraukan selama evolusi. "Saya tidak berfikir mereka ditakdirkan untuk menjadi haiwan berkaki empat, tetapi mereka memiliki gen yang unik yang menjadikan mereka seperti ini," ujarnya.

 Tadah AIR dari sumber yang ENTAH APE BENDE

 HA HA HA PURA-PURA TAK NAMPAK KE







            


Terselit di dalam kawasan Chestnut Ridge Park, New York, terdapat sebuah air terjun kecil yang disebut Eternal Flame Falls (atau Air Terjun Api Abadi). Air terjun ini disebut demikian kerana adanya fenomena yang mencetuskan kebocoran gas alam di bawah air terjun. Api ini sebetulnya tidak benar-benar "abadi" dalam erti itu akan padam sesekali jika tidak dinyalakan lagi. Ketika api mati, seseorang yang melawat air terjun itu akan menyalakannya kembali. Chestnut Ridge Park mempunyai luas sekitar 1.213 hektar yang biasa digunakan untuk hiking, berbasikal, jalan kaki, gelanggang tenis, dan kemudahan berkelah dan tempat perlindungan. Walaupun terletak di dalam taman, air terjun ini jauh dari keramaian, dan boleh terus diakses dari tepi selatan taman. Apabila anda mendekati air terjun, akan tercium bau busuk yang langsung menyegat di hidung.


Pelik! Benarkah Kucing Ini Mencuri 26 Kunci Rumah Jiran?

 Pelik! Benarkah Kucing Ini Mencuri 26 Kunci Rumah Jiran? | Jika kita mendengar kucing mencuri ikan jiran, itu tidak mustahil berlaku. Tetapi jika ada yang melaporkan kucing mencuri kunci rumah jiran, itu seakan pelik sebenarnya. Namun kita tidak boleh menuduh tanpa usul periksa biarpun ia hanya seekor haiwan. Setelah disiasat, memang benar seekor kucing yang diberi nama Moggy Milo mempunyai banyak kunci milik jirannya. Bagaimanapun kunci-kunci tersebut melekat di lehernya adalah disebabkan kucing tersebut memakai kolar magnetik.LONDON: Seekor kucing, Moggy Milo ‘mencuri’ 26 set kunci ketika berkeliaran di rumah jiran selepas kunci terbabit terlekat pada kolar magnetik yang dipakainya. Penduduk pada mulanya hairan dengan kehilangan kunci mereka. Misteri itu bagaimanapun terbongkar apabila pemilik Moggy, Kirsten Alexander menemui beberapa kunci yang terlekat pada leher kucing itu. Dia kemudian menemui beberapa set kunci lain di rumahnya. Kirsten, 27, dari Stoke Newington, London Utara berkata: “Saya sudah menyerahkan semula semua kunci itu kepada pemiliknya.”

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog