21 Jun 2013

DUA wajah popular ini tidak pernah digandingkan dalam fotografi, drama atau filem sebelum ini. Awalnya, hero popular, Aaron Aziz dan pelakon seksi, Rozita Che Wan malu-malu, maklumlah kali pertama bertentang mata. Tapi, lama kelamaan mereka nampak serasi dan selesa bekerjasama. Seorang berstatus suami orang, seorang lagi berstatus ibu tunggal. Siapa kata, status suami atau ibu tunggal, tidak mampu pergi jauh dalam dunia persada seni tanah air? Nyata, Aaron dan Rozita dapat membuktikan, status bukan halangan untuk popular. Aaron, finalis Pelakon Lelaki TV Popular dan Pelakon Lelaki Filem Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, manakala Rozita dipilih kelompok lima popular dalam kategori Pelakon Wanita TV Popular

.DAaron juga antara artis yang diramal bakal diangkat sebagai Bintang Paling Popular, ABPBH 2011. Bagaimanapun, bukan mudah untuk mengecapi apa yang dimiliki hari ini. Mereka menyusuri perjalanan yang penuh berliku, sebelum mendapat tempat di hati peminat sebagai artis popular. Secara jujurnya, Aaron berkata, dia terlalu tertekan apabila ada yang meramalkannya bakal diangkat sebagai Bintang Paling Popular tahun ini. Terlalu besar harapan yang diberikan sehingga sukar untuk memikulnya. “Saya tidak meletakkan harapan tinggi, biarpun ramai yang meramalkan saya beroleh kemenangan besar tahun ini. Saya bimbang, saya tidak mampu memenuhi impian peminat. Saya lebih selesa berada di kelompok lima popular setiap tahun, menang atau kalah, saya tidak memikirkannya. “Saya sedar impak filem Ombak Rindu terlalu kuat mencengkam, tetapi bebanannya juga terlalu besar. Ketakutan saya hari ini jika saya tidak mampu mempertahankan apa yang saya peroleh. Apapun, saya bersyukur jika saya menang, jika kecundang, saya tidak kecewa. Cuma mungkin, saya rasa terkilan kerana tidak dapat memenuhi impian peminat. Jadi, saya berharap peminat tidak terlalu mengharapkan kemenangan saya.” Anak kelahiran Singapura itu mengakui apa yang dimiliki hari ini adalah atas pengorbanannya. Sebelum bergelar pelakon, dirinya pernah bekerja sebagai pengurus restoran yang menyediakan pelbagai perkhidmatan. Bagaimanapun, gaji hanya cukup-cukup makan. “Di awal kemunculan sebagai pelakon di Singapura, saya masih belum mampu menarik nafas lega. Jika produksi Malaysia menyediakan makan untuk artis dan kru, berbeza pula dengan produksi Singapura ketika itu, makan tidak disediakan. Apabila tiba waktu makan, produksi akan berhenti dan pandai-pandailah mencari makan. Ada masa saya terpaksa ikat perut sebab tidak berduit. “Ketika saya mencari rezeki di Malaysia, isteri, Diyanah Halik dan anak sulung, Danish Anaqi terpaksa ditinggalkan di Singapura. Orang tidak tahu ada masanya saya menumpang tidur di rumah kawan, ada ketika saya tidur dalam kereta. Saya selalu menumpang mandi di stesen minyak dan hanya bersiap dalam kereta. “Duit belanja untuk isteri dan anak tidak seberapa ditinggalkan. Isteri kena berjimat cermat ketika itu. Lagipun bayaran diterima dalam Ringgit Malaysia, apabila ditukar kepada dollar Singapura, jadi sedikit. “Bagaimanapun, berkat kesabaran saya dan isteri, akhirnya kehadiran saya mula diterima. Saya masih ingat drama Emil Emelda menaikkan nama saya sehingga diterima hari ini. Saya terhutang budi pada produser, Datuk Yusof Haslam dan Erma Fatima, mereka adalah insan yang memberi ruang mengembangkan bakat saya di Malaysia. Inilah dinamakan bersusah-susah dulu, bersenang kemudian,” katanya yang baru saja menandatangani kontrak sebagai artis naungan Astro selama dua tahun dengan dengan pilihan menyambung setahun lagi. Turut bersama dipelawa menjadi artis kontrak Astro ialah Zizan Razak dan Johan, pada awal Mac lalu. Aaron yang terlebih dulu mencipta nama dan pernah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Pesta Perdana Singapura dan Personaliti Paling Popular Singapura pada 2003, 2004 dan 2005, bagaimanapun terkejut dengan berita mengenai dirinya semakin demand. Dia menafikan dirinya meletakkan harga tidak masuk akal selepas dua filemnya, KL Gangster dan Ombak Rindu mendapat kutipan box-office. “Saya terkejut apabila tersebar cerita kononnya saya letak harga RM10,000 untuk satu episod drama. Tidak logik saya meminta harga setinggi itu. Saya tidak pernah demand, bayaran untuk saya masih sama. Saya kena fikir, saya mahu bekerjasama dengan produser untuk jangka masa panjang. Kalau hari ini, saya letak harga setinggi itu, sudah tentu produser serik nak ambil saya berlakon lagi. Lambat laun, saya rugi, saya tidak mendapat karya yang bagus,” kata bapa kepada tiga cahaya mata yang mengimpikan membuka yayasan untuk membela nasib insan tidak bernasib baik. Bukan mudah jaga anak remaja' BAGI Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta pula terpukul dengan kisah anaknya, Aniq Ezzra, 14, yang merajuk dan melarikan diri dari rumah. Malu pun ada mengenangkan kejadian berkenaan, tapi anaknya, Aniq hanya merajuk seketika. Menghilangkan diri pun hanya beberapa jam saja. Apabila ditanya adakah anaknya merajuk dek khabar angin mengatakan dia bakal berkahwin dengan ahli perniagaan ternama bergelar Datuk Sri? Che Ta hanya tersenyum, lantas menjawab: “Saya tak kenal pun ahli perniagaan itu, saya tidak pernah berjumpa, jauh sekali bertentang mata dengannya. Saya tidak kecil hati, saya sudah biasa kena gosip dengan Datuk itu, Tan Sri ini, sedangkan hakikatnya, saya tak kenal pun siapa mereka. “Sebab itulah, saya jarang bergandingan dengan artis lelaki apabila sesi fotografi. Saya takut kena gosip bukan-bukan. Dengan Aaron pun, saya takut, tapi saya lega apabila isterinya ada bersama ketika fotografi. Saya sudah muak dengan cakap-cakap orang, cukup-cukuplah dengan gosip yang lalu. “Anak saya merajuk dan melarikan diri, hanya kerana kes kecil. Tidak dinafikan, saya ada meninggi suara menyuruhnya pergi menggunting rambut berdekatan rumah. Saya malas mahu menemaninya. Secara kebetulan, malam itu saya sudah berjanji membawa Aniq dan abangnya, Ammar Effendy, 16, keluar makan bersama Zain Saidin. Abangnya duduk di asrama dan keesokannya akan dihantar pulang, jadi saya ingat mahu meluangkan masa dengan mereka. “Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila Aniq tidak pulang hingga malam. Apabila menjenguk ke salun berhampiran, Aniq tiada. Saya mula gusar, saya bersama Zain mencarinya merata-rata. Kami menghubungi kawan-kawannya, tapi mereka juga tidak bertemu Aniq. Apabila sudah tidak tentu arah, saya buat laporan polis. “Tidak lama kemudian, kawan-kawannya memberitahu ternampak Aniq di rumah seorang kawan mereka. Saya terus pergi dan polis juga sampai sejurus kemudian. Saya mula sedar bukan mudah nak jaga anak remaja. Sebagai ibu, saya mahu menjadi kawan mereka. Kita tidak boleh berkasar atau memarahi mereka sebarangan lagi. Kalau mahu memarahi mereka, ada caranya,” katanya. Bercerita mengenai buah hati terbarunya, Zain Saidin, Che Ta berkata, dia sayangkan Zain sebagai kawan. Bagaimanapun, belum terbit perasaan cinta padanya, biarpun hubungan mereka rapat. “Saya tengok Zain lurus dan baik orangnya. Dia juga sangat rapat dengan anak-anak saya sehingga adik beradik saya menggelarnya `kawan anak saya’. Zain pandai mengambil hati anak-anak saya sehinggakan banyak aktiviti dilakukan bersama. Zain lagi rapat dengan anak-anak berbanding saya. “Hubungan kami akrab sebagai kawan. Bagi saya, dia terlalu muda buat saya yang berusia 39 tahun ini. Jadi, ada baiknya saya berkawan baik dengannya tanpa membabitkan perasaan cinta. Jarak usia saya dengan Zain jauh iaitu 12 tahun. Zain kini berusia 27 tahun. Saya lihat Zain masih ada sifat kebudak-budakan, apatah lagi ketika bersama anak-anak saya. “Tidak dinafikan, saya mencari seorang lelaki yang menyayangi saya dan anak-anak. Diakui ada lelaki yang hanya mahukan saya, tetapi anak-anak saya ditolak ketepi. Mana mungkin saya hidup tanpa anak-anak? Walaupun Zain ada ciri-ciri lelaki pilihan, tapi saya tidak fikir dia sesuai untuk saya. Usia kami jauh, saya fikir bila usia mencecah 50 tahun, saya kelihatan tua sedangkan Zain masih muda. Saya tidak berani ambil risiko, kalau boleh saya mahu sehidup semati dengan bakal suami. Saya tidak mahu lagi melalui kehancuran dalam berumah tangga. “Bagaimanapun, kita juga kena percaya pada jodoh. Jika ditakdirkan Zain jodoh saya, kenalah terima, tetapi saya kena banyak mengalah. Apapun, saya selesa dengan Zain,” katanya jujur. Che Ta juga mengakui Zain, antara teman rapatnya yang istimewa. Dia sering melakukan kejutan. Terbaru, pada hari jadinya ke-39, Zain melakukan `surprise party’ di restoran makanan segera pada 9 Mac lalu. “Saya sebenarnya tidak suka meraikan hari jadi. Saya tidak sanggup melihat angka yang ditulis di atas kek. Angka makin meningkat. Pada malam itu, Zain beriya-iya mengajak saya keluar, saya bagi seribu satu alasan, tetapi dia tetap mengajaknya. Secara kebetulan, pada malam itu, drama terbaru, Bunga Bunga Syurga baru nak disiarkan episod pertama. “Zain sanggup menunggu sehingga jam 10 malam untuk membawa saya keluar. Apabila tiba di restoran berkenaan, saya dikejutkan dengan kek hari jadi bersama kenalan rapat. Saya terharu kerana jarang meraikan hari jadi,” katanya. .sumber
21.6.13 Unknown

Ontario - Sempadan negara boleh berada di mana-mana sahaja: tengah bandar, padang pasir, gunung atau laut. Di antara AS dan Kanada terdapat dua pulau yang bersambung oleh jambatan sempadan terpendek di dunia. Panjangnya 9.7 meter saja. Meski terdiri dari 2 pulau, namanya cuma satu iaitu Zavikon Island. Pulau yang besar diduduki sebuah rumah, sementara pulau yang kecil adalah laman belakang rumah. Meski pun jaraknya dekat, kedua pulau ini berada di wilayah berbeza. Satu di wilayah AS, separuh lagi di perairan Kanada. Akhirnya, si pemilik pulau membuat jambatan yang sekaligus menjadi sempadan negara. Inilah jambatan antara negara terpendek di dunia, dengan panjang 9.7 meter. Di tengahnya terdapat garis batas wilayah, lengkap dengan gambar bendera AS dan Kanada. Dari tapak 1,000 Island Maklumat yang dikutip detikTravel, Kamis , Zavikon Island terletak di Saint Lawrence River. Di wilayah yang sama terdapat ratusan pulau lain yang tersebar di kawasan sepanjang 50 batu. Wilayah tersebut membentang di antara New York (AS) dan Ontario (Kanada). Perjanjian antara AS dan Kanada tahun 1793 menyatakan, tak ada pulau yang terbahagi dua. Oleh kerana itu, garis sempadan terbentang di antara pulau-pulau. Dua per tiga pulau di sana adalah milik Kanada, termasuk Zavikon Island yang besar. Laman belakangnya adalah milik AS.sumber

Siapa tak kenal Miley Cyrus? Anak kepada penyanyi Billy Ray Cyrus ini mula dikenali sewaktu membintangi drama bersiri Hannah Montana sejak dari kanak-kanak lagi. Namun nampaknya penyanyi dan pelakon ini semakin lama semakin jauh dari gelaran ikon yang boleh dijadikan contoh untuk para remaja. Imejnya yang comel dan berpesonaliti baik itu lama kelamaan terpalit dengan pelbagai kontroversi sejak dia meningkat dewasa. Terbaru, Miley dikritik oleh peminatnya kerana membawa imej yang tidak senonoh di dalam muzik video terbaru berjudul ‘We Can’t Stop’

.

Secara umumnya, “We Can’t Stop’ menceritakan tentang Miley yang sedang berparti dengan rakan-rakan perempuanya dan mereka boleh buat apa sahaja yang mereka suka. Lebih kurang seperti kehidupan tipikal mereka

.                                            Siap ada adegan potong jari lagi

 Malah lagu yang dihasilkan oleh Mike WiLL Made-It itu juga tidak mendapat sambutan yang baik dari pendengar. Kemungkinan besar kerana liriknya yang tak berapa menarik. Syukurlah muzik tempatan kita masih menghasilkan lagu dan lirik yang cukup puitis dan bermakna.

Walaupun begitu, MV yang baru dimuat naik ke laman YouTube semalam telah mencecah lebih dari 1 juta tontonan. Boleh tahan juga kan? Kalau nak tahu perkara tak senonoh apa yang Miley Cyrus buat, jom tengok MV ‘We Can’t Stop’ di bawah. Apa pula komen anda?
  http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=LrUvu1mlWco

Isnin lalu OHBULAN! ada melaporkan berita mengenai khabar angin yang mengatakan kononnya penyanyi terkenal, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai sedang bercinta dengan jurufoto, Julian Schratter. Berikutan khabar angin tersebut, terdapat segelintir peminat melahirkan rasa kecewa kerana bagi mereka Yuna lebih sesuai jika disatukan dengan Aizat Amdan berbanding Julian. Hal ini mungkin disebabkan oleh keserasian yang ditonjolkan oleh kedua-dua penyanyi tersebut menerusi lagu dan video klip terbaru mereka berjudul Dwihati.

Tanggal 8 Jun lalu pengacara dan pelakon jelita, Yasmin Hani telah terbang ke Bali, Indonesia bersama suami tercinta, Shaarin Razali. Sepanjang berada di Bali, Yasmin Hani telah sempat berkongsi beberapa foto menariknya menerusi laman Instagram dan melalui foto-foto berkenaan, terdapat sekeping gambar yang menunjukkan suaminya sedang membuat lukisan tatu di bahagian lengan berserta caption berbunyi : I think i can draw better.. Hahahahaaaaa thx Made Jeffry.. Foto tersebut bagaimanapun telah mendapat pelbagai kritikan serta respon peminat, sehingga ada yang mempertikaikan budaya dan agama suami pelakon itu
.Lukisan tatu inai di lengan suami Yasmin Hani

 Bagi menjawab segala kritikan tersebut, dramatis ini telah membalas kata-kata peminat dengan kenyataan berbunyi : Salam… Tatto di badan dah pun tanggal semuanya.. Mudah sangat ditanggal.. Saya sendiri pun tak berani sgt nak tegur org. Kalau saya nak tegur saya buat cara private. Wasalam.. Oh one more thing, i pun tak berapa faham sebenarnya, kenapa tok kadi tak tegur sesiapa lelaki yg nak kahwin tak boleh pakai inai ataupun masa kursus nikah tiada satu ustaz ataupun ustazah yg melarang si suami memakai inai??? Hmmm hairan juga saya. Kerana kita kurang ilmu, mereka pula memberi.. Tapi tidak diterangkan pula masa kursus mahupun masa akad.

Gambar sebenar Farah Nurizzati Salleh kini didedahkan - Ketika keluarga Redzwani Puteri tidak mahu lagi nama Shah Jaszle dikaitkan dengan Redzwani Puteri, ibu Shah Jaszle pula masih menafikan status pertunangan mereka sudah berakhir. Semalam, Shah Jaszle dan ibunya telah datang bersemuka dengan Farah Nurizzati Salleh yang ditemani abangnya, Muaz di sebuah restoran di Bangsar Utama untuk berbincang dan melempiaskan amarahnya. Inilah gambar sekitar pertemuan dua hala antara Shah Jaszle dan Farah Nurizzati Salleh. Akhirnya, dapat juga admin menetap wajah sebenar Farah Nurizzati Salleh yang kini hangat meniti di laman-laman blog dan portal hiburan kerana pengakuan beraninya menerusi rancangan Melodi berkenaan pembohongan Shah Jaszle

Pelakon remaja, Finie Don kemalangan teruk di Cyberjaya - Seorang pelakon remaja, Finie Don yang merupakan kakak kepada Fimie Don terlibat dalam satu kemalangan teruk di Cyberjaya beberapa hari lepas. Difahamkan, Finie Don yang menuntut di Universiti Lim Kok Wing, sedang dalam perjalanan pulang dari kelas ke asramanya yang terletak di Pulau Meranti, Cyberjaya. Bagaimanapun, kereta yang dipandunya tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar tiang elektrik.

  Menurut Finie Don, walaupun bahagian depan keretanya hancur remuk namun beliau bersyukur kerana dia dan rakannya hanya mengalami kecederaan ringan. Finie terpaksa menerima tiga jahitan pada kakinya manakala rakannya tidak mengalami sebarang luka teruk. Sebagai makluman, Finie pernah berlakon dalam filem Iskandar dan Hati Malaya 1957. Lakonannya memang mantap sehingga penonton mula mengakui bakat yang dimiliki Finie Don. Apapun, mari layan beberapa keping gambar Finie Don yang cukup comel dan menawan di bawah.

Penyanyi Shila Amzah menganggap tindakannya memuat naik gambar pakaian senaman yang dilihat agak sendat di laman sosial Instagram hanya untuk berkongsi bersama peminat-peminatnya. Baca : Shila Amzah Seksi ke GYM di Kritik Peminat Shila, 23, berkata dia tidak menyangka perkara tersebut telah mencetuskan kemarahan masyarakat yang menganggap gambar tersebut sebagai tidak sopan. “Saya tidak sedar dan tidak terfikir langsung perkara tersebut boleh jadi isu kerana tujuan sebenar saya berbuat demikian adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan peminat yang saya memiliki pakaian yang sesuai untuk ke gim. “Setelah memuat naik gambar itu, saya terus tinggalkan telefon bimbit di rumah dan sejam selepas itu saya lihat ibu dan ayah hantar mesej meminta saya menghapuskan gambar tersebut dengan segera. Ketika itu baru saya tersedar ia sensitif,” jelasnya. Dalam pada itu Shila yang kini bermastautin di Shanghai, China mengakui aktif berkomunikasi dengan peminat-peminatnya melalui laman sosial Instagram dan berkongsi aktivitinya setiap hari. “Saya tinggal di sana sendirian jadi saya banyak habiskan masa dengan peminat jika ada masa terluang. “Mungkin kerana itu saya tidak menyangka ia boleh dijadikan isu kerana saya faham cara berfikir kita berbeza, saya fikir lain orang lain pula nampak lain,” jelasnya

.Bagaimanapun, kata Shila dia mengambil positif kejadian tersebut sebagai pengajaran agar lebih berhati-hati ketika berkongsi kegiatan hariannya. Sementara itu, diminta mengulas berkaitan bekas kekasihnya Sharnaaz Ahmad yang dikatakan rapat dengan seorang pelakon baru berasal daripada Singapura, Elfaiza Ul Huq, Shila menganggap ia adalah perkara peribadi aktor tersebut. “Hubungan kami sudah berakhir dan itu adalah hak dia untuk berkawan dengan siapa sahaja.

Sekitar Mac 2013 yang lalu, Pierre Andre ada memberitahu yang beliau memang merancang untuk berkahwin sekitar bulan Jun & maklumat baru mengesahkan hajat pelakon itu bakal tercapai. Berdasarkan gambar undangan perkahwinan Pierre Andre & Nurhidayah, pasangan ini bakal bernikah pada hujung minggu ini iaitu 23 Jun 2013 sekitar 1.00 petang di Masjid Al-Ikhlas, Taman Melati Selayang. Pierre Andre dan Nurhidayah sebelum ini telah bertunang pada 9 Februari 2013 yang lalu di Johor dan pasangan ini akan menjemput pihak media juga rakan artis untuk memeriahkan majlis pernikahan mereka. Tahniah di’dahulukan dari kami buat Pierre Andre & Nurhidayah serta seisi keluarga atas penyatuan dua hati ini.-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog