22 Ogos 2013

ERA fm Anjur Fiesta Muzik & Bola ERAVANGANZA 31 Ogos Ini! Pada saat negara bakal menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke-56 pada 31 Ogos 2013 nanti, ERA fm pula akan meraikan hari ulang tahun ke-15 mereka dengan menganjurkan Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA di Stadium Hang Jebat, bermula jam 3 petang. Pasti, ia merupakan acara yang dinanti-nantikan, apatah lagi bila ia melibatkan ramai selebriti, artis ternama serta jaguh-jaguh bolasepak tanahair yang bakal beraksi di gelangang ERAVANGANZa dalam satu perlawanan bersejarah melibatkan pasukan ERA FC dan Arena All Stars FC di pada tarikh yang penuh keramat itu. Perlawanan bersejarah yang melibatkan pasukan ERA FC berentap dengan ALL STARS FC boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat secara percuma! Paling menarik, orang ramai berpeluang menyaksikan gelagat penyampai - penyampai radio ERA , para artis tanahair seperti Black, Nomad, Firman, Forteen , Fiq serta ramai lagi yang bakal menggegarkan gelanggang bola sepak ERAVAGANZA nanti! Pada hari tersebut juga, ERA fm turut membawakan muzik - muzik terbaik secara langsung dan percuma buat para penonton yang hadir pada malam itu! Konsert ERAVAGANZA menampilkan ramai artis popular tanahair seperti Najwa Latif, Waris , Forteen , Faizal Tahir dan Black. Manakala, Firman dan Shae yang di terbangkan khas dari Indonesia turut memeriahkan lagi acara pentas ERAVAGANZA nanti. Konsert yang bakal berlangsung jam 8.30 malam itu bakal menanamkan bibit- bibit indah buat semua penonton yang hadir menyaksikan persembahan artis kesayangan mereka secara lebih dekat. Pastikan anda meluangkan masa bersama semua penyampai dan artis kegemaran anda hujung bulan ini! Jumpa barisan penyampai ERA fm bakal membuat penampilan istimewa di Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA pada 31 Ogos 2013, jam 3 petang di Stadium Hang Jebat, Melaka. Jadi, jangan lupa sertakan diri dan luangkan masa anda bersama ERA fm! Pengurus Radio ERA fm Nazri Noran sewaktu melancarkan di Fiesta Muzik & Bola Eravanganza sempena Majlis Berbuka Puasa Era di Hostel Majestic Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu berkata, pihaknya percaya acara Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA akan mencetuskan sejarahnya yang tersendiri buat pendengar Era, peminat muzik mahupun peminat bola sepak tanah air secara khususnya. "Apa yang pasti, ia akan memberikan pengalaman cukup manis buat semua yang hadir dan datang menonton nanti. Lebih-lebih lagi apabila ERA FC yang dibarisi beberapa penyampai radio Era, rakan selebriti, pendengar Era dan beberapa pemain Harimau Muda akan menentang pemain-pemain bola sepak lagenda tanah air yang memang sudah diketahui akan kehebatan mereka. Pastikan anda meluangkan masa bersama semua penyampai dan artis kegemaran anda hujung bulan ini! Jumpa barisan penyampai ERA fm bakal membuat penampilan istimewa di Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA pada 31 Ogos 2013, jam 3 petang di Stadium Hang Jebat, Melaka. Jadi, jangan lupa sertakan diri dan luangkan masa anda bersama ERA fm! "Kito monang yooo..kito monang yoooo" , itulah sebahagian dari lirik lagu tema Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA yang kini menjadi siulan pendengar ERA fm! Perlawanan bola sepak persahabatan Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA ini bakal dianjurkan di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 31 Ogos 2013 i, bermula jam 3 petang. Jangan lupa datang ya!
22.8.13 Unknown

Nahas-Genting-Highlands-PM-ucap-takziah/
KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas bas ekspres yang terjunam ke dalam gaung di Genting Highlands hari ini.
 Perdana menteri berharap usaha menyelamat yang terbaik dilakukan oleh pasukan dan agensi terlibat.
 Najib berkata demikian dalam akaun Twitter beliau malam ini. Sehingga 9 malam ini, seramai 37 orang termasuk pemandu bas disahkan terkorban dalam nahas bas ekspres yang terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.6 Jalan Genting Highlands.
 Kemalangan berlaku ketika bas yang membawa 53 penumpang itu menuruni jalan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu negara.

Nahas-Genting-Highlands-Kemalangan-paling-buruk/KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Nahas bas ekspres yang terjunam sejauh 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Genting Highlands hari ini adalah kemalangan paling buruk pernah berlaku di kawasan itu dalam tempoh 17 tahun.
 Setakat ini 30 orang disahkan terkorban dalam tragedi yang berlaku kira-kira 2.45 petang itu. Bas itu dipercayai membawa 49 penumpang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara.
 Kemalangan buruk lain ialah pada Julai 1996 apabila 17 orang termasuk enam kanak-kanak terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands.
 Pusat peranginan Genting Highlands merupakan destinasi percutian popular bagi rakyat tempatan dan juga pelancong dari negara seperti Singapura, India, Taiwan, Jepun dan Indonesia.
 Berikut ialah kronologi kemalangan maut melibatkan bas di kawasan Genting Highlands, Pahang :

 5 Mac 2012 - Dua pelancong warga India maut manakala 20 lagi penumpang cedera apabila bas pelancong terbalik di bahu jalan di KM4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ketika bas itu dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara.
 29 Okt 2010 - Tujuh maut manakala 20 orang cedera selepas sebuah bas pelancongan terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah ketika menuruni Genting Highlands
. 2 Sept 2010 - Lapan belas orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di KM35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands.
 3 Jun 2008 - Dua penumpang sebuah bas persiaran maut manakala 41 yang lain cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas lalu terjunam sembilan meter ke dalam gaung diKM 22.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
 20 Nov 2006 - Tiga pegawai Provincial Electricity Authority of Thailand (PEA) terbunuh apabila bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbalik ketika dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands di KM13, Jalan Genting Highlands-Batang Kali.
 14 Nov 1999 - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun dari Singapura terbunuh apabila sebuah bas yang dalam perjalanan ke Singapura, terhumban ke dalam gaung di Genting Highlands.
 31 Dis 1996 - Seramai 30 orang cedera apabila sebuah bas menuju ke Kuala Lumpur terbabas ke dalam gaung di KM4 dekat Tokong Chin Siew di Genting Highlands semasa sedang menuruni bukit peranginan itu. 15 Julai 1996 - Tujuh belas orang termasuk enam kanak-kanak terkorban apabila bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands

Kisah Aidilfitri Zaman Kanak-Kanak Bintang Bollywood Bagi kebanyakan bintang Bollywood terkemuka, Aidilfitri adalah saat terbaik untuk mereka menghabiskan masa yang penuh kualiti bersama keluarga dan teman-teman, selain menikmati juadah yang enak yang disediakan setiap kali tibanya musim perayaan tersebut.

 Huma Qureshi (Aktor/Penyanyi)
 Bagi saya, saat berpuasa dan menyambut hari raya Aidilfitri adalah saat yang paling cukup dinantikan pada setiap tahun. Ibu saya akan menyediakan keema kambing dan kurma sheer. Kedua-dua juadah ini adalah juadah kegemaran saya. Aidfitri tidak akan lengkap tanpa kedua-dua juadah ini. Sewaktu kanak-kanak, saya selalu dapat duit raya daripada ibu bapa dan saudara-mara. Setiap tahun, sepupu-sepupu saya akan bergaduh atau menangis kalau salah seorang daripada mereka mendapat duit raya yang lebih.

 Farah Khan (Produser filem/Kareografer)
Saya masih ingat waktu saya menyambut Aidilfitri pada zaman kanak-kanak. Nenek saya akan menyediakan beriani dan keesokannya harinya, semuanya akan datang ke rumah dan memberikan kami duit raya. Beriani itu bagaimanapun hanya akan disediakan pada jam 3 petang. Saya boleh lakukan apa saja untuk merasai beriani itu semula. Rasanya terlalu sedap kerana ia memiliki kasih sayang daripada nenek saya.

 Irrfan Khan (Aktor)
 Aidilfitri adalah satu perayaan yang diraikan setelah seseorang itu diuji jiwa dan tubuh badannya sepanjang bulan ramadan. Bagi saya, itulah pengertian sebenar Aidilfitri. Sewaktu zaman kanak-kanak, Aidilfitri adalah saat di mana kami kampu mendapat duit poket yang banyak serta memiliki pakaian yang baru daripada orang dewasa.

 Soha Ali Khan (Aktres)
 Zaman kanak-kanak saya, saya akan memakai pakaian yang cantik pada waktu pagi dan akan berasa teruja setiap kali ibu membawa saya menziarahi keluarga rakan-rakannya kerana pada masalah itulah saya akan diberikan sampu duit raya yang pnuh warna-warni. Di dalamnya tertera kepingan duit raya yang pelbagai nilai. Duit itu akan kami gunakan untuk membeli makanan seperti kebab dan juadah kambing. Sekarang ini, giliran saya pula memberikan duit raya dan saya juga turut beramal serta sedekah dengan memberikan duit kepada mereka yang kurang berkemampuan.

 Imran Khan (Aktor)
 Selalunya keluarga saya tidak akan melakukan apa-apa yang terlalu meriah untuk menyambut Aidilfitri. Sebaliknya, waktu inilah yang digunakan sebaiknya untuk berkumpul bersama ahli-ahli keluarga dan juga melalukan potluck makan malam. Saya tidak lagu mendapat duit raya sepertimana waktu zaman kanak-kanak dan ada kalanya saat itu yang membuat saya rindu untuk menyambut Aidilfitri kerana saya akan diberikan banyak duit raya.

Apa cerita ni beb??? Kondom fesyen show di Melaka??? Memang tak terjangkau imaginasi gua… Tak benda lain ke dorang tu nak buat fesyen show? Apa motifnya buat pertunjukan fesyen berasaskan sarung anu semasa buat hubungan seks?? Kepada pihak-pihak terbabit di Melaka tu, tolong la faham sikit dengan sensitiviti umat Islam.. Jangan main lepas je semua benda macam ni.. Nanti kalau ada orang kata pihak terbabit tak buat kerja, tahu pulak nak meroyan marah.. So please la pantau sikit ye… Gaji dah bayar kannnn…, takkan kerja takmau buat kot???

Di Pitsford, Northampton, United Kingdom, terdapat seekor kucing bernama Smokey yang berjaya mencipta rekod dunia apabila menjadi kucing yang berdengkur terlalu kuat ketika tidur atau pun berjaga. Penjaga Smokey, Ruth Adams tidak menyangka kucing belaannya itu mampu berdengkur kuat mengalahkan manusia yang sedang berdengkur. Ruth juga memberitahu, bunyi kuat yang dihasilkan Smokey mampu memberhentikan percakapan dia dan keluarganya untuk menoleh ke arah kucing itu. “Saya tidak pernah mendengar dengkuran yang sekuat ini dalam hidup saya. Malahan dengkurannya dapat menghentikan percakapan kami untuk menoleh ke arah dia,” kata Ruth. Untuk memastikan dengkuran Smoket itu kuat atau tidak, satu alat pengukur kenyaringan telah digunakan. Dengkuran Smokey mencecah 92 desibel (dB)! Malah, alat itu juga diletakkan jauh 5 meter dari posisi Smokey dan dicatatkan bacaan yang tinggi juga iaitu sebanyak 80dB. Kekuatan dengkuran Smokey adalah sama seperti bunyi sebuah pesawat Boeing 737 ketika hendak mendarat. Ruth memberitahu dengkuran Smokey kadang-kadang membuatkan dia rasa sakit hati kerana rasa terganggu.

Mahu terkejut beruk dibuatnya apabila penduduk setempat ada yang berlari sambil menyaksikan sebuah gerai yang dipercayai menjual mercun tiba-tiba meletup dan terbakar. Ekoran daripada kejadian tersebut, letupan yang berlaku itu telah menghasilkan seperti satu perunjukkan bunga api di tengah-tengah ibu kota. Namun begitu, bagaimana ia boleh meletup masih lagi dalam siasatan. Namun ada yang mendakwa ia perbuatan khianat daripada orang-orang tertentu. Anda boleh tonton video di atas ini.

mercun1Asalkan hari perayaan pasti ada pihak yang tidak bertanggungjawap menjual mercun secara haram. Mereka yang memiliki lesen juga turut menjual bahan letupan yang merbahaya ini secara sembunyi. Walaupun mercun telah lama diharamkan, ada sahaja yang menjual benda tersebut untuk mencari rezeki buat beraya. Peliknya, benda haram itu dijual secara terbuka, termasuklah di celah-celah gerai baazar Ramadan, sama seperti menjual ayam percik atau air cincau

.mercun2
Baru-baru ini, di Sri Rampai sebuah gerai menjual mercun terbakar dan telah menyebabkan hampir kesemua mercun yang dijual terbakar dan meletop. Punca kejadian masih disiasat, tetapi ada yang mengatakan bahawa ianya adalah kerja sekumpulan gangster yang menaiki motorsikal membaling api di kedai mercun tersebut dan menyebabkan pertunjukan bunga api percuma selama setengah jam!

mercun3

.Selama tiga dekad gah berdiri sebagai band trash metal di persada muzik dunia, Metallica terus membuktikan faktor usia bukan masalah untuk mereka beraksi di pentas konsert. Biarpun keempat-empat anggotanya sudah mencecah usia 50-an, namun faktor itu tidak sikit pun menghalang band yang dikenali dengan jolokan 'Raja Metal' ini membuktikan bahawa mereka masih punya stamina - masih ligat! Buktinya, bertempat Stadium Merdeka Kuala Lumpur, band legenda Amerika Syarikat ini malam tadi melakar sejarah buat pertama kalinya membuat persembahan di hadapan hampir 30,000 peminat tanah air. Selama 1 jam 45 minit beraksi tanpa henti, Metallica bikin peminat 'menggiler' dengan seleksi 18 lagu terbaik mereka dari album pertama hingga terkini. Dianggotai oleh James Hetfields 50, (penyanyi, gitaris), Lars Ulrich, 49, (dram), Kirk Hammett 50, (gitaris) dan Rob Trujillo 48, (bassis), band ikon yang ditubuhkan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada 1981 ini membuka tirai Konsert Metallica Live in Malaysia 2013 dengan Master Of Puppets dan Fuel.

.

"Anda semua dah bersedia untuk terus berseronok lebih lama lagi? Hanya setelah 31 tahun baru kami dapat ke sini. Saya minta maaf pada anda semua. Tapi kami masih belum terlambat, bukan? Kami sangat teruja dapat beraksi dan berbesar hati dapat melihat wajah-wajah anda semua", ungkap James dan kemudian bergema stadium dengan sorakan peminat. Kemudian sekali lagi dia bertanyakan kepada peminat, "Anda mahu lagi? Anda mahu apa? Tak mengapa, saya tahu anda mahu apa. Dah 31 tahun anda semua menunggu, ini untuk anda semua...", sambungnya James lagi. Lalu arena terus digegarkan dengan lagu lain seperti Fade, Havester of Sorrow, Ride The Lighthing, Cyanide, Sanitarium, Sad But True, One, Orion, Blackened, Nothing Else Matter, Enter Sandman, Creeping Death, Baterry dan Seek & Destroy.

.Hampir separuh daripada penonton yang menyaksikan konsert itu merupakan peminat Metallica yang berusia 30 tahun ke atas. Momen paling mengujakan apabila sepanjang konsert dapat dilihat hampir keseluruhan daripada peminat kelihatan tidak segan silu mengangguk-anggukkan kepala ketika menghayati irama lagu-lagu berentak berat yang dipersembahkan. Tak kurang ramai yang turut ikut menyanyi sama, bertepuk tangan dan bersorak. Konsert yang berakhir sekitar jam 10.30 malam itu turut dihadiri beberapa selelebriti tempatan seperti Faizal Ismail (FBI), pelakon Dira Abu Zahar bersama suaminya, penyanyi Ruhil Amani, Mus (May) dan Bunkface. Untuk rekod, kali terakhir Metallica singgah di Asia Tenggara ialah pada 1991 sempena promosi album Metallica di mana ketika itu mereka sempat mengadakan konsert di Singapura dan Jakarta, Indonesia. Konsert Metallica Live in Malaysia 2013 dianjurkan oleh Galaxy Group. Selepas Kuala Lumpur, band yang pernah menerima penghormatan tertinggi dalam industri muzik Amerika Syarikat apabila dimasyhurkan dalam senarai The Rock and Roll Hall of Fame ini akan mengadakan konsert di Singapura pada 24 Ogos (Sabtu) ini.

Bintang popular Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) bakal menggegarkan pentas Stadium Bukit Jalil pada 11 Oktober depan menerusi konsertnya Temptations Reloaded.
 Temptations Reloaded akan menjadi sebuah konsert yang berprestij kerana ia bukan sahaja menampilkan persembahan bintang filem itu, tetapi turut memperkenalkan teknologi terkini daripada segi teknikalnya. "Penonton bukan sahaja melihat persembahan Shah Rukh Khan tetapi juga kepuasan melihat penggunaan lampu berteknologi' diod pemancar cahaya' (LED).
 Selain itu pentas juga diiringi dengan persembahan grafik mengikut lagu-lagu yang dibawakan. Selain itu, beberapa selebriti Bollywood turut hadir sebagai tetamu undangan termasuklah aktres jelita Madhuri Dixit. Konsert yang bakal berlangsung selama tiga jam ini merupakan anjuran Hitman Solutions Sdn Bhd dengan kerjasama 2 Spicy Entertainment Sdn Bhd. Tiket konsert berharga RM99 hingga RM1999 boleh dibeli menerusi laman web www.vip.my atau boleh didapati di mana-mana kaunter kedai Rock Corner .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog