Disaat ini Betty Benafe dan suaminya, Bruce Darghous sedang melalui detik cukup bahagia dalam melayari rumah tangga mereka. Lebih-lebih lagi aktres dan penyanyi kacukan Melayu-Arab ini bakal bergelar ibu tidak lama lagi.
Bagaimanapun Betty mendedahkan baru-baru ini dia dimarahi oleh temannya, pelakon dan pengacara Yasmin Hani. Lebih malang, Betty yang kini hamil anak sulung telah diserang ibu mertuanya.
Apa kes? "Sebenarnya masa tiga bulan pertama hamil, saya memang sangat lemah. Asyik tidur dan murung saja. Tiada selera makan. Berat badan saya turun 4 kg.
Tapi Alhmdulillah bila usia kandungan saya cecah empat bulan, saya mula ada tenaga dan aktif macam sewaktu anak dara dulu. Baru ada selera makan.
"Jadi bila dah ada tenaga, 1 Ramadan lalu saya berpuasa. Walaupun ibu mertua saya dah bagi amaran awal-awal supaya tak perlu puasa tapi saya puasa juga.
Sebab saya fikir kalau tak puasa, nanti susah nak ganti semula. "Hari kedua puasa, ibu mertua saya datang serang saya di rumah. Dia kata, kalau mengandung tak diwajibkan puasa.
Tak perlu ganti pun tapi boleh bayar fidyah. Saya baru tahu tentang itu jadi saya tak puasa. Memang sepanjang saya berpuasa tu pun, saya berasa sangat dahaga yang luarbiasa dan cepat lapar", kata Betty Benafe kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui pada majlis berbuka Puasa Universal Music Malaysia dan Rumpun di Restoran Warisan, Dataran Merdeka semalam.
Pemilik nama sebenar Betty Ibtisam Abu Bakar Benafe ini bernikah dengan Bruce Darghous yang berdarah kacukan England dan Lebanon pada 8 Disember 2012. Tak cukup 'diserang' ibu mertuanya, Betty juga mendedahkan dia teruk dimarahi oleh Yasmin Hani (Hani)
. Ini kerana pada peringkat awal kehamilannya hingga mencecah tiga bulan dia tidak mengambil vitamin kesihatan. Sehinggalah dia bertanyakan kepada Hani mengenai makanan kesihatan yang diamalkan oleh temannya itu.
"Hani hamil sebulan awal dari saya. Memamg masa tiga bulan tu saya tak bagi tahu sesiapa sebab ikut pesan orang tua-tua. Lagipun saya takut tak 'menjadi'.
Tapi lepas tu saya ada tanya pada Hani, dia ambil vitamin apa? Hani terkejut bila dapat tahu yang saya mengandung. Dia mengamuk sebab saya tak ambil apa-apa vitamin.
"Hani cadangkan saya ambil vitamin, buat senaman yoga juga berenang. Pembaca berita TV3, Azwaliza Azman pun ada nasihatkan saya untuk ambil makan kesihatan. Saya banyak rujuk pada teman-teman yang berpengalaman sebab maklum lah anak sulung dan saya tak ada banyak pengetahuan tentang kehamilan", katanya
. Begitu pun Betty merahsiakan jantina bakal anak sulungnya itu kerana dia mahu mengumumkannya sewaktu kemunculan bersama Yasmin Hani menerusi sebuah program khas tentang ibu hamil, tidak lama lagi.
Dalam pada itu Betty turut berkongsi mengenai gelagat suaminya yang nyata begitu teruja bakal bergelar ayah. Beritahu Betty, sejak kebelakangan ini Darghous cukup mengambil berat tentang dirinya.
"Dia ekstra teruja! Dia layan saya sepenuh kasih sayang. Semasa jerebu hari tu, dia langsung tak bagi saya keluar rumah, dia suruh saya duduk dalam bilik saja", ujarnya.
Meskipun berbadan dua, Betty tetap aktif dan kini sedang menjalani penggambaran sebuah drama. Malah dia baru selesai menjalani penggambaran sebuah telemovie untuk saluran Suria TV.
Selain itu dia baru saja mereleasekan single berjudul Tak Sengaja. "Selagi saya kuat, saya akan bekerja. Lagipun saya dah biasa bekerja dan memang tak boleh duduk diam. Suami saya okay, dia tidak letakkan had.
Cuma dia selalu ingaatkan saya yang saya sekarang sedang hamil. Sebab, kadang-kadang kerana asyik bekerja, saya terlupa saya ni hamil", katanya yang dijangka bersalin sekitar pertengahan Disember depan.
![[UPDATED] Najib And Prince Of Cambridge Sharing The Limelight Of 'July 23'](http://cdn.malaysiandigest.com/images/faizul2/najib-kate-william-duke.jpg)

Happy birthday Datuk Seri Najib Razak from all of us at Malaysian Digest, and welcome to the world little Prince No-Name-Yet.








Selepas pulang daripada lawatan ke tanah bergolak, Gaza pada tahun lalu, Afdlin Shauki atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan, 42 dilaporkan telah berhijrah dan mula mendalami agama Islam untuk menjadi seorang muslim yang bertakwa.
Sejak daripada itu juga dia dilihat sudah mula mengurangkan aktiviti seni di mana sebelum ini dia dilihat cukup giat menerbit dan mengarahkan filem juga sitkom malah berlakon dan menyanyi serta bergerak aktif dengan BoBoi bersama Harun Salim Bachik. Malah, ada ura-ura mengatakan dia bakal bersara di dalam dari dunia seni hibura. Sejauh mana benarnya dakwaan ini?
Kesempatan bertemu pelakon serba boleh ini di sebuah acara amal anjurannya bersama anak-anak yatim di Restoran Upin &Ipin, Bandar Tun Hussien Onn baru -baru ini memberi peluang kepada wakil Murai untuk bertanyakan kepada Afdlin mengenai dakwaan tersebut.
"Memang betul saya mengurangkan aktiviti seni saya sekarang tetapi bukannya saya berhenti terus daripada menerbitkan drama dan filem. Tapi, bukanlah sampai tahap bersara. Kini saya memberikan fokus untuk menerbitkan filem yang mempunyai mesej berguna kepada penonton dan bukannya komedi semata-mata.
"Genre masih sama iaitu komedi tetapi bukan sekadar lawak bodoh semata-mata, biarlah ada pengajaran yang penonton dapat selepas mereka menonton. Cuma mungkin saya tidak lagi berada di depan kamera tetapi banyak bekerja di belakang tabir sahaja.
"Menerusi Vision Works, saya banyak merancang untuk menghasilkan pelbagai rancangan dan program televisyen dan saya fokuskan daripada aspek kerohanian dan berbentuk ilmiah,"cerita Afdlin Shauki ketika ditemui baru-baru ini.
Ditanya mengenai komitmen bersama BoBoi, kumpulan lawak duo yang menggabungkan Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik itu, pengarah filem Papadom ini mengatakan dia masih ahli kumpulan lawak itu. Malah pelbagai perancangan telah dibuat dan BoBoi dilihat sebagai satu jenama yang tidak hanya mewakili dirinya dan Harun Salim Bachik semata-mata.
"Boboi masih mendapat undangan membuat persembahan dan sebagainya. Saya masih lagi bersama BoBoi. Cuma saya tidak menolak jika ada orang lain yang berkemampuan untuk menyertai kumpulan BoBoi.
"Saya dan Harun cuba membina nama BoBoi menjadi satu jenama di mana ia bukan hanya boleh diwakili kami berdua, tetapi sesiapa sahaja yang layak. Kerana itu kami giat menerbitkan komik Boboi , barangan cenderahati (merchandise) dan sebagainya.
"Jadi jika saya tidak kelihatan bersama BoBoi bukan bererti saya meninggalkan kumpulan itu tetapi saya memberi peluang mereka yang mampu membawa nama BoBoi dan saya terus mengukuhkan jenama ini daripada belakang.
"Jadi dakwaan mengenai persaraan saya itu tidak benar kerana Afdlin Shauki masih lagi sama cuma berhijrah daripada segi pengolahan aktiviti seni saya kini lebih menumpukan kepada mesej-mesej yang berguna untuk dikongsi kepada penonton,"jawabnya mengenai dakwaan dia akan bersara daripada dunia seni selepas berhijrah.
Takdea angin, takde ribut, tiba-tiba Murai didatangi satu berita yang mengejutkan tentang penyampai radio Breakfast Show hitz.fm iaitu Tengku Mohd Ean Nasrun atau lebih mesra disapa sebagai Ean

Baru-baru ini Murai Batu ada terbaca kisah percintaan antara seorang selebriti lelaki yang dikaitkan dengan seorang artis wanita dalam sebuah akhbar tabloid.
Murai Batu rasa, sudah berpuluh kali mereka menafikan keintiman mereka berdua.
KL, 23 JULAI 2013: Siapa sangka 5 tahun hidup single,akhirnya Abby Abadi kini telah bahagia bertemu jodoh dengan jejaka muda 12 tahun daripadanya





