23 Julai 2013

Posted by jinson on 23.7.13 No comments
Afdlin Shauki Tak Bersara, Tapi Kurangkan Akviti Seni Selepas pulang daripada lawatan ke tanah bergolak, Gaza pada tahun lalu, Afdlin Shauki atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan, 42 dilaporkan telah berhijrah dan mula mendalami agama Islam untuk menjadi seorang muslim yang bertakwa. Sejak daripada itu juga dia dilihat sudah mula mengurangkan aktiviti seni di mana sebelum ini dia dilihat cukup giat menerbit dan mengarahkan filem juga sitkom malah berlakon dan menyanyi serta bergerak aktif dengan BoBoi bersama Harun Salim Bachik. Malah, ada ura-ura mengatakan dia bakal bersara di dalam dari dunia seni hibura. Sejauh mana benarnya dakwaan ini? Kesempatan bertemu pelakon serba boleh ini di sebuah acara amal anjurannya bersama anak-anak yatim di Restoran Upin &Ipin, Bandar Tun Hussien Onn baru -baru ini memberi peluang kepada wakil Murai untuk bertanyakan kepada Afdlin mengenai dakwaan tersebut. "Memang betul saya mengurangkan aktiviti seni saya sekarang tetapi bukannya saya berhenti terus daripada menerbitkan drama dan filem. Tapi, bukanlah sampai tahap bersara. Kini saya memberikan fokus untuk menerbitkan filem yang mempunyai mesej berguna kepada penonton dan bukannya komedi semata-mata. "Genre masih sama iaitu komedi tetapi bukan sekadar lawak bodoh semata-mata, biarlah ada pengajaran yang penonton dapat selepas mereka menonton. Cuma mungkin saya tidak lagi berada di depan kamera tetapi banyak bekerja di belakang tabir sahaja. "Menerusi Vision Works, saya banyak merancang untuk menghasilkan pelbagai rancangan dan program televisyen dan saya fokuskan daripada aspek kerohanian dan berbentuk ilmiah,"cerita Afdlin Shauki ketika ditemui baru-baru ini. Ditanya mengenai komitmen bersama BoBoi, kumpulan lawak duo yang menggabungkan Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik itu, pengarah filem Papadom ini mengatakan dia masih ahli kumpulan lawak itu. Malah pelbagai perancangan telah dibuat dan BoBoi dilihat sebagai satu jenama yang tidak hanya mewakili dirinya dan Harun Salim Bachik semata-mata. "Boboi masih mendapat undangan membuat persembahan dan sebagainya. Saya masih lagi bersama BoBoi. Cuma saya tidak menolak jika ada orang lain yang berkemampuan untuk menyertai kumpulan BoBoi. "Saya dan Harun cuba membina nama BoBoi menjadi satu jenama di mana ia bukan hanya boleh diwakili kami berdua, tetapi sesiapa sahaja yang layak. Kerana itu kami giat menerbitkan komik Boboi , barangan cenderahati (merchandise) dan sebagainya. "Jadi jika saya tidak kelihatan bersama BoBoi bukan bererti saya meninggalkan kumpulan itu tetapi saya memberi peluang mereka yang mampu membawa nama BoBoi dan saya terus mengukuhkan jenama ini daripada belakang. "Jadi dakwaan mengenai persaraan saya itu tidak benar kerana Afdlin Shauki masih lagi sama cuma berhijrah daripada segi pengolahan aktiviti seni saya kini lebih menumpukan kepada mesej-mesej yang berguna untuk dikongsi kepada penonton,"jawabnya mengenai dakwaan dia akan bersara daripada dunia seni selepas berhijrah.
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog