Terry Hutt yang lebih dikenali sebagai lelaki 'Union Jack' telah berkhemah selama 12 hari untuk menunggu pengumuman kelahiran bayi Duke dan Duchess of Cambridge
. Hutt yang berumur 78 tahun dilihat memakai baju bertema warna bendera Union Jack - biru, merah dan putih.
Selama 12 hari ini,
Hutt berkhemah di luar Hospital St.Mary dan tidur di atas kerusi panjang ditepi jalan. Dia hanya pernah pulang ke rumah sekali kerana isterinya kata dia perlu mandi!
Kali pertama peminat setia ini berjumpa dengan kerabat diraja adalah ketika Raja dan Permaisuri melawat keluarganya waktu dia masih seorang kanak-kanak.
Bekas askar ini berkata dia kehilangan suaranya kerana terlalu teruja dengan kelahiran bayi kerabat diraja yang pertama buat Kate Middleton dan Prince William.
BBC News turut melaporkan bahawa Hutt berasa gembira dapat kenali orang ramai yang memberi dia makanan atau selimut kerana risau tentang kesihatannya.
Lelaki 'Union Jack' ini memang seorang peminat yang bersungguh-sungguh.
Categories: ALAHAI
0 ulasan:
Catat Ulasan