NGERI! KERETA AUDI TERPUTUS DUA DALAM KEMALANGAN DI BELGIUM.



Ngeri! Kereta Audi Terputus Dua Dalam Kemalangan Di Belgium (7 Foto) | Kereta mewah sememangnya menjadi satu pilihan. Namun tidak semua orang mampu memilikinya. Antara kereta mewah di pasaran dunia adalah kereta Audi S8. Baru-baru ini, satu kemalangan ngeri telah berlaku di Belgium membabitkan sebuah kereta Audi S8. Difahamkan, pemandu Audi S8 ini telah hilang hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok sehingga badan kereta tersebut terputus dua. Bagaimana dengan pemandu?




Kemalangan itu berlaku di Belgium berhampiran sempadan dengan Belanda di mana pemandu memandu laju generasi pertama Audi S8. Sedan mewah Jerman itu hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok. Selepas perlanggaran, kereta putus dua, satu bahagian terkena rumah berhampiran. Pemandu selamat dan dia mengalami kecederaan ringan, manakala penghuni di dalam rumah juga tidak cedera.





Sekolah di Port Dickson diarah tutup hari ini
 SEREMBAN 24 Jun - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengarahkan semua sekolah di daerah Port Dickson yang terjejas teruk akibat jerebu, ditutup mulai hari ini (Isnin) sehingga dimaklumkan kemudian. Ia berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan mencecah hampir 300 iaitu tahap berbahaya.

 Guru, petugas tak perlu hadir ke sekolah ditutup

 KUALA LUMPUR, 23 Jun - Penutupan operasi sekolah akibat bencana jerebu di beberapa kawasan hari ini turut meliputi guru dan petugas lain di sekolah berkenaan.
 Menurut sumber Kementerian Pendidikan, kesemua mereka tidak perlu hadir bertugas di sekolah yang berkenaan esok.
 Beliau yang dihubungi Bernama di sini malam tadi diminta mengulas mengenai kenyataan beberapa guru yang diarah hadir di sekolah masing-masing esok walaupun kerajaan telah mengumumkan sekolah terbabit ditutup kerana jerebu.
 Sumber itu turut mengesahkan pihaknya telah dimaklumkan semua sekolah di Melaka, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya ditutup hari ini. Peringkat daerah pula meliputi sekolah di Segamat, Muar dan Ledang di Johor, Kuantan (Pahang) dan Port Dickson (Negeri Sembilan), katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog