18 Ogos 2013

Siapa ada gigi bertaring. Untunglah, lepas ni jangan malu-malu sebab ada gigi taring. Tak lama lagi akan menjadi trend pulak. Wanita di Jepun kini sanggup membelanjakan wang ribuan ringgit untuk memiliki gigi taring berlapis semata-mata mengikut trend terkini dan kelihatan cantik. Fenomena gigi taring berlapis dikenali di Jepun sebagai 'yaeba'. Ia sangat disukai wanita Jepun kerana kaum lelaki menganggap wanita yang mempunyai gigi tersebut sebagai comel. Menurut akhbar Japan Today, fenomena yang dicetuskan oleh beberapa kumpulan pop dan selebriti Jepun itu telah membuatkan imej gigi taring berlapis begitu popular di negara berkenaan. Wanita Jepun dari segenap usia kini berpusu-pusu ke klinik gigi untuk memiliki gigi taring palsu sementara atau tetap yang disebut 'tsuke-yaeba' dan ditampal pada gigi asal mereka.

Doktor gigi mengenakan bayaran AS$390 (RM1,208) untuk prosedur berkenaan. Ekoran populariti imej gigi taring berlapis itu, sebuah kumpulan penyanyi di Jepun telah menamakan diri mereka sebagai TYB48 (tsuke-yaeba48). Nama tersebut diberikan oleh seorang pengarah klinik gigi, Taro Masuoka. Menurut Masuoka, 'yaeba' memberikan seseorang wanita itu wajah yang comel tetapi nakal. - See more at: http://www.josrevalution.net/2013/02/trend-gigi-taring-berlapis-yaeba-jadi.html#sthash.ijBq2VHm.dpuf
18.8.13 Unknown

Dahaga mungkin bukan lagi masalah kepada sesiapa dengan penciptaan sejenis penyedut minuman mudah alih yang membolehkan seseorang minum daripada sumber apa saja, termasuk dari mangkuk tandas. Dikenali sebagai LifeStraw alat sepanjang 22 sentimeter itu kini boleh dibeli secara dalam talian melalui Firefox asalnya direka pengilang Denmark pada 2005 dan menjadi penyelesaian kepada masalah air minuman yang tidak selamat di dunia ketiga. Pada tahun itu, ia dinamakan sebagai Penciptaan Terbaik 2005 oleh majalah Time dan Penciptaan Terbaik Abad ini oleh Gizmag. Pada 2006, ia diiktiraf oleh New York Times sebagai “pembersih air yang dapat menyelamatkan nyawa”. Majalah Forbes menggelarnya sebagai “satu daripada 10 benda yang akan mengubah cara kehidupan kita.” Kuasa paip pembersihan penyedut berkenaan mampu menyingkirkan sebanyak 99.9999 peratus bakteria dalam air, selain parasit lain termasuk e-coli, kampilobakter, jangkitan kolera, pseudomonas aeruginosa, shigella dan salmonella yang menyebabkan demam kepialu. Ia juga boleh digunakan untuk menapis sehingga 1,000 liter air.

Seorang lelaki maut, tiga kerabat diraja Kelantan parah manakala empat yang lain cedera ringan dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 25.9 Jalan Gua Musang – Kuala Krai berhampiran Bukit Sejuk pagi ini. Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd. Saiful Bahri Awang, 41, manakala tiga yang cedera parah ialah Tengku Ibrahim Farihaddin Tengku Feissel, 38, serta dua adiknya, Tengku Fatimah Ainura, 34 , serta Tengku Farini Amelina, 26. Bapa kepada tiga beradik itu, Tengku Feissal Sultan Ibrahim adalah sepupu kepada ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra. Isteri Mohd. Saiful Bahri, Siti Nor Fazlina Mohamad, 34; pemandu kereta jenis Proton Persona, Mohd Faizal Mohd Sukri, 30, serta pasangan suami isteri, Yusri Ismail, 31 dan Faradila Kadir, 30, yang menaiki Perodua Alza cedera ringan dan dirawat di Hospital Gua Musang (HGM). Ketua Polis Daerah, Supritendan Saiful Bahri Abdullah berkata, kemalangan tersebut dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Saga yang dipandu oleh Tengku Ibrahim Farihaddin hilang kawalan lalu bertembung dengan tiga buah kereta yang datang dari arah bertentangan. Beliau berkata, pertembungan itu telah menyebabkan Mohd. Saiful Bahri yang memandu kereta Proton Iswara meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua buah kereta lagi terjunam ke dalam gaung sedalam tiga meter. “Proton Saga itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sebelum hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta jenis Proton Persona, Proton Iswara dan Perodua Alza. “Pemandu Perodua Alza berjaya mengelak dan hanya terkena sedikit sahaja rempuhan. Pertembungan itu telah menyebabkan kereta jenis Proton Iswara dan Proton Saga yang dipandu Mohd. Saiful Bahri serta Tengku Ibrahim Farihaddin terjunam ke dalam gaung,” katanya. Difahamkan salah seorang daripada kerabat diraja Kelantan itu tercampak keluar dari kereta yang mereka naiki akibat rempuhan kuat.

Tengku Irfan Meriahkan Anniversari Konsert MPO Ke-15
Orkestra Filharmonik Malaysia (Malaysian Philharmonic Orchestra - MPO) melangkah penuh gaya untuk sambutan musim konsert 2013/2014 dengan sebuah Konsert Gala yang bakal berlangsung di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC pada esok hari bersamaan 17 Ogos 2013, bermula jam 8.30 malam. Konsert ini diadakan bersempena meraikan ulangtahun ke- 15 tahun MPO; konsert MPO yang pertama telah berlangsung pada 17 Ogos 1998 disaksikan oleh Penaung MPO, YABhg. Tun Dr Siti Hasmah Haji Ali dan YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad. Untuk konsert kali ini, MPO di bawah pimpinan Pengarah Muzik Claus Peter Flo bakal mengimbau detik bersejarah itu melalui sebuah kolaborasi dengan pemain piano tempatan Tengku Ahmad Irfan. Ini merupakan gandingan mereka buat kali keempat setelah berkolaborasi untuk Konsert Gala pada tahun2009 dan 2011, dan sebuah konsert pada Januari 2011. Apa yang membuatkan konsert ini lebih istimewa ialah Irfan bakal mempersembahkan komposisi beliau yang dicipta khas untuk konsert ini berjudul Sahibul Hikayat Fantasy Overture. Karya ini menyerlahkan beberapa elemen muzik tradisional Melayu bagi mencetuskan suasana fantasi dan misteri. Beliau juga bakal mempamerkan bakatnya yang hebat melalui karya ciptaan Prokofiev berjudul Concerto for Piano No.2, salah sebuah simfoni yang paling sukar dalam repertoire piano. MPO juga bakal mempersembahkan karya-karya seperti We Are One (ciptaan Dato' Mokhzani Ismail) dan Rosenkavalier Waltzes (ciptaan Strauss), sekaligus menghangatkan lagi keraian malam itu nanti. Berusia 15 tahun, Tengku Ahmad Irfan mula belajar bermain piano pada usia 7 tahun. Antara kolaborasinya yang hebat ialah bersama konduktor Neeme Järvi (di Estonia), konduktor Darius Mikulski dan Thailand Philharmonic Orchestra (di Bangkok), dan pemain piano Yoheved Kaplinsky di Aspen Music Festival pada tahun 2012. Beliau telah memenangi ASCAP Morton Gould Young Composers Award dan Charlotte Bergen Award pada tahun 2012 untuk karya ciptaannya String Quartet No.1. Beliau juga telah memenangi tempat pertama di Prokofiev Piano Concerto No.2 Competition di Aspen Music Festival 2013. Karya beliau baru sahaja dipersembahkan oleh New York Philharmonic. Kini, beliau sedang menuntut dalam bidang khusus 'piano and composition', dan juga 'conducting' di Juilliard Pre-College, New York. Saksikan muzik ekstravaganza ini apabila MPO meraikan kedatangan musim konsert terbaru, hanya di DFP! Konsert pada hari esok diadakan khusus untuk tetamu jemputan sahaja. Untuk tontonan awan, anda boleh membeli tiket dan menyaksikannya di DFP pada hari Ahad (18 Ogos 2013), bermula jam 3.00 petang. Harga Tiket adalah RM250 (premium),RM180 (A Reserve), RM130 (B Resever) dan RM90 (C Reserve). Tiket boleh dibeli di Box Office pada hari Selasa ke Sabtu (jam 10.30 pagi - 6.30 petang dan 9.00 malam pada hari persembahan) serta pada Ahad (12.00 tengahari ke waktu persembahan).

BELURAN, (Bernama) - Budak perempuan berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang sejak 23 Julai lepas di Kampung Meliau, Telupid ditemui hari ini dalam keadaan selamat.
 Ketua Polis Daerah Beluran DSP Shivanathan Velautham berkata budak perempuan tersebut, Musteliveh Merajok, ditemui oleh anggota polis pada 4.20 petang di sebuah rumah berpenghuni di Kampung Bilit di Kinabatangan.
 Menurutnya rumah tempat Musteliveh ditemui adalah milik jiran bapa angkatnya di Kampung Meliau. "Tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes ini hanya diklasifikasikan sebagai orang hilang," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
 Beliau berkata budak perempuan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran buat sementara waktu, sebelum dirujuk kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya.
 Kehilangan Musteliveh, murid Tahun Satu sebuah sekolah rendah di Telupid sejak 23 Julai lepas dilaporkan kepada pihak polis oleh bapa angkat kanak-kanak itu, Minggu Hendry, 31, pada 13 Ogos lepas.
 Berikutan laporan itu, polis melancarkan operasi mengesan kanak-kanak perempuan itu termasuk menghebahkan kepada balai polis di seluruh negeri ini.

IPOH, (Bernama) -- Polis semalam menahan ibu bapa kanak-kanak perempuan lima tahun yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini kerana disyaki didera bagi membantu siasatan, kata Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong.
 Beliau berkata lelaki berumur 39 tahun dan wanita berumur 30 tahun dari Menglembu itu ditahan reman tiga hari bermula hari ini. Katanya pasangan itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kira-kira l 1.30 tengah hari semalam selepas diarah datang ke balai polis itu selepas polis menerima laporan bahawa kanak-kanak itu disyaki didera.
 "Polis menghubungi serta mengarahkan kedua-dua mereka ke balai polis selepas menerima laporan daripada seorang doktor yang bertugas di HRPB selepas mengesyaki kanak-kanak itu telah didera berdasarkan hasil pemeriksaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini
. Berdasarkan laporan awal, beliau berkata kanak-kanak itu dihantar ke hospital berkenaan oleh anggota keluarganya pada awal pagi semalam dan pemeriksaan doktor mendapati terdapat luka di seluruh badan kanak-kanak itu dipercayai dipukul dengan rotan.
 Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Hans Isaac: Saya Tanggung Kerugian, Buat Apa Teruskan?Tindakan pengarah, pelakon dan penerbit, Hans Isaac, memuatnaik statusberkenaan filem terbitannya, Lemak Kampung Santan di Twitter telah disalahertikan oleh umum.
 Malah, ada dakwaan yang mengatakan dia merajuk dan kecewa kerana filemnya tak laku seperti yang terpapar di rata-rata saluran media.
 Sebagai pengarah filem, penglibatannya di dalam industri ini bukanlah baru dan dia tahu apa yang perlu untuk menghasilkan filem yang berkualiti.
 Tiada sebab untuk dia kecewa kerana dia bukannya menghasilkan filemnya secara cincai, tetapi dalam dalam soal ini dia bercakap dari segi keuntungan dalam perniagaan sebagai pembikin filem.
 Yang mana, isu yang cuba diketengahkan Hans Isaac ketika ini adalah kualiti bukan lagi apa yang penonton inginkan dan dia juga tidak tahu apa yang sebenarnya penonton mahukan dan hal itu jelas dapat dilihat menerusi kutipan filemnya.
 Namun, ia juga barangkali bukan disebabkan penonton tidak datang untuk menyaksikan filem, tapi mungkin ia bertitik tolak kepada sebab-sebab yang lain yang sebelum ini pernah dibangkitkan oleh produser-produser filem lain.
Misalnya, waktu tayangan yang mungkin tidak menepati waktu penonton. Apapun ketika dihubungi, Hans Isaac sekali lagi menegaskan yang tidak akan membuat filem lagi setelah apa yang berlaku kepada Lemak Kampung Santan.
 "Saya bukan tidak mahu buat filem kerana tidak laku. Tetapi kalau situasi begini masih lagi sama, untuk apa saya terus bikin filem ini. Mungkin ramai salah faham kata saya merajuk sebab orang tak tengok Lemak Kampung Santan.
 "Kalau cakap pasal kualiti filem saya tahu semua apa yang perlu saya buat, tetapi hak menonton saya tidak ada kuasa untuk paksa orang kerana itu perkara yang subjektif. Ada orang suka ada yang tidak.
 "Saya cakap sekarang soal business in film making. Kalau situasi dan permainan industri perfileman kita masih kekal macam sekarang, saya memang tidak akan ambil risiko untuk terus rugi kerana saya tahu apa yang berlaku.
 Lebih baik saya buat benda lain yang mampu menjanjikan pulangan yang lebih menguntungkan.,"tegasnya yang nyata kecewa apabila ada pihak yang kurang arif mentafsir apa yang cuba disampaikan Hans Isaac didalam Twitternya itu
 Namun bidang pengarahan tetap diteruskan di lapangan teater dan dia akan muncul dengan sebuah karya bercirikan autobiografi mengenai pemain bola handalan negara, Mokhtar Dahari , berjudul SuperMokh The Musical yang bakal dipentaskan di Istana Budaya.
 Tambahnya, produksi teater melibatkan kawalan penuh daripada production house dan perkara ini berbeza dengan penerbitan filem. Penerbit filem hanya menghasilkan filem tetapi hak dan jadual tayangan serta pemasaran bukan lagi berada didalam bidang kuasa penerbit.
 "Kalau bikin teater, semua perkara kita yang tentukan. Maksudnya bagaimana kita nak merancang strategi dan sebagainya untuk menarik orang datang. Tetapi untuk filem, selepas kita hasilkan sesebuah filem, saya bukan boleh suka-suka nak pilih tarikh, tentukan waktu tayangan kerana ia bukan kuasa saya berbuat demikian.
 "Itu sahaja yang cuba saya persoalkan disini, bukan masalah filem saya mendapat kutipan sedikit tetapi ketelusan pihak tertentu dalam mengendalikan kerja mereka. Tak perlu saya sebut siapa tetapi jika ia masih sama memang saya tidak mahu ambil risiko rugi lagi,"tambahnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Tanjung Sutera resort. Pic: Tripadvisor
KUALA LUMPUR: The government has revoked the permanent resident (PR) status of the Singaporean resort owner, who had allowed a group of Buddhists to meditate at a surau in Johor. Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the Tanjung Sutera resort owner's PR status was revoked because he had committed a religious offence. "The action was taken after the ministry, through the National Registration Department, had carried out an investigation. The status is only a facility given by the government, it is not a privilege," he said at a Hari Raya event, organised by the Persatuan Pengasih here yesterday. He said permanent residents should be aware that the authorities would take action against them when Islam was involved. The resort owner, known only as Ahmad, had already been notified that his PR status had been revoked. The 45-year-old found himself in hot water after an 85-second-long video clip showing a group of Buddhists chanting in the resort's surau was uploaded on Facebook on Aug 11. Meanwhile, MCA deputy president Datuk Seri Liow Tiong Lai yesterday said the resort owner should be given a chance to explain. "If he did not intend to offend any religion, then he should not receive such a punishment. We need to look at the circumstances first before revoking his PR."

.
Tinggal empat hari lagi peminat Malaysia hampir bertemu band rock ternama dunia Metallica, diberitakan jualan tiket untuk konsert kumpulan heavy metal dari Los Angeles ini terus meningkat! Sebanyak tiga kategori tiket iaitu yang berharga RM195, RM350 dan RM380 sudah habis dijual. Sehingga kini, jualan tiket di Silver Rock Zone (RM450), Gold Rock Zone (RM550), Platinum Rock Zone (RM680) juga mendapat sambutan hangat. Untuk pertama kalinya, ikon rock legenda bakal menjejakkan kaki di Malaysia. Konsert Metallica Live di Malaysia 2013 yang bakal berlangsung pada 21 Ogos ini dianjurkan oleh Kumpulan Galaxy dalam persatuan dengan LAMC Productions dan Rockstar Touring - dengan sokongan dari Malaysia Major Event sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Bagi yang belum mendapatkan tiket, jualan tiket boleh didapati di semua Kaunter Tiket Galaxy di Boulevard, Mid Valley dan Sg Wang atau membeli secara online di www.ticketcharge.com.my. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kumpulan Galaxy di 03-22822020 atau layari laman web rasmi Galaxy Kumpulan pada www.galaxy.com.my// www.ticketcharge.com.my atau Galaxy Kumpulan Laman Facebook.

Kredit foto Faisol Mustafa.
Penyanyi remaja Ainan Tasneem memberitahu dia belum berkesempatan beraya di rumah kekasihnya kerana agak sibuk dengan aktiviti seni dan kesuntukan masa. "Pada tahun ini, saya menyambut Hari Raya dengan keluarga dengan begitu meriah sekali. Saya rasakan pengalaman yang agak berbeza sekali dengan tahun-tahun sebelum ini. Tahun ini, sedikit kelainan kepada saya apabila saya menyambut 1 Syawal dengan membuat persembahan di kediaman Perdana Menteri. Syawal kali ini juga kami sekeluarga gunakan untuk bercuti bersama-sama di Johor Bharu dan Singapura,” “Saya masih belum sempat untuk berkunjung ke rumah dia (kekasih) lagi pada tahun ini kerana agak sibuk dan kesuntukan masa. Syawal yang lalu, saya sempat singgah ke rumahnya untuk berhari raya. Tapi pada tahun ini, saya akan berkunjung juga ke rumahnya untuk beraya namun belum ada tarikh yang sesuai,” jelas pelantun lagu Aku Suka Dia ini. Mengenai perkembangan terbaru kerjaya seninya, selepas muncul dengan ‘single’ ‘Kamu Saja’ sekitar bulan Jun yang lalu, Ainan mendedahkan yang dia sedang dalam perancangan untuk berkolaborasi dengan pelantun lagu Be Mine, Tasha Manshahar.

Penerbit dan pengarah drama Erma Fatima berbelanja RM6,000 semata-mata untuk membersihkan usus perut (kolon) sebagai langkah berjaga-jaga daripada sebarang penyakit. Bercakap kepada mStar online, beliau telah menjalani rawatan tersebut pada awal tahun ini dan menyarankan kepada orang ramai untuk turut berbuat demikian.
 "Ramai yang tidak sedar bahawa pembersihan kolon adalah salah satu cara untuk mencegah penyakit memandangkan segala penyakit bermula daripada perut. "Diakui ianya agak mahal, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat mengelakkan daripada terkena penyakit yang mungkin akan mengeluarkan belanja yang lebih mahal," katanya.
 Tambah Erma, proses pembersihan kolon itu dilakukan selama seminggu dan memandangkan harganya agak mahal, dia akan cuba melakukan proses tersebut setahun sekali. "Pembersihan kolon bukan setakat membuang toksin semata-mata tetapi juga dapat menurunkan berat badan kita," ujarnya.
 Selain itu, beliau juga turut melakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh setahun sekali. Mengakui dirinya seorang perokok tegar, lantas menyedari usianya yang semakin lanjut membuatkan dia lebih peka tentang menjaga kesihatan.
 "Risaulah jika kita terkena penyakit secara tiba-tiba. Jadi pemeriksaan yang kerap amat perlu. "Sudahlah saya ini kuat hisap rokok. Jadi pemeriksaan jantung terutamanya perlu dijaga. Alhamdulillah, setakat ini jantung saya elok", katanya.

.Malam tadi telah berlangsungnya Anugerah Lawak Warna (ALW) bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Anugerah julung kali yang diadakan oleh saluran komedi nombor satu Malaysia, saluran Astro Warna ini bagi mengiktiraf golongan pelawak dan karyawan komedi tanah air. Seperti biasa, tak lengkap sebuah acara anugerah itu kalau tidak ada acara karpet merah. ALW mengalu-alukan kedatangan seluru pelawak tanah air di lintasan karpet Warna yang bermula jam 8 malam - 1 jam sebelum acara kemuncaknya. Menariknya, macam-macam gaya pose dari pelawak-pelawak yang sering mengundang tawa ramai ini. Tak kurang ada juga dikalangan mereka yang berjaya mencuri tumpuan apabila datang bersama pasangan masing-masing. Ada yang bawa isteri, ada yang bawa tunang dan ada yang bawa kekasih. Berikut dikongsikan foto-foto para pelawak dan selebriti popular sekitar 'Karpet Warna' Anugerah Lawak Warna :

Didie Alias.

Jihan (Raja Lawak).

Ray dan Hanif (Era.FM).

Linda Jasmine.

Johan As'ari.

Munir dan isterinya.

Kumpulan Jambu.

Mamat (Sepah) dan kekasihnya.

Faizal Ismail aka FBI.

Lisa Surihani.

Dato' Aziz Satar.

Yana Samsudin.

Zizan Razak.

Zizan Razak.
Zul Yahya dan isterinya.

Acong dan isterinya.

Along Cham.

Pic: ABN News
KUALA LUMPUR: A car parked by the side of a road at USJ2/3 in Subang Jaya, near the Summit shopping center, was crushed by a crane from the LRT tracks construction site yesterday. Selangor Fire and Rescue Department assistant director of Operations Mohd Sani Harul said, however, no casualties were reported in the incident which involved a Chevrolet car. “We understand from crane company that the handle of the crane bent before it fell. The car was 90 percent wrecked,” he said. Sani said they received the call at 6:17 pm and a team of six arrived at the scene from the Jalan Penchala station. Meanwhile, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) in a statement said a crawler crane belonging to one of the contractors for the LRT Line Extension Project (LEP) on the Kelana Jaya Line collapsed about 5.45 pm today, damaging a car parked along the road, Bernama reported. Its Project Development Division, group director, Zulkifli Mohd Yusoff said, Prasarana has commenced a full investigation into the incident and would provide a report to the Department of Occupational Safety and Health. “Prasarana has issued an immediate stop work order to the main contractor of the project, TRC. We will work closely with all the relevant authorities to facilitate the investigation. No injury was reported in the incident,” he said. State Asemblyman for Subang Jaya Hannah Yeoh tweeted at 10.42pm: “On my way to the site at USJ 2 where the crane dropped on a car earlier. MPSJ has issued a stop work order to Prasarana for the LRT works.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog