18 Ogos 2013

Posted by jinson on 18.8.13 No comments
BELURAN, (Bernama) - Budak perempuan berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang sejak 23 Julai lepas di Kampung Meliau, Telupid ditemui hari ini dalam keadaan selamat.
 Ketua Polis Daerah Beluran DSP Shivanathan Velautham berkata budak perempuan tersebut, Musteliveh Merajok, ditemui oleh anggota polis pada 4.20 petang di sebuah rumah berpenghuni di Kampung Bilit di Kinabatangan.
 Menurutnya rumah tempat Musteliveh ditemui adalah milik jiran bapa angkatnya di Kampung Meliau. "Tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes ini hanya diklasifikasikan sebagai orang hilang," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
 Beliau berkata budak perempuan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran buat sementara waktu, sebelum dirujuk kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya.
 Kehilangan Musteliveh, murid Tahun Satu sebuah sekolah rendah di Telupid sejak 23 Julai lepas dilaporkan kepada pihak polis oleh bapa angkat kanak-kanak itu, Minggu Hendry, 31, pada 13 Ogos lepas.
 Berikutan laporan itu, polis melancarkan operasi mengesan kanak-kanak perempuan itu termasuk menghebahkan kepada balai polis di seluruh negeri ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog