18 Ogos 2013

Posted by jinson on 18.8.13 No comments
.
Penerbit dan pengarah drama Erma Fatima berbelanja RM6,000 semata-mata untuk membersihkan usus perut (kolon) sebagai langkah berjaga-jaga daripada sebarang penyakit. Bercakap kepada mStar online, beliau telah menjalani rawatan tersebut pada awal tahun ini dan menyarankan kepada orang ramai untuk turut berbuat demikian.
 "Ramai yang tidak sedar bahawa pembersihan kolon adalah salah satu cara untuk mencegah penyakit memandangkan segala penyakit bermula daripada perut. "Diakui ianya agak mahal, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat mengelakkan daripada terkena penyakit yang mungkin akan mengeluarkan belanja yang lebih mahal," katanya.
 Tambah Erma, proses pembersihan kolon itu dilakukan selama seminggu dan memandangkan harganya agak mahal, dia akan cuba melakukan proses tersebut setahun sekali. "Pembersihan kolon bukan setakat membuang toksin semata-mata tetapi juga dapat menurunkan berat badan kita," ujarnya.
 Selain itu, beliau juga turut melakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh setahun sekali. Mengakui dirinya seorang perokok tegar, lantas menyedari usianya yang semakin lanjut membuatkan dia lebih peka tentang menjaga kesihatan.
 "Risaulah jika kita terkena penyakit secara tiba-tiba. Jadi pemeriksaan yang kerap amat perlu. "Sudahlah saya ini kuat hisap rokok. Jadi pemeriksaan jantung terutamanya perlu dijaga. Alhamdulillah, setakat ini jantung saya elok", katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog