25 April 2013

MINGGU lalu sudah diumum siapakah yang terlibat dalam program MasterChef Selebriti musim kedua yang memang melibatkan ramai nama-nama besar dalam industri hiburan. Syed tahu ramai yang ternanti-nanti rancangan tersebut memandangkan ramai peminat nak tahu sejauh mana bakat memasak para selebriti tempatan. Antara nama yang terlibat pada musim kali ini termasuk Aznil Haji Nawawi, Cat Farish, Syura, Enot, Celine Khor, Norish Karman, Sharifah Shahora, Shanie, Micheal Ang dan ramai lagi. Sudah pasti yang menjadi tumpuan pasangan kekasih Rozita Che Wan dan Zain Saidin (gambar) yang turut menjadi peserta. Dengar kata kemasukan pasangan kekasih ini bertujuan untuk menambah rating rancangan tersebut. Betul ke? Ala semua boleh jadi asalkan rating naik. Tak kisah sama ada nak tambah rating atau tidak sebab Che Ta dan Zain pun tak kisah kalau wajah mereka digunakan untuk menaikkan rancangan tersebut. Mereka lagi suka. Tapi betul ke MasterChef kali ini memang panas? Syed ada mendengar cerita yang disampaikan oleh beberapa sumber yang cukup rapat dengan program ini tentang apa yang berlaku. Kata mereka ada peserta yang naik hantu sebab tak boleh dikritik masakan mereka sampai berlaku pertengkaran yang mengejutkan peserta lain. Ada juga beberapa insiden panas yang berlaku di luar jangkaan. Syed tak boleh nak dedah peserta mana yang dah bertengkar dengan juri seperti yang dikhabarkan. Nampaknya ada yang tanpa segan silu mengeluarkan belang masing-masing sampai tak boleh dikritik. Cuma Syed tak pasti sama ada adegan tersebut akan dipaparkan atau tidak. Kalau sudah dipotong alamatnya tak merasalah peminat nak tengok. Kalau tak, maknanya musim kali ini memang panas dan akan menarik minat ramai penonton. Mungkin sebab itu juga pihak produksi sepakat menggunakan slogan 'bila dapur panas, watak jadi jelas' kali ini kot. Syed:
25.4.13 Unknown

Nampaknya virus Gwiyomi semakin menjadi-jadi dikalangan para selebriti tempatan. Sebelum ini anda hanya dapat saksikan selebriti wanita sahaja yang buat aksi comel Gwiyomi, bagaimana pula dengan aksi selebriti lelaki? Artikel berkaitan : Demam Gwiyomi Melanda Malaysia Keek : Video Gwiyomi Versi Wawa Zainal Lagi Comel? Video : Gwiyomi Versi Nora Danish Lebih Comel & Mengancam! Nazim Othman telah memuat naik sebuah video comelnya membuat Gwiyomi menerusi laman Keek. Respon para peminat rata-ratanya memuji aksi comel pelakon tersebut sehingga ada yang jatuh cinta dengan telatahnya.

Ibu kepada pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak mendedahkan bahawa hubungan rapat antara anaknya dan Emma Maembong telah terjalin sejak 2 tahun lalu dan akui sebelum ini pelakon wanita tersebut pernah datang ke rumahnya. Saya tak tahu sejauh mana seriusnya hubungan Zizan dan Emma, yang saya tahu hubungan mereka terjalin sejak 2 tahun lalu lagi. Seingat saya ketika itu, Emma ada datang ke rumah terbuka kami dan saya hanya anggap dia datang sebagai kawan Zizan. Setakat ini, Zizan tidak pernah pun bercerita secara serius mengenai Emma kepada saya dan saya hanya baca cerita mengenainya di akhbar. Berkongsi lebih lanjut mengenai perkara berkenaan, ibu pelawak ini menyatakan bahawa dia tidak kisah dengan siapa anaknya ingin berkahwin, asalkan wanita tersebut dapat memahami kerjaya Zizan sebagai seorang selebriti. Zizan tidak pernah sorok kepada saya jika dia sedang suka serta berkenan dengan seseorang itu. Dia akan terus membawa wanita itu berjumpa saya. Apa-apa pun, saya tidak kisah siapa pilihan bakal isteri Zizan, asalkan wanita itu faham akan kerjayanya yang sentiasa sibuk dengan kerja tanpa mengira masa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog