13 Julai 2013

13.7.13 Unknown
Aznan Alias

Gitaris tersohor negara, Aznan Alias kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) Hospital Sungai Buloh akibat serangan jantung pada Khamis malam. Beliau kini dalam keadaan stabil dan masih menunggu pegesahan doktor tentang penyakit sebenar yang dihidapinya.

aznan alias
Aznan menjelaskan, beliau rebah ketika berada di studio milik pemain keyboard, Firdaus Mahmud. "Yang gua ingat gua tanya Firdaus, lampu toilet menyala atau tidak, lepas tu dah tak sedar. "Firdaus dan Tam bawak datang hospital, kemudian doktor bagi balik tapi kat rumah sekali lagi rebah," katanya yang dilihat ceria ditemani isteri, Syamim. Datuk M.Nasir dan Joe Wings antara rakan artis yang dilihat melawat Aznan.

dirawat di hospital
Aznan merupakan pengarah muzik untuk konsert Sang Pencinta M.Nasir yang diadakan di Istana Budaya hujung Jun lalu. Kepada peminat Aznan diharap mendoakan agar beliau segera sembuh -

Gadis Kecil Ini Terkunci 2 Tahun Dalam Almari

New York : Seorang gadis cilik dijumpai dalam keadaan hampir mati kerana dikunci ibu kandungnya di dalam peti. Gadis ini dikunci selama kira-kira 2 tahun tanpa diberikan makanan dan minuman. Untuk buang air kecil dan air besar pun ia hanya menggunakan pispot yang terdapat dalam peti. Ny Daily News melaporkan, ketika Georgia dijumpai, keadaanya sudah sangat kritikal. Berat tubuhnya yang saat ini berusia 5 tahun hanya kira-kira 8 kilogram. Ibu dari gadis kecil tersebut mengunci anaknya kerana Georgia yang saat itu berumur 3 tahun, sangat mirip dengan ayahnya. Ibunya, Asusena Marie Gonzales, saat ini memang tinggal sendiri sebagai single parent. Dia mengaku kesal terhadap anaknya hingga menguncinya dalam peti. “Aku sangat ketakutan ketika tinggal dengan ibu kandungku, dia mengunci saya di dalam peti, dan aku tidak mempunyai makanan atau air atau apa pun untuk makan atau minum,” ungkap Georgia. Tak hanya kepada Georgia, Marie Gonzales juga berbuat jahat kepada anak-anaknya yang lain. Namun hal terparah hanya dirasakan oleh Georgia. Ketika pihak berkuasa menyelamatkan gadis kecil ini, mereka hanya mencari pispot yang penuh dengan kotoran bersamanya. Georgia juga ditemui dalam keadaan tubuh yang kurus, lekukan tulang-tulangnya hanya dilindungi oleh kulit. Tahu akan kejadian yang tersebut, Amanda dan Clint Lile datang ke rumah sakit tempat gadis ini dirawat. Mereka merancang untuk menerima pakai Georgia. Nama Georgia sendiri adalah nama baru yang diberikan oleh orang tua angkatnya, Amanda dan Clint Lile, yang sangat menyayangi dia. “Kami sangat bahagia melihat dia boleh pulih dan sihat seperti anak normal yang lain. Saya benar-benar percaya itu adalah kuasa dan kurnia Tuhan yang memberikan kesempatan agar ia boleh tetap hidup, itu merupakan keajaiban, “ungkap Amanda dan Clint Lile. Sementara itu, ibu kandung Georgia, Marie Gonzales, sedang menjalani masa hukumannya selama 40 tahun dan ia tidak akan dibebaskan dari penjara sebelum tahun 2031.

.

Penyalahgunaan ‘lesen’ penyembelihan oleh pemborong ayam sekitar Bandar Triang didakwa berjaya mengaburi pengguna Muslim semata-mata untuk mengaut keuntungan

Ayam tidak halal
Presiden Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM), Abdul Aziz Ismail berkata, pemborong terbabit menggunakan nama seorang pekerja Muslim yang berpengalaman 10 tahun dalam bidang penyembelihan untuk meyakinkan pengguna beragama Islam. Menurutnya, sepanjang tinjauan di pasar borong dan pasar basah sekitar Triang, tiada seorang pun dalam kalangan tukang penyembelihan memiliki Kad Tauliah Sembelihan. “Hanya ada seorang tukang sembelih Muslim yang hanya memiliki Sijil Penyertaan Kursus Penyembelihan yang diperoleh pada 2008, manakala yang lain adalah pekerja warga asing. “Mungkin kita tidak akan meragui sekiranya tugas penyembelihan dilakukan individu tersebut, tetapi yang menjadi persoalan siapa yang akan melakukan tugas penyembelihan sekiranya individu itu bercuti atau berehat?” katanya selepas melakukan tinjauan di sekitar Triang bersama kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) dan Jabatan Imigresen Temerloh. Hadir sama, Timbalan Pengerusi, Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Pahang, Ghazali Khatib Pendek. Abdul Aziz berkata, Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) diharap dapat membantu menyebarkan perkara ini dari semasa ke semasa supaya bukan sahaja pengusaha pasar borong perlu menghantar pekerjanya mengikuti kursus dan ujian tertentu, bahkan pekerja juga wajar mengetahui keperluan perkara ini. "Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing, masalah penghasilan produk halal dapat diatasi dengan baik, malah pengguna Muslim dapat menikmati kehidupan yang lebih berkat," katanya. Perlu pantau lebih kerap Dalam pada itu, Ghazali berkata, bukan sahaja pengusaha mengupah warga asing untuk tugas penyembelihan tetapi turut mempamerkan sijil penyertaan kursus penyembelihan yang pernah dihadiri bekas pekerjanya sekitar 2008. “Apabila pengguna tengok ada sijil itu, mereka akan beranggapan ayam itu disembelih mengikut syarak. Tetapi pada hakikatnya, sijil itu tidak boleh digunakan untuk meyakinkan pengguna. “Kalau mereka ada kad tauliah, itu baru betul-betul kita boleh yakin dengan mereka,” katanya. Menurutnya, pihak Paid, Pejabat Veterinar dan Majlis Daerah Bera (MDB) diharap dapat bekerjasama mengatasi masalah ini. "Pihak berkenaan perlu melaksanakan pemantauan lebih kerap terutamanya bagi memastikan pengguna Muslim dapat menikmati bahan makanan yang halal," katanya. Tidak tahu perlu kad tauliah Sementara itu, seorang pekerja, Ramli Rahmat, 61 yang berpengalaman lebih 10 tahun bekerja di pasar borong ini mengakui tugas penyembelihan dilakukan sepenuhnya sewaktu dia bekerja. Katanya, sekiranya dia bercuti, berehat atau solat, tugas itu diambil alih oleh orang lain tetapi tidak pasti siapa yang bertanggungjawab. “Saya hanya memiliki sijil penyertaan kursus sahaja. Tidak tahu pula kena ada kad tauliah jika nak buat kerja penyembelihan. “Lagipun, tiada siapa yang memaklumkan perkara ini kepada saya. Bagi saya, ini adalah rezeki yang saya peroleh untuk keluarga. “Tetapi saya yakin dengan apa yang saya buat adalah mengikut syarat ditetapkan,” katanya. Sementara itu, seorang pekerja warga asing yang ditemui berkata, dia baru sahaja bekerja di pasar borong sejak enam bulan lalu. Menurutnya, sebagai seorang Muslim, pengusaha memintanya melakukan kerja itu walaupun tidak memiliki kad tauliah. “Saya memang tahu syarat penyembelihan, tetapi saya tidak tahu pula bila bekerja di sini memerlukan kad yang diiktiraf,” katanya.- Sinar P/S: Isu nie sudah lama berlalu, pemantauan oleh pihak berkuasa sekadar lepas batuk di tangga, kenapa perkara ini berlaku. Ini jawapannya, kebanyakan pengeluar ayam di Malaysia ini adalah kamu Cina dan kebanyakannya bukan Islam dan pengeluaran ayam sehari melebihi permintaan dan proses untuk menyembelih mengikut syariat bagi mereka begitu lambat dan merugikan masa. Aku pernah tengok lah ayam tu disembelih oleh pekerja Indonesia yang tidak tahu identiti agama dan belum sempat ayam tu mati dah masuk ke dalam mesin untuk membersihkan bulu. Pendek kata mampusnya ayam tu bukan sebab di sembelih tetapi kerana di pusing di dalam mesin..Tu laa Dunia Akhir Zaman

Seorang remaja Swiss melecur di bahagian peha apabila telefon pintar beliau Samsung Galaxy S3 meletup di dalam poket. Fanny Schlatter,18, cedera apabila Samsung Galaxy S3 dikatakan meletup di dalam poket seluarnya. Dia mendakwa akan membuat aduan terhadap Samsung. Fanny Schlatter berkata “Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan – seperti mercun. ‘Kemudian saya perasan bau kimia pelik dan seluar kerja saya mula terbakar.’ Dia bergegas ke bilik mandi yang terdekat sebelum memandu ke hospital. Cik Schlatter menjelaskan: ”Nasib baik rambut saya telah diikat dan mempunyai sweater yang sukar terbakar”. Beliau kini merancang untuk memfailkan aduan undang-undang terhadap pembuat telefon Korea.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Samsung memberitahu ‘Apabila kami dapat produk tersebut, Pihak kami akan menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh untuk menentukan punca sebenar kejadian ini. “Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami bahawa kami sentiasa bekerja mengawal kualiti yang ketat dan standard keselamatan untuk memastikan kemudahan dan keselamatan pengguna. Ini bukan kali pertama bateri telefon telah meletup. Di tempat lain, bateri telefon secara spontan terbakar dalam poket belakang seorang lelaki dalam sidang DEFCON hacking di Amerika Syarikat pada tahun 2010, dan pada tahun 2009, seorang lelaki terbunuh apabila telefon beliau meletup sehingga terputus arteri lehernya. Bulan lalu, satu kebakaran di sebuah rumah Peterborough dianggap berpunca dari letupan sebuah bateri dari telefon bimbit.

Yang DiPertuan Agong serta Permaisuri sering kali akan mencemar duli pada setiap Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa. Baginda berdua akan menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan peserta yang bertanding. Mengikut protokol majlis, setiap peserta perlu tunduk sebagai tanda hormat kepada Duli Tuanku. Pada Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke 54 (2013), berlaku satu kejadian yang mencuit hati dan berjaya dirakam. Ia adalah apabila salah seorang qariah dari Senegal hampir terjatuh ketika mengambil hadiah. Kejadian tersebut terjadi ketika qariah itu tunduk hormat dihadapan Permaisuri Agong sehingga sukar untuk mengawal keseimbangan badan. Secara spontan, Permaisuri Agong telah berenjak ke hadapan dan menjerit akibat kejadian itu. satu sifat yang jarang sekali kiat dapat lihat dalam Permaisuri Agong yang kerap tenang dalam apa jua keadaan. Melihat kepada kejadian itu, pastinya ramai yang tidak mampu menahan hilai tawa tatkala melihat qariah itu terundur ke belakang. Bagaimanapun, syabas kepada qariah tersebut yang telah berjaya mewakili negaranya dalam pertandingan tersebut.

Selebriti Tanpa Segan Silu Minum Di Khalayak Ramai
Ramadan pertama yang lalu sahaja kita sudah didatangi dengan cerita yang tak baik atau negatif apabila munculnya laporan sebuah akhbar yang menyiarkan mengenai penangkapan seorang selebriti wanita yang sedang minum sambil leka bermain mahjung di sebuah pusat snuker. Apa lah nak jadi kan? Puasa pertama dah buat hal plak? Murai Batu sempat juga lihat foto yang disebarkan itu, daripada foto berkenaan, ramai yang membuat andaian selebriti wanita yang diambil gambarnya dari belakang itu adalah Lana Nordin. Tetapi hari ini sebuah akhbar telah menyiarkan kenyataan daripada pelakon yang seksi itu dan mengesahkan wanita itu bukan dirinya. Macam-macamlahkan? Tapi, ada satu lagi cerita mengenai artis tidak berpuasa datang kepada Murai Batu semalam. Dengarnya ada seorang selebriti ini tanpa segan silu mengambil dan meneguk sejenis minuman berkabornat yang dihidangkan oleh waiter di sebuah majlis. Dengar ramai jugalah yang katanya ternampak dengan gelagat selebriti ini meneguk air. Murai Batu tak tahulah apa alasan selebriti itu tidak berpuasa di bulan Ramadan ini tetapi Murai Batu rasa tak eloklah buat begitu. Jika benar pun selebriti itu ada alasan yang kukuh untuk tidak berpuasa, tak perlu rasanya menunjuk yang dia tak puasa. Entahlah, Murai Batu pun tak faham. Apa-apa pun Murai Batu harap selebriti itu sedar yang tindakannya itu agak kurang manis dan seolah-olah tidak menghormati golongan Muslim yang berpuasa di sekelilingnya. Jadi, Murai Batu kat sini nak ingatkan pada korang semua terutama pada wanita-wanita yang tidak boleh berpuasa iaitu korang datang bulan ker atau sebagainya, harap janganlah minum dan makan di khalayak ramai. Korang makan dan minum di rumah sampai kenyang dulu baru keluar ya? Hehehe... Selamat Berpuasa!

Bukan sahaja mulut disumbat dengan telur mentah, seorang wanita hamil sembilan bulan dipaksa menjilat air kencing dalam kejadian samun di rumahnya di Jalan Lintang di Sungai Siput, awal pagi semalam. Lebih malang, wanita yang hanya menunggu hari untuk bersalin itu turut ditendang tanpa peri kemanusiaan. Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, M Yugeswari, 22, tinggal bersendirian di rumah selepas suaminya keluar ke sebuah stesen minyak manakala ibu bapa mertua ke kandang lembu bagi menjaga ternakan. Menurutnya, secara tiba-tiba tiga lelaki bertopeng meluru masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang tanpa sempat dia berbuat apa-apa. “Salah seorang lelaki berkenaan memegang dan menyuruh saya diam manakala dua lagi menggeledah rumah,” katanya ketika ditemui semalam. Kata Yugeswari, tidak tahan dengan bau badan tiga lelaki berkenaan, menyebabkan dia termuntah.

Tambahnya, akibat berang dengan tindakannya itu, salah seorang lelaki berkenaan menyumbat telur dalam mulutnya yang diambil dari peti sejuk. “Selepas itu, salah seorang daripada lelaki tersebut kencing di atas lantai dan memaksa saya menjilat air berkenaan, tetapi saya enggan berbuat demikian. “Marah dengan tindakan itu, penyamun tersebut terus menendang saya, namun bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan,” katanya. Yugeswari berkata, dalam kejadian itu tiga lelaki berkenaan melarikan wang hasil jualan lembu berjumlah RM5,000 dan juga barang kemas.

Penyanyi Hafiz Hamidun benar-benar kecewa kerana terpaksa melupakan hasrat untuk meminang kekasihnya dari Indonesia apabila wanita tersebut sudah pun berkahwin pada April lalu. Hafiz, 29, berkata, sepatutnya dia dan keluarga telah merancang untuk menunaikan umrah di Mekah dan pada masa sama berjumpa dengan keluarga wanita berkenaan yang menetap di negara Arabitu situ pada Mac lalu. Bagaimanapun sebelum bertolak, Hafiz diberitahu kekasihnya itu sudah dipinang orang. “Kami sudah hampir setahun berhubungan. Tetapi nak buat macam mana, tak ada jodoh. “Tak sangka, ketika saya dan keluarga hendak ke Mekah, bekas kekasih memberitahu melalui SMS (khidmat pesanan ringkas) dia akan bertunang dan berkahwin dengan orang lain. “Saya kecewa, tetapi akur bahawa dia bukan jodoh saya. Bapa wanita itu memberi alasan yang dia ingin mengahwinkan anaknya dengan lelaki sebangsa dan pada masa sama menetap di Mekah,” katanya. Hafiz ditemui pada pelancaran iklan raya filem pendek Mamee di Restoran Rebung pada Khamis lalu. Bagaimanapun katanya, baru-baru ini, dia telah diperkenalkan dengan seorang wanita ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya dan terus melamar wanita itu. “Benar, saya melamar dia masa itu juga selepas terpaku melihatnya. Dia pun terkejut dan menerima lamaran itu. “Tetapi kami memberi peluang mengenali diri masing-masing dalam tempoh masa beberapa bulan sebelum merancang untuk berkahwin pada awal tahun depan,”ujarnya.

Tahniah diucapkan buat pelakon Izreen Azminda yang selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, seorang bayi lelaki, seberat 3.3 kilogram pada jam 1.30 pagi tadi. Berita gembira itu telah disampaikan oleh suaminya, Muhamad Riza Baharudin menerusi akaun Instagram milik Izreen. Untuk makluman, pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan pada 30 Ogos tahun lalu di kampung halaman aktres itu di Sungai Petani, Kedah.

Jenazah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Isnin selamat disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Al-Azim, Bukit Palah, kira-kira jam 11.30 pagi tadi. Hadir memberi
penghormatan terakhir Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob; Ketua Menteri, Datuk Wira Idris Haron dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Othman Muhamad serta orang ramai.

Seorang nelayan terkejut selepas menemukan rangka manusia yang lengkap berpakaian terapung di pesisiran pantai Pulau Kendi di Balik Pulau hari ini. Kejadian berlaku pukul 11.37 pagi ketika nelayan berusia lingkungan 40-an itu dalam perjalanan pulang selepas selesai melabuh pukat di kawasan tersebut. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Hatta Md. Zin berkata, mayat itu dijumpai terapung dengan memakai baju T warna kuning dan seluar pendek. Menurutnya, identiti mangsa juga tidak dapat dikenal pasti berikutan tiada dokumen pengenalan diri pada rangka tersebut. “Kita juga tidak dapat menjangkakan tempoh kematiannya berikutan keadaan mayat yang sudah reput,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Operasi membawa rangka itu dilakukan oleh anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sehingga ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Batu Maung. Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut dan akan menunggu keputusan bedah siasat dari Hospital Pulau Pinang.

Seorang gadis dari Kanada cedera parah selepas diserang oleh singa ketika dia cuba mencium binatang berkenaan di Pusat Pemulihan Binatang Liar Moholoholo, di Afrika Selatan. Sebaik sahaja Lauren Fagen, 18, menunduk badan untuk mencium bulu binatang itu, dia telah ditarik ke dalam kandang oleh singa terbabit. Singa tersebut kemudiannya menggigit kaki gadis dari Montreal itu, sebelum seekor lagi singa turut menyerang Fagen. Namun Fagen bernasib baik kerana dia diselamatkan oleh sukarelawan yang lain selepas mereka mendengar jeritannya. Salah seorang sukarelawan dari Britain berjaya memukul singa tersebut dengan penyapu. Fagen telah mengembara ke wilayah Limpopo di Afrika Selatan untuk bekerja secara sukarela di pusat berkenaan yang dibuka pada 1991 dan menempatkan binatang liar. Tugas yang diberikan kepada Fagen adalah membersihkan kandang manakala mereka yang terlatih sahaja dibenarkan memberi makan kepada singa tersebut. “Saya boleh maut atau kaki terputus, namun saya bernasib baik kerana masih hidup dan selamat,’’ katanya. Menurut Fagen, sebelum serangan tersebut, singa itu sangat jinak. Namun gadis itu masih berpendapat bahawa binatang itu tidak berniat mencederakannya.

Seorang lelaki berbangsa Cina mati ditembak sewaktu sedang mengisi minyak kenderaanya awal pagi tadi. Kejadian dipercayai berlaku di Segamat, Johor
. Mangsa yang hanya dikenali sebagai Lim mati di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala akibat ditembak dari jarak dekat.

“Saya menderita dua bulan hingga terlantar di atas katil sampai mata bernanah dan mengeluarkan darah. Kemudian satu benjol sebesar telur ayam timbul di pipi kanan,” kata bekas peserta Mentor musim ketiga, Suriana Ab Wahab atau Keena ketika menceritakan pengalaman hitamnya dipercayai disantau tiga kali sepanjang tiga tahun bergelar artis. Penyanyi berusia 25 tahun itu menyatakan pertama kali dia terkena buatan orang dua minggu selepas program realiti TV itu berakhir menyebabkan berat badannya turun secara mendadak dan hilang selera makan. Keadaan kesihatan dirinya bertambah teruk selepas mengalami muntah-muntah, termasuk muntah jarum berkarat hingga terlantar di atas katil selama dua bulan. Enam bulan selepas itu, dia sekali lagi terkena santau yang turut mempunyai tanda perubahan diri seperti demam dan datang bulan berpanjangan. “Pernah masa itu ketika saya memandu kereta, fikiran melayang dan hampir terbabit dengan kemalangan. Selepas berubat dengan pakar perubatan Islam, saya sihat semula. “Namun, saya tidak sangka ia kembali berulang dua bulan lalu, tetapi kali ini saya tanpa sedar bercakap dalam bahasa Jawa. Ketika itu, badan saya begitu lemah dan sering keletihan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhK801l0EQW5GF3ShRkPoFPBi6wJnc2J5mZ8JFyNjTOq2m9NjTUzUlIxqqP7CRhcFenFZcc13DNSUDumanaXX1UoRBEEs4kfNRhv_PcYpO2AC0vyZHspY9qlKFuHevgT_FyoWkZbUadv0k/s320/gaduh.jpg

Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cedera di dada dan bahagian badan selain trauma selepas dibelasah sekumpulan gadis ‘samseng’ yang juga rakannya di sebuah sekolah menengah di Klang, baru-baru ini. Mangsa, Siti Nor Lela Muhammad Zambri, 17, tidak hadir ke sekolah dan membuat tiga laporan polis selepas dia sudah tidak tahan dipukul sekumpulan 10 pelajar perempuan sejak tiga minggu lalu. Dalam kejadian pertama jam 11 pagi tiga minggu lalu, Siti Nor Lela berada dalam kelas bersama rakan lain sementara menunggu kedatangan guru sebelum didatangi sekumpulan pelajar terbabit dan memukulnya tanpa sebab. “Tanpa bertanya apa-apa mereka menendang dan menumbuk saya berkali-kali di bahagian badan, tengkuk dan perut. Menurut Siti Nor Lela, selepas kejadian itu, dia mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan terpaksa memakai alat pendakap leher akibat cedera. “Saya tidak hadir ke sekolah selama empat hari kerana tengkuk sakit,” katanya yang membuat laporan kali ketiga di Balai Polis Pandamaran, semalam. Dalam kejadian kedua pada Isnin lalu, jam 1.15 tengah hari, Siti Nor Lela dan rakannya menunggu bas di hadapan sekolah sebelum didatangi lima pelajar perempuan dan bertanyakan namanya. Apabila dijawab, pelajar itu menyepak dan menumbuknya beberapa kali selain perutnya dipijak seorang daripada mereka. Katanya, akibat kejadian itu, tisu dadanya terkoyak selain sukar bernafas. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Muhammad Mat Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit

“Tolong carikan kaki saya, encik,” raung penunggang motosikal, P Ravindran, 51, kepada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) supaya mencari kaki kanannya yang terputus akibat bertembung sebuah kereta dinaiki tiga beranak di Jalan Lesung Batu-Machap Umbo, dekat Alor Gajah, kelmarin. Difahamkan, dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa menunggang motosikal Honda EX5 menghala bandar hilang kawalan lalu bertembung Proton Persona

.
Perlanggaran itu bukan saja menyebabkan mangsa yang berasal dari Karak, Pahang, putus kaki kanan, malah pahanya turut hancur selain patah kaki kiri. Dia turut tercampak kira-kira 10 meter. Anggota JPAM Alor Gajah, Mohd Jumat Rahim, 24, berkata, dia dan dua rakan setugas melalui jalan berkenaan ketika ke Hutan Perca. “Sejurus tiba di tempat kejadian, kami terkejut melihat seorang lelaki terbaring atas jalan dalam keadaan berlumuran darah sambil meraung meminta tolong.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog