13 Julai 2013

Posted by jinson on 13.7.13 No comments
Selebriti Tanpa Segan Silu Minum Di Khalayak Ramai
Ramadan pertama yang lalu sahaja kita sudah didatangi dengan cerita yang tak baik atau negatif apabila munculnya laporan sebuah akhbar yang menyiarkan mengenai penangkapan seorang selebriti wanita yang sedang minum sambil leka bermain mahjung di sebuah pusat snuker. Apa lah nak jadi kan? Puasa pertama dah buat hal plak? Murai Batu sempat juga lihat foto yang disebarkan itu, daripada foto berkenaan, ramai yang membuat andaian selebriti wanita yang diambil gambarnya dari belakang itu adalah Lana Nordin. Tetapi hari ini sebuah akhbar telah menyiarkan kenyataan daripada pelakon yang seksi itu dan mengesahkan wanita itu bukan dirinya. Macam-macamlahkan? Tapi, ada satu lagi cerita mengenai artis tidak berpuasa datang kepada Murai Batu semalam. Dengarnya ada seorang selebriti ini tanpa segan silu mengambil dan meneguk sejenis minuman berkabornat yang dihidangkan oleh waiter di sebuah majlis. Dengar ramai jugalah yang katanya ternampak dengan gelagat selebriti ini meneguk air. Murai Batu tak tahulah apa alasan selebriti itu tidak berpuasa di bulan Ramadan ini tetapi Murai Batu rasa tak eloklah buat begitu. Jika benar pun selebriti itu ada alasan yang kukuh untuk tidak berpuasa, tak perlu rasanya menunjuk yang dia tak puasa. Entahlah, Murai Batu pun tak faham. Apa-apa pun Murai Batu harap selebriti itu sedar yang tindakannya itu agak kurang manis dan seolah-olah tidak menghormati golongan Muslim yang berpuasa di sekelilingnya. Jadi, Murai Batu kat sini nak ingatkan pada korang semua terutama pada wanita-wanita yang tidak boleh berpuasa iaitu korang datang bulan ker atau sebagainya, harap janganlah minum dan makan di khalayak ramai. Korang makan dan minum di rumah sampai kenyang dulu baru keluar ya? Hehehe... Selamat Berpuasa!

Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog