13 Julai 2013

Posted by jinson on 13.7.13 No comments


Seorang nelayan terkejut selepas menemukan rangka manusia yang lengkap berpakaian terapung di pesisiran pantai Pulau Kendi di Balik Pulau hari ini. Kejadian berlaku pukul 11.37 pagi ketika nelayan berusia lingkungan 40-an itu dalam perjalanan pulang selepas selesai melabuh pukat di kawasan tersebut. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Hatta Md. Zin berkata, mayat itu dijumpai terapung dengan memakai baju T warna kuning dan seluar pendek. Menurutnya, identiti mangsa juga tidak dapat dikenal pasti berikutan tiada dokumen pengenalan diri pada rangka tersebut. “Kita juga tidak dapat menjangkakan tempoh kematiannya berikutan keadaan mayat yang sudah reput,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Operasi membawa rangka itu dilakukan oleh anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sehingga ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Batu Maung. Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut dan akan menunggu keputusan bedah siasat dari Hospital Pulau Pinang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog