Sharnaz Hhmad telah ada pengganti Shila Hamzah Selepas baru sahaja berpisah dengan Shila Hamzah 3 bulan yang lepas, kini Sharnaaz Ahmad kembali dengan gosip cintanya bersama seorang pelakon dari Singapura, Siti Elfaeza Mohmed Ehsan Ul Haq.

  Kesahihan percintaan mereka masih belum dapat dipastikan, namun tahniah jika gosip ini benar kerana kedua-dua mereka sama cantik sama padan. .


 ADE 5 ORANG LAIN KETIKA JAIS BUAT SERBUAN-SHAH JASZLE.

 Agak menarik membaca penerangan daripada Shah Jaszle kepada Utusan Malaysia mengenai kes khalwat yang berlaku ke atas dirinya baru-baru ini. Menurut Shah Jaszle, dia tidak berdua-duaan sebaliknya ada 5 orang lain ketika serbuan dilakukan oleh JAIS. Agak pelik untuk dikategorikan sebagai khalwat bukan?



Kata Shah Jaszle:- Apa yang boleh saya katakan bahawa saya sebenarnya telah diperangkap oleh seseorang untuk terlibat dengan kes khalwat. Lagipun, semasa kejadian, saya bukannya duduk berdua-duaan dalam rumah itu, sebaliknya terdapat lima orang lain ketika pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat serbuan


.Menurut Shah Jaszle lagi, bukan tunangnya iaitu Redzwani Puteri yang tampil untuk menjamin dirinya. Wani hanya mengetahui berita ini sekitar waktu tengah hari selepas dikeluarkan di media massa. Apa pun Abang Nara respek kepada kedua-dua belah keluarga Shah Jaszle dan tunangnya kerana tenang menghadapi dugaan ini. Selepas saya diikat jamin, terus perjumpaan keluarga diadakan melibatkan kedua-dua belah pihak keluarga. Setelah mendengar penjelasan yang diberikan, barulah mereka tahu perkara sebenar yang telah berlaku kepada saya. Malah, keluarga saya sebenarnya lebih faham dengan perangai saya yang sebenarnya tidak berapa gemar untuk bersosial. Diperangkap atau tidak, sama-samalah kita nantikan perbicaraan kes khalwat ini. Kalau kita berada di pihak yang benar, tiada apa yang perlu ditakutkan. Apa-apa pun, kalau Shah Jaszle dan tunangnya dapat mempercepatkan pernikahan memang lagi molek sebenarnya. Sememangnya tempoh pertunangan cabarannya agak hebat. Tak gitu?


SHARIFAH BSAKINAH TIDAK BOGEL-ANZALNA.
 Yang sememangnya tidak sedap mata memandang turut memalitkan lumpur kepada Anzalna. Ini kerana video tersebut di”upload” menggunakan akaun Keek Anzalna. Bagi Anzalna, nasib Sharifah Sakinah tidak baik kerana video itu menjadi panas di YouTube.

 

Berkata kepada MalaysiaDigest, Anzalna memberitahu yang perangai Sharifah Sakinah sememangnya gila-gila. Menerangkan kejadian tersebut, Anzalna berkata:- “Ya, memang dia guna akaun Keek saya. Kami tukar-tukar Keek. Sebenarnya ketika itu kami di set penggambaran drama ‘Orang Gaji IQ’. Masa tu tengah waktu berehat. Saya, Sakinah, Syazwan Zulkifli dan ramai lagi, kami semua memang berperangai giler-giler. Asal ada saja perkara yang kelakar sewaktu itu, kami akan Keek. Kami merapu-rapu jer sebab kepala masing-masing giler-giler. Kami hanya berseronok. Malangnya nasib Sakinah tak baik (gelak). Tak sangka ramai yang melahirkan tanggapan negatif terhadap video itu. Apa yang boleh saya katakan, Sakinah tak bogel. Dia tak buat perkara-perkara yang lucah. Ketika tu kami beramai-ramai dalam satu bilik. Hanya orang sekeliling kami saja yang tahu apa yang jadi. Memang Sakinah ada sebut perkataan-perkataan yang tidak elok di dengar, mungkin itu yang membuatkan masyarakat tak dapat terima benda sebegitu


Orang kata, artis ini memang standard gila-gila dan lucahnya lain macam sikit. Tinggi sikit daripada orang biasa. Bagi Abang Nara memang dah lucah dan tidak sesuai langsung video Sharifah Sakinah nie. Takkan nak tunggu bogel baru nak menyesal? Senang cerita, tak payahlah upload video-video mengarut nie. Buat sakit mata dan sakit hati je melihatnya. Tak gitu?


 Letakkan Kekasih Ke Tepi,

 Nasihat Ustaz Wan Akashah Kepada Afiq Muiz Sememangnya cinta boleh membutakan hati dan membuatkan hubungan kekeluargaan yang rapat menjadi renggang. Abang Nara suka mendengar kata-kata nasihat Ustaz Wan Akashah apabila diminta mengulas mengenai kontroversi yang sedang menghimpit Afiq Muiz dan ibunya. Sebelum ini Ustaz Wan Akashah pernah memberi pandangannya mengenai kontroversi pertunangan Fizz Fairuz. Untuk isu kali ini, Ustaz Wan meminta agar Afiq bertaubat dan memohon maaf kepada ibunya secepat mungkin. Kata Ustaz Wan:- Bertaubatlah pada Allah kerana di antara akibat dan bala yang Dia turunkan pada hambanya dengan segera apabila anak menderhaka kepada ibu dan ayah mereka. Dalam keadaan ini, hadis Nabi ada menyatakan bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapanya dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapanya. Biarpun ibu dan ayah itu jahat, anak wajib menghormati mereka yang membesarkannya sejak kecil lagi. Lebih baik Afiq tidak bertindak mengikut emosi dan perasaan, bertenang dan jumpa ibu serta bawa berbincang. Minta maaf kepada ibu atas segala dosa yang dilakukan itu

 

 Kata-kata nasihat Ustaz Wan Akashah bukan sahaja boleh diguna pakai oleh Afiq Muiz tetapi juga kepada kita yang masih mempunyai ayah dan ibu. Kadang-kadang kita sebagai manusia memang mudah terlupa betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Tambah Ustaz Wan lagi:- Ingat, kejayaan dia (Afiq) adalah datang daripada ibu bapa yang mendidiknya. Macam mana sekalipun, anak wajib menghormati ibu bapanya terutama ibu. Dalam hadis ada menyebut, antara amalan yang paling disukai Allah ialah sembahyang pada awal waktu dan berbuat baik pada ibu bapa. Walau apa pun kejutan yang dibuat ibu daripada segi kenyataan atau tingkah laku, kita mesti wajib hormat walaupun tidak suka. Sebagai anak mesti mengalah, bukannya kutuk. Dalam hal ini, letakkan kekasih di tepi. Kerana cinta kepada kekasih boleh membutakan hati antara kaca dan permata kerana cinta membuatkan kita tidak dapat melihat kebenaran dan jasa ibu dan bapa kita Semoga Afiq Muiz akan membaca kata-kata nasihat dan pedoman daripada Ustaz Wan Akashah ini. Letakkan ibu bapa sebagai keutamaan pertama dan ketepikanlah kekasih anda. Semoga kita juga turut mendapat sedikit pengajaran daripada apa yang sedang terjadi di antara Afiq dan ibunya. Afiq Muiz Dedah SMS Yang Diterima Daripada Ibunya

 Agak menyedihkan sebenarnya perkara yang sedang terjadi antara Afiq Muiz dan ibunya. Semalam Afiq telah keluar di Melodi dan bercakap mengenai kontroversi ini. Sayangnya Abang Nara tak sempat menonton kerana keluar pergi kenduri

.

Namun begitu, di dalam Pancaindera semalam, Afiq Muiz telah berkongsi 2 buah SMS yang telah dihantar oleh ibunya. Agak kasar juga bunyi SMS tersebut. Nama yang tertera di dalam SMS tersebut ialah “Mamy umie” dan SMSnya seperti di bawah:- SMS 1: Kau tunggu balasan allah, hari ni dia bagi kau senang, esok lusa kalau dia nak cacat kan kau atau apa saja, tiada yang dapat melarangnya, aku cuma nak ingatkan kau sebelum terlambat. SMS 2: Kau yang pilih jalan jahanam. Maka jahanam la kau. Mati kau mati dengan azab. Aku x akan ampun dosa kau. Abang Nara tergamam sebenarnya membaca SMS ibu Afiq ini. Kata-kat seorang ibu itu adalah doa. Walaupun amarah menguasai diri, kenalah berhati dengan kata-kata yang dikeluarkan. Ini soal masa depan anak sendiri. Kalau hidup Afiq memang jahanam betul-betul suatu hari nanti, anda juga
yang akan menyesal

.

Semoga Afiq dan ibunya akan dapat mencari jalan penyelesaian secepat mungkin. Buat masa ini, janganlah keluarkan sebarang kenyataan menerusi media. Lebih baik bertentang mata untuk menyelesaikan masalah anda. Apa pula pendapat anda?

 SAYA MAHU BERI PELUANG KEPADANYA BERI PENJELASAN,- TUNANG SHAH JASLE. Wow. Abang Nara respek dengan tahap ketenangan dan kematangan yang ditunjukkan oleh Redzwani Puteri (Wani), tunang Shah Jaszle. Walaupun tunangnya sudah disahkan JAIS ditangkap khalwat dengan wanita lain, Wani masih mahu mendengar penjelasan sebelum membuat apa-apa keputusan.

 

 Yang pasti, Wani melahirkan rasa tidak percayanya apabila diberitahu mengenai berita tersebut. Kata Wani kepada portal Murai:- Saya terkejut apabila diberitahu oleh seorang wartawan malam semalam mengenai Shah Jaszle yang ditangkap khalwat kerana saya sendiri tidak mengetahui apa-apa tentang berita itu. Rasa seperti tidak percaya pun ada kerana pada petang Rabu iaitu sebelum dia ditangkap khalwat, ayahnya ada menelefon saya bertanya khabar dan dia beritahu ketika itu Shah ada di rumah. Sebenarnya saya pun tak sempat lagi berjumpa apatah lagi bercakap dengannya. Cuma saya sempat telefon dia malam semalam ketika dia sedang tidur dan dia hanya beritahu berita itu tidak benar

.

 Menurut Wani, Shah Jaszle berjanji akan memberikan penjelasan selepas selesai menjalani penggambaran. Tambah Wani lagi:- Terus-terang saya masih boleh bertenang ketika mendengar berita itu dan tidak peduli dengan kata-kata banyak pihak daripada blog dan laman sosial sejak berita itu tersebar luas. Malah, saya mahu beri peluang kepadanya untuk beri penjelasan sebelum saya membuat apa-apa keputusan mengenai pertunangan kami. Shah pun kini sedang menjalani penggambaran dan dia berjanji untuk menjelaskan semuanya kepada saya kelak



 Shah Jaszle dan Redzwani Puteri telah bertunang pada 8 Disember 2012. Sebelum hubungan tersebut, Shah Jaszle pernah dilanda kontroversi bersama Miera Liyana dan Maria Farida. Apa pun Abang Nara tabik respek kepada Wani kerana masih “Keep Calm and Trust Her Fiance” di dalam keadaan ini. Anda memang awesome!!!


 Eina Azman Beri Tempoh Tujuh Hari Untuk Ibu Afiq Muiz Mohon Maaf

Dalam isu keluarga Afiq Muiz yang menghiasi kebanyakkan media hari ini, nama Eina Azman pasti tidak ketinggalan kerana beliau di’dakwa sebagai punca pergolakan antara Afiq Muiz & keluarganya. Pada sidang media bersama Afiq Muiz semalam, Eina Azman kesal yang namanya telah dikaitkan dalam konflik keluarga pelakon tersebut sehingga menjejaskan nama dan reputasi sebagai seorang artis. “Saya sangat marah dan apabila ibu Afiq tuduh saya kikis duit dia, sekali pun saya tidak pernah ambil duit dia sebab saya ada duit sendiri” “Saya harap dia tampil buat kenyataan bersihkan nama saya dan jika tidak saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap ibu & adik-adiknya” Untuk itu, Eina Azman memberikan tempoh seminggu kepada ibu Afiq Muiz untuk memohon maaf secara terbuka melalui media dan boleh menerima semula Afiq Muiz sebagai anaknya untuk tidak memanjangkan cerita.


 JAIS Sahkan Shah Jaszle Ditangkap Khalwat Written by AbangNara Setelah pelbagai spekulasi dikeluarkan mengenai identiti sebenar pelakon lelaki popular yang telah ditangkap khalwat semalam, JAIS telah mengesahkan bahawa Shah Jaszle ialah orangnya. Abang Nara pasti sudah ramai yang telah membuat tekaan dengan betul.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog