31 Mei 2013

Akibat mabuk, Jessica Yates, 22, telah terjatuh di bilik hotelnya. Namun apa yang lebih menyakitkan ialah, sebatang payung telah tertusuk di mukanya. Dalam keadaan separuh sedar, dia sebenarnya telah terjatuh ke atas payung yang terbuka menyebabkan salah satu dari bucu payung tersebut menusuk berdekatan hidungnya.

Besi tajam tersebut telah menikam di bahagian gusi. Ketika anggota paramedik tiba, keseluruhan payung itu masih tergantung pada muka Jessica. Dia dikejarkan ke dua hospital, pertama untuk memotong sebahagian besar payung tersebut dan kemudiannya untuk membuang besi sepanjang 6 inci yang masih terbenam. Jessica yang bekerja sebagai pengurus kedai kasut di Solihull, West Midlands, ditinggalkan kesan parut sepanjang setengah inci berdekatan hidungnya

.
31.5.13 Unknown

Seorang kanak-kanak yang dalam perjalanan untuk hari pertama persekolahannya ketika musim bunga ditimpa malang apabila punggungnya tertikam oleh basikal yang dinaiki. Ketika kejadian yang berlaku di wilayah Jiangsu, China, ini, kanak-kanak tersebut dipercayai sedang mengayuh basikal untuk menuju ke sekolah sebelum tempat duduknya patah dan terjatuh. Akibatnya dia tersungkur dan batang besi tersebut menikam punggungnya. Anggota bomba terpaksa dipanggil namun mereka gagal untuk menanggalkan basikal itu. Sebahagian besar bahagIan basikal terpaksa dipotong bagi membolehkan kanak-kanak tersebut dihantar ke hospital. Akhirnya doktor berjaya menanggalkannya dengan melakukan sedikit pembedahan. Masih tiada penjelasan bagaimana tempat duduk tersebut boleh patah dengan sebegitu teruk. Namun ianya dipercayai buatan China dan mungkin mempunyai kualiti yang terlalu rendah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog