12 Jun 2013

Sebelum ini, pihak media pernah mendapatkan kesahihan berita mengenai isu dirinya hamil. Namun ketika itu, dia merahsiakan tentang kehamilannya itu. Namun pada 28 Mei lalu, menerusi lama Instagram miliknya, dia sendiri berkongsi berita gembira tersebut dengan mengumumkannya yang dirinya sedang hamil 16 minggu. Menurut pengacara dan pelakon Yasmin Hani Richardson, 34, atau mesra dengan panggilan Hani, sebelum ini, ada sebab kenapa sebelum ini dia merahsiakan tentang kehamilannya. “Sebelum kandungan saya ini mencecah usia empat bulan, saya bimbang ia tidak kuat dan berlaku sesuatu di luar jangkaan. Namun setelah usia kandungan mencecah empat bulan, baru saya berasa yakin untuk mengumumkannya ke pada pihak luar tentang kehamilan saya ini.“Semua itu bukan semata-mata atas kehendak saya, malah ekoran nasihat daripada suami dan ibu saya sendiri. Saya berharap mereka di luar sana faham kenapa saya merahsiakan berita gembira ini,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo hari ini. Dijadualkan melahirkan anak sulungnya di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur pada 12 November depan, kata Hani, ikut perancangan dia mahu berpantang di rumah sendiri mengikut tradiis Melayu. Mengenai jantina anak, Hani tidak kisah bayi lelaki atau perempuan. Janji bayinya itu sihat dan dia juga suaminya, bekas anggota kumpulan Blackrose, Shahrin, tetap akan menyayangi anak mereka. Kata Hani, mengandung bukan menjadi penghalang untuk saya bergiat aktif bersama rakan-rakan. Bahkan dia tetap aktif dengan dengan projek seni terbaharunya, Celebrity Reel! Hani dan Shahrin mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2011. Majlis akad nikah dan persandingan mereka berlangsung di Duchess Place Jalan Ampang.
12.6.13 Unknown

Pakar perubatan di China telah dikejutkan dengan sepasang mata biru milik seorang kanak-kanak bernama Nong Youhui. Mata biru kanak-kanak ini mampu dilihat di dalam gelap dan memancarkan cahaya biru kehijauan seperti mana mata seekor kucing.

  Nong Youhui dikesan mempunyai mata yang unik ini ketika berusia baru 2 bulan. Bapanya kemudian membawa Youhui berjumpa dengan doktor, namun doktor mengatakan mata Youhui akan kembali menjadi hitam seiring usianya. Tetapi sehingga kini belum terlihat adanya sebarang perubahan. Ketika diuji oleh pakar perubatan, terbukti mata Youhui juga mampu melihat secara sempurna di tempat yang gelap. Tetapi hal ini sekaligus memberinya penglihatan yang sangat sensitif ketika hari terang.

Seorang ibu berusia dalam lingkungan 30-an di Iyin Ekiti, Nigeria melahirkan seorang anak yang kelihatan seperti gambaran makhluk asing dalam filem, lapor sebuah akhbar. Ibu itu yang sudah mempunyai dua anak, hamil selama 13 bulan sebelum dia melahirkan anak istimewa tersebut di sebuah hospital di sini menerusi pembedahan pada pukul 2.15 petang pada Khamis lalu. Kelahiran bayi itu mencetuskan kekecohan di hospital berkenaan kerana beberapa pegawai perubatan membincangkan keganjilan bayi berkenaan. Akhbar Vanguard mendapat maklumat bahawa suami wanita tersebut bersetuju supaya pengebumian dilakukan terhadap bayi ganjil itu dengan segera. Satu sumber memberitahu akhbar tersebut bahawa bayi ganjil itu mempunyai dua mata yang membonjol dan beberapa helai rambut di dahinya. Bayi itu tidak mempunyai otak. Satu lagi sumber menyatakan bahawa bayi itu terlalu kecil semasa dilahirkan.

MUMBAI, 11 JUN 2013: Aktor Bollywood, Suraj Pancholi telah ditahan pihak polis berikutan kes bunuh diri yang melibatkan kekasihnya Jiah Khan yang juga seorang aktres Bollywood. Suraj yang merupakan anak kepada pelakon filem Yess Boss, Aditya Pancholi bersama Zarina Wahab dilaporkan sebagai orang terakhir yang berhubungan dengan aktres tersebut sebelum dia mengambil keputusan menamatkan riwayatnya dengan menggantung diri sendiri di kediamannya di Juhu. Penahanan Suraj Pancholi dibuat berdasarkan kepada penemuan 6 helai surat hasil tulisan tangan Jiah Khan sendiri yang telah diserahkan oleh ibunya Rabiya Khan kepada pihak polis. Dalam surat itu, Jiah Khan telah meluahkan kekecewaannya terhadap sikap Suraj yang gemar berpoya-poya serta langsung tidak memperdulikan hati dan perasaannya sebagai seorang teman wanita. Malah, Jiah juga memberitahu bahawa dia telah banyak berkorban untuk Suraj, namun lelaki itu masih tetap mempermainkan hatinya dan dia berasakan seperti dirinya tidak berguna. Jiah juga turut membuat pengakuan bahawa dia telah mengugurkan kandungan Suraj, malah dia juga telah diseksa serta didera oleh Suraj secara fizikal dan mental. Atas alasan itu, dia tidak berasakan bahawa tidak ada gunanya untuk dia meneruskan lagi hidupnya....

KL, 11 JUN 2013: Semua tahu akan populariti Hanis Zalikha yang kini semakin meningkat naik selepas membintangi filem Gangster Celop. Dia sebalik segala populariti yang diraihnya, blogger jelita ini pernah berkata yang dia tidak mahu terlalu mendedahkan kisah peribadi yang baginya tidak semua harus dikongsi bersama umum. Namun, apa kesnya bila dia dikaitkan dengan rapper baru yang semakin meningkat naik, iaitu W.A.R.I.S yang semakin popular dengan lagunya, Rembau Most Wanted. Khabarnya, kedua-dua mereka telah diundang untuk menjayakan program temubual sensasi iaitu MeleTOP secara LIVE malam ini di Astro Ria. Apa agaknya yang bakal dikorek oleh pasangan pengacara MeleTOP, Neelofa dan Nabil Ahmad terhadap kedua-dua bakat baru ini? Kalau ingin tahu, jangan lupa untuk menonton siaran langsung MeleTOP yang baka ke udara malam ini, Selasa, 10 malam di Astro Ria.

 KUALA LUMPUR, 11 JUN 2013: Tarikh Jumaat lalu iaitu 7 Jun 2013 nyata menjadi pilihan beberapa orang selebriti terkenal tanahair untuk mereka diijabkabulkan. Terbaru, selain penyampai radio Zahid dan aktor Beego, seorang lagi aktor yang mengikat tali pernikahan pada hari tersebut ialah pelakon Razali Hussain yang mengesahkan dia selamat bernikah dengan seorang wanita bernama Nik Nor Azlina, 29, pada Jumaat lalu di Masjid Az-Zubair Ibnu Awwam, Cheras. Menerusi laporan mStar Online, Razali, 37, berkata, dengan sekali lafaz, dia sah bergelar suami kepada seorang guru dengan mas kahwin berjumlah RM120 manakala wang hantaran pula sebanyak RM13,000. Majlis resepsi sebelah perempuan telah selamat berlangsung pada Sabtu lalu di Kompleks Sukan Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan manakala resepsi sebelah lelaki akan diadakan di Pulau Pinang selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Razali dalam kenyataannya kepada mStar berkata dia berharap agar mana-mana pihak yang tidak dijemput ke majlis pernikahan itu agar tidak berkecil hati memandangkan keluarga kedua-dua belah pihak inginkan sebuah majlis yang sederhana dengan kehadiran saudara-mara sahaja. Ditanya apakah perasaannya selepas bergelar suami, Razali berkata, dia bersyukur kerana akhirnya menemui jodoh pada usia yang agak lewat, namun dia gembira dipertemukan dengan seorang isteri yang cukup memahami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog