MISTERI ORANG MINYAK SERANG FELCRA.

 Gempar! Misteri Orang Minyak Serang Felcra | Pernah menonton filem Orang Minyak? Orang minyak ini sering digambarkan dengan bentuk tubuh badan seperti manusia dan fizikal luaran adalah berwarna kehitaman. Baru-baru ini, gempar dikatakan orang minyak telah menyerang kawasan Felcra di Changkat Lada. Ada saksi menyaksikan lembaga tersebut menjelma di beberapa buah tempat. Ekoran daripada kejadian itu, penduduk di sana diselubungi perasaan takut sehingga anggota RELA dan anggota polis difahamkan bekerjasama membuat rondaan setiap malam. CHANGKAT LADA – Sosok misteri didakwa orang minyak, ditambah bayangan jelmaan tertentu yang menyelubungi Felcra Changkat Lada sejak 10 hari lalu mengganggu ketenteraman penduduk. Penduduk, Shamidi Shaari, 44 memaklumkan, dia sudah tiga hari tidak pulang ke rumah sejak ia disinggahi orang minyak yang disedari anaknya bersama seorang rakan sewaktu pulang dari rondaan malam. Menurut Shamidi, anaknya berhenti di halaman rumah apabila terlihat lembaga hitam tergantung seperti buah nangka di batang pokok rambutan. “Tiga kali anak saya tegur benda tu dan ia terus lari ke kawasan hutan berhampiran. Sejak peristiwa itu, tiga kali orang minyak datang ke rumah saya sehingga saya terpaksa panggil bomoh untuk halau





. “Mulanya saya tak percaya, tapi bila dah alami sendiri termasuk jumpa tapak kaki kecil sebesar katak di tangga rumah dan almari solek, kehidupan kami sekeluarga mula tak tenteram,” cerita Shamidi. Berikutan peristiwa itu, Shamidi telah menghantar anak-anak serta isterinya pulang ke kampung mereka di Felda Besout. Menurut Shamidi, kepercayaan wujud jelmaan orang minyak diperkuatkan dengan kesan tompokan darah di cadar serta tilam selepas berlaku pergelutan antara bomoh dan lembaga yang didakwa orang minyak itu. “Saya dah basuh cadar tu, tapi kesannya masih ada. Sampai sekarang saya tak boleh masuk rumah sebab fobia. Saya sendiri tak tahu apa motif lembaga jelmaan itu muncul di kawasan ini dan ganggu kehidupan kami. “Saya alu-alukan bantuan daripada sesiapa yang mahir dalam pengubatan mistik untuk kembalikan ketenteraman kawasan,” katanya


.Nampak bayang hitam Hanya mahu dikenali sebagai Su, 26, penduduk Felcra Changkat Lada ini mengaku pernah melihat lembaga hitam berbadan besar mencangkung di hadapan rumahnya, Ahad lalu. Menceritakan kejadian, Su berkata, pada mulanya dia mendengar bunyi kocakan air dalam longkang di hadapan rumahnya dan membuka tingkap untuk melihat keadaan. “Saya terkejut bila tengok lembaga hitam mencangkung seperti baru naik dari longkang. Kerana terlalu takut, saya lari ke dalam bilik dan telefon suami supaya pulang segera. “Saya bimbang lembaga hitam itu masuk rumah sebab hanya saya, mak dan anak-anak dalam rumah malam itu. Lembaga itu lari ke tempat lain apabila beberapa remaja bermotosikal melalui kawasan rumah kami,” katanya. Rela jaga malam Anggota Rela, Hamdan Baharudin, 32 mengakui berita berkaitan jelmaan orang minyak sudah heboh sejak 10 hari lalu dan memaklumkan peristiwa itu bermula di kawasan penempatan Felcra Fasa Empat sebelum merebak ke rumah kakitangan Felcra, seterusnya ke penempatan di fasa tujuh. “Katanya hanya orang tertentu dapat lihat lembaga yang didakwa boleh menjelma dalam pelbagai bentuk termasuk kucing hitam dan katak. Ada yang kata ia boleh kelirukan pandangan kita supaya orang tak sedar kehadirannya. “Sejak ada jelmaan orang minyak, ketenteraman penduduk terganggu sehingga ada yang tak berani balik rumah. Anggota Rela kini buat rondaan dan berjaga pada waktu malam. Kami harap kes ini diselesaikan secepat mungkin,” katanya. Sementara itu, Ketua Platun Rela Changkat Lada, Laftenan (Rela) Shaharudin Hashim memaklumkan pasukannya telah mengambil inisiatif dengan melakukan rondaan dan berjaga malam secara bergilir-gilir. “Kami ambil inisiatif untuk terus mewujudkan suasana aman dan tenang. Polis turut buat rondaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. “Perkara ini agak mistik dan kita sendiri tak tahu kesahihannya. Namun langkah berjaga-jaga sentiasa diambil. Setakat ini belum ada kejadian pecah rumah, kehilangan barang atau penduduk tercedera dan kita tak mahu sebarang kemungkinan ini berlaku,” tegasnya. Polis terima satu laporan Ketua Polsi Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman memaklumkan satu laporan polis diterima 11 Mei lalu sejak berita berkaitan orang minyak heboh diperkatakan di Felcra Changkat Lada. Menurutnya, dalam laporan berkenaan, pengadu yang merupakan warga emas berusia 62 tahun mengatakan dia ditindih seorang lelaki bersenjata pisau pada jam 3 pagi dalam rumahnya di Felcra berkenaan, namun lelaki terbabit hilang apabila pengadu mengucap dua kalimah syahadah. “Kita sedang siasat perkara ini dan selepas kejadian itu, penduduk bersama Rela telah melakukan jagaan malam untuk memastikan keselamatan kawasan terbabit terjamin. Sehingga kini pelbagai cerita sampingan diterima tetapi tidak dapat disahkan kebenarannya,” katanya.
Add caption
AKIBAT BUNUH TIGA ULAR MUKA ADI BERUBAH MIRIP COBRA BOGOR, Jawa Barat – Seorang lelaki dari Kampung RT 04 RW 02 Desa Ciluar, Kecamatan Bogor Utara, Kota Bogor menderita penyakit misteri sejak dua bulan lalu setelah dia dipercayai membunuh tiga ekor ular berwarna hitam. Akibat penyakit itu, muka Adi, 30, yang bekerja sebagai buruh di kilang sagu di sini membengkak sehingga menutupi wajah lelaki itu manakala mulutnya tidak kelihatan. Melihat keadaan Adi, penduduk kampung menggelarnya sebagai Adi ‘Kobra’. Memburukkan lagi keadaan, Adi kini berbau busuk seperti bangkai dan turut dihinggapi ulat hingga keluarganya tidak membenarkan penduduk kampung melawatnya. Menurut isterinya yang tidak mahu dikenali kepada Liputan6.com, kejadian itu berlaku semasa suaminya bekerja pada syif malam dan menemukan tiga ekor ular. Setelah menemukan ular itu, Adi mengaku kepada rakannya bahawa dia menyiksa dan membunuh haiwan itu sehingga mati. Malah binatang itu dikerat-kerat dan dijadikan seperti sate sebelum dibakar. ”Di, jangan disiksa ular itu kerana ular itu juga punya perasaan,” kata temannya. Adi menjawab, “Ahh… saya tidak takut sama ular, syaitan ataupun jin. Beberapa minggu selepas kejadian itu, Adi mengadu kepada isterinya dia sakit gigi dan pipinya berwarna kemerah-merahan. Kata isterinya, pelbagai usaha dilakukan mereka termasuk ke hospital berdekatan namun doktor yang merawatnya mendakwa mereka tidak mampu merawat penyakit Adi. Hal ini kerana menurut doktor, penyakit Adi tergolong dalam sakit yang tiada ubat iaitu barah. Ekoran itu, pelbagai cara digunakan keluarga Adi termasuk secara alternatif dan tradisional namun mereka tidak sanggup merawat penyakitnya.
MISTERI GANGGUAN ROH DI RUMAH MONA FENDI (VIDEO) Gangguan Roh di Rumah Allahyarhamah Mona Fandey | Siapa yang tidak terkejut dengan pembunuhan kejam Allahyaham Dato Mazlan satu ketika dahulu di sebuah perkampungan di Raub, Pahang. Semasa kes sedang dibicarakan, terdapat beberapa misteri dan pelik telah dilaporkan berlaku, seperti ketika perbicaraan sedang berlangsung di mahkamah yang mana tiba-tiba semua yang ada didalamnya terdengar bunyi itik. Seringkali lokasi pembunuhan dan kubur Allahyarhamah Mona Fandey dijadikan lokasi untuk pemujaan nombor ekor oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, manakala tapak rumah yang pernah diduduki Allahyarham di Tanjung Lumpur, Kuantan, pula sering dikaitkan dengan beberapa kejadian misteri.

Menurut seorang wanita yang dikenali sebagai Ma berusia 50 tahun yang tinggal berhampiran tapak rumah itu mendakwa, selepas rumah diduduki Mona dirobohkan dan kenderaan berwarna hitam wanita itu dilupuskan penduduk kampung, pelbagai peristiwa aneh serta seram berlaku di sebatang pokok besar berhampiran rumah berkenaan. Tambahnya, terkejut dengan gangguan binatang yang dianggap misteri itu, anaknya berlari sekuat hati selepas kumpulan binatang liar berkenaan semakin agresif. “Saya memang tak percaya dengan semua itu, tapi selepas anak menjadi mangsa, baru saya sedar ada sesuatu yang tidak kena pada pokok besar berkenaan, menyebabkan kami sekeluarga berwaspada ketika melalui laluan itu. “Kini, semua kejadian pelik serta aneh berkurangan, namun pokok besar itu masih wujud di tepi jalan tetapi hanya tinggal ranting, manakala daunnya berubah menjadi kering,” katanya. Ditanya sama ada dia pernah melihat Mona secara bertentang mata, Ma berkata, hanya sekali dia melihat wanita itu dan ia berlaku secara kebetulan apabila Mona memberi itik peliharaannya makan pada tengah malam. Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Nor, 50, berkata, Mona sebenarnya hanya menumpang tinggal sementara di rumah berhampiran pokok besar itu selepas berpindah dari rumah sewa di belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Lumpur, selain berkawan rapat dengan anak lelaki tuan rumah dikenali sebagai Pak Awang Dodol. “Selepas Pak Awang Dodol meninggal dunia, Mona meninggalkan rumah berkenaan, termasuk membiarkan kereta berwarna hitam miliknya di depan rumah itu. “Memang benar pokok besar itu ada sedikit gangguan selepas pemergian Mona, tapi syukur Alhamdulillah gangguan itu tidak terjadi pada keluarga saya walaupun setiap hari melalui laluan berkenaan untuk ke jalan utama,” katanya. Sementara itu, tinjauan wartawan Metro Ahad ke lokasi rumah yang didakwa pernah disewa Mona di belakang SK Tanjung Lumpur mendapati ia telah dirobohkan penduduk kampung kerana menjadi sarang penagih dadah. Yang anehnya, walaupun rumah itu dirobohkan, sebatang pokok tanpa daun dibiarkan begitu saja dan difahamkan, ia pernah dijadikan tangga untuk naik ke rumah Mona. Saksikan juga bagaimana Eja dirasuk dirumah Mona Fendy


MENARIK! KOTA PURBA DITEMUI DALAM LAUT.      .  

 KAHERAH – Sebuah patung gergasi purba telah ditemui di laut Mediterranean yang membawa kepada penemuan kota legenda purba, Heraklion. Pada sedekad lalu, tiada siapa mengenali Heraklion yang dipercayai sebuah kota pelabuhan purba dengan kesahihan kewujudan kota tersebut dipertikai. Namun, akhbar Telegraph melaporkan, sekumpulan penyelidik menemui kota itu di dalam laut pada kedalaman 45.72 meter di Teluk Aboukir, Mesir. Antara artifak yang ditemui termasuk 64 buah kapal, patung batu setinggi 4.87 meter, 700 buah sauh dan sejumlah duit syiling emas. Pakar arkeologi laut dalam yang menemui kota purba berkenaan, Franck Goddio mendakwa, kota itu dipercayai wujud sekitar kurun kelapan sebelum masihi (SM). Menurutnya, usia Heraklion adalah lebih tua daripada kota purba terkenal, Iskandariah. "Kami mungkin perlu meneruskan kerja-kerja penyelidikan kajian untuk 200 tahun lagi sebelum rahsia kota ini dapat dibongkar sepenuhnya kata Goddio. – Reuters



 Sebenarnya Adolf Hitler Peluk Islam & Meninggal Di Indonesia?
Saya bawakan kajian menggemparkan ini beserta dengan gambar-gambarnya sekali bagi mengukuhkan bukti artikel ini, satu-satunya yang berbahasa Malaysia disekitar alam maya. Terbongkar juga akhirnya segala tipu daya Zionis dan Barat yang selama ini telah mencorakkan sejarah dunia dengan penipuan dan konspirasi. Daripada sekian banyak maklumat dan teori yang ada tentang kematian Adolf Hitler, tidak ada satu pun yang dapat menyatakan secara pasti apa penyebab kematian seorang pemerintah Nazi ini. Di manakah sebenarnya akhir dari petualangan kisah Hitler itu? Benarkah Hitler bersama isterinya Eva Braun bunuh diri selepas minum racun sianida? Lantas bagaimanakah hasil kajian pihak Amerika Syarikat ketika tengkorak Hitler dipamerkan pada tahun 2000 lalu, yang ternyata adalah tengkorak wanita? Di manakah sebenarnya Hitler selepas jatuhnya Berlin pada tangan Tentera Bersekutu? Beberapa Versi Tentang Kematiannya Versi yang paling popular menyatakan bahawa Hitler mati bunuh diri dengan cara menembak dirinya sendiri dan minum racun sianida pada 30 April 1945, ketika Jerman diduduki oleh Kesatuan Soviet. Meskipun sejumlah ahli sejarah ragu-ragu Hitler menembak dirinya sendiri, dan berpendapat bahawa fakta itu hanyalah propaganda Nazi untuk menjadikan Hitler sebagai pahlawan. Namun, lubang pada potongan tengkorak yang telah dijumpai tampak menguatkan lagi hujah tersebut ketika tengkorak itu dipamerkan di Moscow tahun 2000. Bagaimana dan bila Hitler meninggal sekarang ini masih diselimuti misteri. Dapat dijumpai penjelasan tentang punca dan bila Hitler mati dari beberapa versi. Ada kematian versi Jerman, versi Rusia, dan versi para pengkaji sejarah atau saintis. Versi Jerman, seperti yang diceritakan oleh Flegel, salah seorang jururawat Hitler dan pemimpin Nazi yang lain ketika di dalam bunker(kereta perisai). Versi Russia, yang dinyatakan oleh seorang pegawai tinggi Organisasi Keselamatan Rahsia Russia, KGB, yang mengatakan, bahawa Adolf Hitler mengakhiri hidupnya bukan dengan menembak dirinya sendiri, tetapi dengan meminum racun sianida. Seperti yang dinyatakan oleh Leftenan Jeneral Vasily Khristoforov, kakitangan arkib untuk Organisasi Keamanan FSB Rusia, “Unit Peubatan Tentera Kesatuan Soviet ketika itu telah memastikan bahawa Hitler dan Eva Braun mati selepas meminum racun sianida pada 30 April 1945.” Versi para saintis, yang terkini adalah mengikut pendapat umum dalam hal ini diwakili oleh para saintis. Sudah lama sebenarnya para saintis dan ahli sejarah menyatakan bahawa potongan tengkorak yang telah diambil dari luar bunker Hitler oleh tentera Rusia dan selama ini disimpan perisikan Soviet itu akan menjadi bukti yang meyakinkan bahawa Hitler menembak dirinya sendiri sehingga mati selepas meminum pil sianida pada 30 ApAkhirnya analisis DNA dilakukan terhadap potongan tengkorak itu oleh penyelidik dari Amerika Syarikat, dan mereka menyatakan, “Kami tahu tengkorak itu ada kaitan dengan seorang perempuan berusia antara 20 dan 40 tahun,” kata ahli arkelogi Nick Bellantoni dari Universiti Connecticut, AS, yang dipetik dari Dailymail. “Tulang itu kelihatan sangat nipis, tulang tengkorak lelaki cenderung lebih kuat. Dan persambungan di mana kepingan tengkorak itu menyambung nampak berkaitan dengan seseorang yang berusia kurang dari 40 tahun. Hitler pada April 1945 berusia 56 tahun. ” Dengan adanya hasil ujian DNA tersebut, bererti sejarah kematian Hitler menjadi sebuah misteri kembali, dan para ahli teori konspirasi terus memikirkan semula kemungkinan lain tentang kematian Hitler, seperti Hitler tidak mati di dalam bunker. Biografi Ringkas Adolf Hitler Mengenai masa kanak-kanak, remaja, sampailah menjadi seorang pemerintah, Hitler kecil adalah seorang kanak-kanak yang tidak diterima, ayahnya sangat membencinya dan menganggap sikapnya yang “anti-sosial” sebagai sebuah kecacatan. Ayahnya seorang yang keras dalam mendidik anak, sedangkan ibunya, Klara sangat baik kepadanya. Masa kecil yang diliputi dengan kebencian dari ayahnya inilah yang memberikan pengajaran dalam pembentukan mental dan kejiwaan Hitler ketika dewasa. Ketika hidupnya kucar-kacir, Perang Dunia 1 pun bermula. Tanpa ragu-ragu Hitler mendaftar menjadi tentera dengan pangkat Koperal, bertugas di medan perang di barisan paling hadapan. Kecewa dengan kekalahan Jerman di Perang Dunia 1, dan melihat negara dan rakyatnya yang sengsara dan kelaparan, Hitler mula menjadi Anggota Parti Buruh yang kemudian menjadi NSDAP (National Socialistische Deutsche Arbeiter Partei).
Surat keiizinan masuk Pada tahun 1920, Hitler dilantik menjadi Ketua Bahagian Propaganda, ketika inilah terserlahnya bakat Hitler berpidato. Satu tahun kemudian, 1921, Hitler menjadi ketua parti. Akhirnya pada tahun 1962, Hitler mendapatkan hak kuasa mutlak daripada partinya. Hitler dianggap sebagai seorang yang pandai berpidato, digelar “singa podium”, ahli pidato yang mampu memukau para pendengarnya. Hitler adalah ahli politik handal dan berjaya membina imej yang berjaya melalui propagandanya. Beliau berjaya membina idea serta pemikiran menjadi sebuah kekuatan dahsyat yang berjaya melalui propaganda. Beliau berjaya membina sebuah kekuatan dahsyat yang ditakuti. Beliau juga berjaya membangunkan idea sebagai fuhrer atau pemimpin yang boleh dipercayai rakyat, membawa bangsanya ke puncak kejayaan. Bukti-Bukti Hitler di Indonesia Bagaimanakah Hitler boleh sampai ke Indonesia? Bagaimana dia boleh bekerja menjadi seorang doktor di Hospital Umum Sumbawa Besar? Sehingga kepada pertemuan Hitler dengan seorang wanita sunda yang akhirnya menjadi isterinya? Juga tentang kesaksian Dr Sosro Husodo ketika bertemu dengan Hitler ketika di Sumbawa Besar. Dan semuanya telah dilengkapi dengan dokumen-dokumen lengkap serta foto-foto sedia ada.
Hitler yang terkenal, dengan kekejamannya di abad ke-20, rupa-rupanya telah bersembunyi di Indonesia sejak tahun 1954 sehingga tahun 1970, yang kemudian diketahui oleh Pakatan Bersekutu (AS, Kesatuan Soviet, Britain dan Perancis) yang seterusnya dihasut oleh Israel untuk terus memburu para tokoh Nazi. Pada tahun 1954, Adolf Hitler memasuki Indonesia dengan menggunakan nama palsu, Dr Poch. Pada awalnya, Dr Poch tinggal di Dompu kemudiannya berpindah ke Bima, seterusnya berpindah pula ke Pulau Sumbawa Besar, kemudian bekerja sebagai doktor di Hospital Umum Daerah Sumbawa Besar. Seluruh penduduk Pulau Sumbawa mengenali doktor ini, yang dipanggil dengan gelaran “Doktor Jerman”. Salah satu peninggalan Adolf Hitler yang meninggal pada tarikh 15 Januari 1970 di Surabaya, adalah buku nota kecil berwarna coklat bersaiz 9×16 cm dengan tebal 44 cm.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog