29 Jun 2013

                       kuburmisteri

ALOR SETAR – Penduduk di Kampung Sungai Baru, Gunung Keriang, dekat sini, gempar berikutan penemuan satu kubur misteri di kawasan Tanah Perkuburan Islam Masjid Hidayatul Solehin, Sungai Baru Gunung.
 Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, penggali kubur, Harun Abdullah, 62, menemui sebuah kubur mencurigakan ketika dia hendak menjalankan kerja menggali liang lahad. “Pada 18 Jun baru-baru ini ada orang meninggal dunia, jadi pakcik pergi ke tanah perkuburan seperti biasa untuk melakukan kerja yang diperlukan termasuklah mengenalpasti lokasi bersesuaian. 
 “Namun, ketika sedang mencari lokasi berkenaan, secara tiba-tiba pakcik melihat satu kubur yang tidak pernah ada sebelum ini, pelik dengan kemunculan secara tiba-tiba itu,” katanya. Harun berkata, kubur berkenaan kelihatan masih baru, malahan terdapat sejambak bunga yang hampir layu di atas kubur itu.
 Menurutnya, berdasarkan pengamatan dan pengalamannya menjaga tanah perkuburan itu selama 10 tahun ini, kedudukan kubur misteri berkenaan berada di kawasan asing, sedangkan jika sesiapa dikebumikan, dia mengetahui lokasinya.
 “Bimbang kewujudan kubur misteri terbabit mempunyai unsur mencurigakan, saya terus memaklumkan perkara ini kepada Imam masjid untuk tindakan selanjutnya,” katanya. Sementara itu, Imam Masjid Hidayatul Solehin, Hassan Ahmad, 83, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara terbabit kerana sedia maklum jika ada kematian pastinya dimaklumkan kepadanya. ”Jika berlakunya kematian di kampung kami, maka akan diadakan bacaan doa mahupun talkin. 
Namun, kali ini tanpa ada sebarang sembahyang jenazah ataupun doa, muncul kubur entah datang dari mana secara tiba-tiba. “Kemudian saya bersama sebahagian kariah masjid bergegas ke lokasi kubur misteri terbabit dan terkejut melihat sebuah kubur misteri berada di kawasan berkenaan malah langsung tidak menyangka penemuan itu,” katanya. Katanya, kubur bertulis nama Firdaus Alif Wong berkenaan menimbulkan tanda tanya kepada penduduk kerana bukan sahaja dipercayai tidak mengikut arah kiblat malah seakan-akan baru digali.

29.6.13 Unknown

KUANTAN : Hanya kerana lewat menghantar air suam dipesan, seorang pelayan sebuah kafe di Jalan Tun Ismail 2, di sini, kini bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), selepas ‘digusti’ seorang pelanggan yang naik angin, tengah malam kelmarin.
 Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa, warga Myanmar, Htong Haw, 29, ditumbuk bertubi-tubi dan kepalanya dihentak ke pasu pokok hiasan selepas dia menghantar air suam dipesan pelanggan terbabit.
 Malah, suspek lelaki berusia 30 tahun itu terus mengganas dengan menghenyak tubuh mangsa ke tangga, menariknya ke seberang jalan lalu bertindak seperti ahli gusti dengan mengepit kepala mangsa di celah kangkangnya sebelum menghempas mangsa ke atas jalan di tempat letak kereta.
 Selepas ‘menggusti’ mangsa sehingga lembik dan berlumuran darah, suspek melepak di premis berkenaan sebelum meninggalkan kawasan itu dua jam kemudian. Pemilik premis, Stanly Soon Suan Ning, 43, berkata, dia yang dihubungi seorang pekerjanya memaklumkan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian.

 holdbrooks

Terry Holdbrooks (29) adalah bekas pengawal penjara yang bertugas di kema tahanan “pengganas” di Guantanamo Bay. Semasa bertugas sebagai pengawal penjara tentera ini, beliau seorang athiest yang percaya kesemua agama di dunia ini adalah kejam dan jahat.
 Ini semuanya berubah selepas beliau bertugas di Gitmo. Terry bertugas selalunya pada shift malam. Kerana kebosanan beliau mula berbual dengan banduan yang ditangkap. Beliau sering berbual dengan seorang banduan bernama Ahmed Errachidi yang berasal dari Ethiopia.
 Perbualan tentang agama antara mereka berdua membawa kepada terbukanya hanti Terry untuk memeluk agama Islam pada tahun 2003. Beliau mengucap syahadah di hadapan beberapa orang banduan dan secara serta merta kehidupan beliau berubah.
 Terry mula kehilangan rakan dan dicemuh pengawal penjara yang lain. Beliau juga dituduh sebagai PEMBELOT kerana memeluk agama “ganas” Islam. Selepas berhenti berkhidmat kepada tentera beliau kembali semula ke Amerika Syarikat.
 Di Amerika beliau mula menjadi seorang pemabuk dan mengambil dadah. Ini adalah kerana beliau mahu melupakan apa yang beliau lihat sepanjang beliau bertugas di Gitmo. Menurut Terry lagi beliau melihat banduan diseksa dengan teruk sekali.
 Ada banduan yang dipaksa berdiri sambil tangan digari selama 8 jam berturut-turut sehingga terbuang air besar. Beliau melihat muka banduan dicalit dengan darah haid serta banduan bogel disimbah air di dalam bilik dengan penghawa dingin pada tahap maksimum.
 Kerana tidak mahu meneruskan hidup yang tidak tentu arah beliau berubah untuk menjadi seorang muslim sejati. Beliau berhenti meminum minuman keras dan mengambil dadah. Terry menulis sebuah buku bertajuk “TRAITOR” yang menceritakan pengalaman beliau bekerja sebagai pengawal penjara di Gitmo dan hijrah beliau menjadi seorang muslim.
 Kini beliau berusaha untuk memaksa Presiden Obama menutup kem tahanan Gitmo yang pada hemat beliau melanggar hak asasi manusia dan tidak langsung menepati ideal Amerika Syarikat yang mengutamakan kebebasan dan hak saksama antara manusia. 
Obama pernah berjanji pada tahun 2008 untuk menutup Gitmo jika memenangi pilihanraya presiden. Janji tidak ditepai kini masa menjawab kepada Terry. Apabila ditemuramah mengapa beliau memeluk Islam, Terry Holdbrooks berkata; “I had all the freedom in the world,But I was waking up unhappy while these men were in cages, smiling and praying five times a day.
 Anda boleh follow Terry Holdbrooks atau nama Islam beliau sekarang Mustafa Abdullah di Twitter di @TerryHoldbrooks.

Sepasang suami isteri tetap reda menerima ketentuan Ilahi apabila dikurniakan anak istimewa yang memiliki dua kepala. Menurut bapa bayi terbabit, Usman, pada peringkat awal dia memang terkejut dan panik apabila mengetahui keadaan fizikal anaknya itu tidak normal. “Saya tidak pernah mendapat sebarang firasat dan tidak menyangka keadaan ini berlaku. “Bagaimanapun saya dan isteri ikhlas menerima keadaan anak ini kerana ia adalah takdir Tuhan,” katanya. Anak lelaki Usman itu dilahirkan di Hospital Bersalin Duta Mulya di Majenang, Cilacap, Jawan Tengah kira-kira jam 9.30 malam pada Rabu lalu dengan berat 4.2 kilogram. Pengarah hospital, Tatang Mulyana berkata, bayi itu sihat dan dilahirkan melalui pembedahan. Kata Tatang, ia adalah anak kedua kepada pasangan Usman, 36, dan Munjiah, 27, yang menetap di Purwosari. Menurut Usman, dia berharap bayi itu selamat dan sihat. Pada masa sama, Usman mengakui dia bingung apabila memikirkan jika anaknya itu terpaksa dirawat lebih lama di hospital. “Rumah saya jauh dan tentu memerlukan perbelanjaan tinggi untuk berulang-alik,” katanya. Sementara itu, Tatang berkata, anak Usman tidak dianggap kembar siam kerana hanya memiliki dua kepala, sedangkan organ dalaman lain normal selain sepasang tangan dan kaki. “Dalam istilah perubatan, ia dikenali sebagai ‘dicephalus parapagus on joined twins’ atau kembar mulai dari leher hingga kepala. “Ia mungkin berlaku akibat perubatan genetik ketika janin berusia dua minggu,” katanya

Pakar perubatan di negara Chile bingung bagaimana seorang gadis, Yaritza Oliva, 20, boleh menangis dengan mengeluarkan air mata darah. Oliva mengalami kejadian itu mulai awal ini dan sejak itu dia sering mengeluarkan darah melalui matanya sebanyak beberapa kali sehari.
 Meskipun dia telah mendapatkan rawatan pakar, namun mereka gagal menemui sebarang bukti bahawa Oliva mengalami sebarang jangkitan. Sebaliknya dia hanya dibekalkan dengan ubat titis mata. Ibu bapa Oliva kini bertungkus lumus mengutip derma bagi membolehkan anak mereka mendapat bantuan pakar mata.
 Bapanya, Jose yang hanya bekerja sebagai tukang kayu berkata, jantungnya berdebar-debar setiap kali melihat anaknya menangis mengeluarkan darah. “Doktor menyatakan Yaritza berkemungkinan menghidap penyakit yang jarang ditemui iaitu haemolacria,’’ katanya.
 Setakat ini terdapat tiga kes melibatkan kejadian seumpama ini dengan symptom tersebut lebih hampir kepada tumor atau berpunca daripada peningkatan hormon yang tinggi dalam sistem peranakan wanita.

Selalunya apabila kanak-kanak diberi peluang untuk menyanyikan lagu, pastinya mereka akan menyanyikan lagu yang lebih bersifat santai.
Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga mula dilihat sebagai ikon industri hiburan di perintkat antarabangsa menerusi rancangan-rancagan realiti seperti America’s Got Talent.
Program seperti itu telah berjaya mencungkil bakat terpendam terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
Tetapi kali ini lain pula jadinya.
Pasangan adik beradik, Aaralyn, 6, dan abangnya, Izzy, 9 telah memukau perhatian penonton dengan lagu ciptaan mereka sendiri.
Dengan berani, Aaralyn telah menyanyikan lagu bertajuk ‘Zombie Skin’ yang bergenre ‘heavy metal’.
Bukan hanya penonton, malah para juri juga terkejut dengan persembahan luar biasa seorang gadis kecil yang mampu membawa lagu heavy metal itu.
Para juri mempersoal kewibawaan serta kebolehan Aaralyn untuk menyanyikan lagu bergenre heavy metal.
Uji bakat tersebut telah berjaya membawa mereka berdua ke peringkat seterusnya

Amy Search Dimasukkan Ke Institut Jantung Negara?

Terkejut juga Murai Batu bila ada rakan Murai Batu bertanyakan mengenai kesahihan penyanyi lagenda, Amy Search yang dikatakan telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), baru-baru ini.
 Yelah, bila Murai Batu dengar jer dia dimasukkan ke IJN tu maknanya seriuslah penyakitnya bukan? Sakit jantung ni bukan boleh dibuat main-main.
Tapi rupa-rupanya, bila Murai Batu siasat punya siasat Amy Search ke sana bukanlah sebab kerana diserang penyakit jantung. Sebaliknya, dia ke sana atas urusan untuk membuat check-up jantungnya.
 Lega sedikit bila dapat tahu begitu. Malah, Amy Search sendiri turut berkongsi gambar kertas X-Ray yang menunjukkan jantungnya sedang berada dalam keadaan baik dan sihat menerusi laman sosial media, Instagram. Selain bergambar dengan nurse yang cantik-cantik di IJN itu,
Amy turut berkongsi sekeping gambar dia bersama dengan seorang doktor yang dipercayai bertanggungjawab membuat pemeriksaan ke atas dirinya. Di dalam gambar itu, Amy memberitahu, dia kini bebas daripada penyakit jantung dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa.
 Berikut merupakan entri yang telah ditulis di dalam gambar Amy bersama doctor berkenaan: "This my Dr Shaiful Azmi Yahya at IJN. Dia cakap no medicine & u r free to jump around,".
 Baguslah kalau begitu, kami dari Murai memang mendoakan kesihatan yang baik buat Amy supaya dapat menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini tanpa dihinggap sebarang penyakit yang kronik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog