
SUNGAI PETANI: Seorang penternak lembu nyaris maut selepas ditembak ketika memandu lori yang sarat dengan muatan makanan lembu, di Sungai Division, Bukit Selambau.
Dalam kejadian 5 petang isnin itu, M. Yogeswaran, 30 tahun, cedera pada jari, terkena tembakan yang dilepas oleh suspek yang membonceng motosikal.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Khalil Arifin, mangsa berkemungkinan mengenali suspek. Khalil berkata pihaknya percaya kejadian tiada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap atau kes-kes tembakan yang dilaporkan berlaku sebelum ini.
Beliau berkata polis bagaimana pun masih mengumpul maklumat mengenai kejadian itu. Difahamkan dua suspek yang menunggang motosikal itu datang dari arah belakang lori yang dipandu mangsa, sebelum melepaskan tembakan ke arahnya.
Mangsa yang cedera, menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Sementara itu di kuantan, dua anggota kumpulan kongsi gelap geng 08 yang bergiat aktif di utara tanah air dan sepasang suami isteri adalah antara lima suspek pengedar dadah yang ditahan dalam ops cantas semalam.
Suspek berusia 20 hingga 30 tahun itu ditahan dalam operasi di kuantan dan temerloh. Hasil kedua-dua serbuan itu, polis merampas 9,261.6 gram dadah heroin yang dianggar bernilai lebih 200 ribu ringgit serta dua kereta yang digunakan suspek.
Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Abdul Ghani berkata dua anggota kumpulan kongsi gelap itu yang berstatus orang sekatan (PCO) bersabit kesalahan dadah bersama seorang rakan ditahan di tempat letak kereta sebuah pasar raya di tanah putih.
Dalam serbuan kira-kira 12 tengah hari itu, suspek yang menaiki dua kereta jenis Honda Accord dan Perodua Myvi cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis sehingga berlaku pergelutan sebelum polis berjaya menahan mereka.
Sharifuddin berkata ketiga-tiga suspek yang masing-masing bekerja sebagai juruteknik kilang, pemandu lori dan buruh berasal dari utara tanah air itu ditahan reman untuk siasatan lanjut. Beliau berkata hasil ujian ke atas ketiga-tiga mereka, seorang daripadanya didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Kegiatan pengedaran dadah yang didalangi dua anggota geng 08 itu dipercayai cuba menjadikan daerah ini sebagai lokasi baharu untuk mengedar bahan terlarang itu.
Sementara itu dalam operasi pada pukul 6 petang di Temerloh, polis menahan sepasang suami isteri berusia 21 dan 27 tahun serta merampas dadah heroin seberat 171.6 gram. Siasatan awal mendapati dadah terbabit dibawa dari utara tanah air untuk diedar kepada pengedar dan penagih di negeri ini.
KL,27 OGOS 2013: Mengenali lebih dekat gaya dan identiti yang dibawa oleh anak kepada penyanyi Rohana Jalil iaitu Khilafairy, Murai Batu menyifatkan gadis ini sebagai artis yang sering tampil dalam gaya seksi dan mengiurkan.
Dalam keterujaan Murai Batu menyambut Aidilfitri dengan mengunjungi rumah sanak-saudara di sekitar ibu kota, Murai Batu turut gembira untuk menantikan tanggal 31 Ogos ini yang jatuh pada hari Sabtu.
Huh, mesti korang semua nak tahu kenapakan?
KUALA LUMPUR, 27 OGOS 2013: Senarai barisan selebriti yang akan menyertai Super Spontan 2 (SS 2) telah pun diumumkan minggu lalu dan rata-rata peminat terkejut dengan penyertaan aktres Almy Nadia ke dalam program yang diketahui penuh dengan aksi lawak dan lucunya ini.
KL, 27 OGOS 2013: Sebenarnya Murai Batu merupakan follower setia penyanyi lagu Jangan Nakal, Alif Satar di laman sosial Instagram. Bukan apa, selain minat dengan lagu-lagu nyanyian Alif, Murai Batu juga suka nak ambik tahu perkembangan penyanyi muda ni.
Tapi Murai Batu perasan, baru-baru ini, Alif sering memuat naik gambarnya dengan seorang wanita Mat Salleh, namanya di Instagram adalah @laurenmitchell43. Memang cun lah minah salleh ni, tinggi lampai macam model.
Malah, agak mesra juga Alif yang popular dengan lagu Jangan Nakal itu dengan wanita ini yang Murai Batu perasan gambarnya diambil di Sydney, Australia. Malah ada juga gambar mereka berpelukan ketika berada di sana.
Menerusi gambar berpelukan dengan gadis itu, Alif telah menulis caption : Gadis gadis cun ni bawak Alif pusing Sydney @laurenmitchell42 @yasminjadekassim 31hb Ogos ni.. Saksikan '24 jam'... 9 malam di Astro Ria..
Bila Murai Batu baca sahaja caption Alif itu, baru Murai Batu ingat yang Murai Batu memang pernah dengar cerita mengenai sebuah program travel yang dikendalikan oleh Alif berjudul 24 Jam. Rupanya Alif berada di Sydney bersama gadis itu bertujuan untuk rakaman program terbarunya.
Wah untunglah Alif kerana dia bukan sahaja ke Sydney malah ke beberapa negara Eropah yang lain untuk rakaman program travelognya itu. Sambil berkerja, Murai Batu tengok Alif sempat merakamkan banyak gambarnya di sana yang kelihatan seperti bercuti sakan!
Baguslah begitu, Murai Batu lihat Alif bukan sahaja berjaya kembangkan bakatnya dalam bidang nyanyian dan lakonan tetapi juga dalam bidang pengacaraan seiring sejak dari dulu lagi.
KL, 27 OGOS 2013: Murai Batu memang tak syok lah kalau dengar pasal cerita cerai berai ni. Lebih-lebih lagi ia berkaitan artis.












