Sebabnya, Murai Batu ingin menyambut hari kemerdekaan di bandaraya bersejarah iaitu di Melaka. Lebih istimewa lagi, Murai Batu ingin menyambutnya dengan team ERA fm sempena ERAVAGANZA yang berkonsepkan fiesta muzik dan bola.
Dengar cerita, fiesta ini bukan saja menampilkan konsert yang melibatkan artis popular tanahair saja. Murai Batu diberitahu ia turut mengadakan satu perlawanan bola sepak yang melibatkan perlawanan antara pasukan ERA FC menentang Arena All-Stars.
Menurut sumber Murai Batu, pemain yang terlibat dalam pasukan ERA FC bukan calang-calang hebat orangnya. Selain penyampai ERA FM yang bermain iaitu Adi Fashla, Zahid, Aril, Ray dan Johan, antara artis yang ada dalam pasukan ini adalah Firman, Nomad, W.A.R.I.S, Shae, Soo Winci, Black dan Fiq.
Paling kelas lagi, pasukan ERA FC telah mengundang jurulatih bola sepak negara iaitu Ong Kim Swee untuk melatih mereka bermain. Tambah syok, empat pemain Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee juga bakal menyertai ERA FC.
Pun begitu, nama pemain tersebut masih dirahsiakan lagi. Mungkin ini disebabkan strategi Era FC untuk membuat kejutan kepada pemain Arena All-Stars yang terdiri daripada otai-otai dalam bidang bola sepak. Kalau korang semua nak tahu, pemain otai yang berada dalam pasukan Arena All-Stars ialah Santok Singh, Soh Chin Aun dan Azman Adnan.
Yang pasti, Murai Batu akan terpacak tepat jam 3 petang di Stadium Hang Jebat pada 31 Ogos. Jadi, apa kata korang semua datang beramai-ramai untuk menyaksikan perlawanan bola sepak ini. Mesti seronok dan gamat.
0 ulasan:
Catat Ulasan