Baik dari segi gaya bibirnya serta aksinya berinteraksi depan kamera, pasti ianya dicop seksi dan menggoda. Malah, Murai Batu percaya Khilafairy lebih popular di mata lelaki berbanding wanita.
Tak gitukan bang? Selain dikenali sebagai pelakon, Khilafairy juga dikatakan seorang penyanyi yang bagus. Lebih-lebih lagi dalam menyanyikan lagu-lagu Hindustan.
Mungkin ikut jejak mak dialah kan? Bagaimanapun, ada segelintir pihak yang dikatakan kurang senang dengan Khilafairy, malah mengatakan bahawa Khilafairy tidak boleh menyanyi dengan baik lagu selain daripada lagu Hindi.
Senang cerita, kalau dia bawa lagu Melayu mesti hancusslah kononnya. Ish, Sampai macam tu sekali ya dakwaan orang. Bagi membuktikan tuduhan itu tidak berasas, Murai Batu mendapat tahu rapper tempatan yang mula dikenali selepas beraksi dengan Black menerusi lagu Teman Pengganti pada Anugerah Juara Lagu telah pun bergandingan dengan Khilafairy untuk menepis dakwaan tersebut.
Dengarnya mereka berdua sudah pun merakamkan lagu baru tersebut dan baru saja tamat pengambaran muzik video (MV) untuk lagu baru berkenaan.
Tiba-tiba terfikir, RJ ni ada apa-apa ke dengan Khilafairy? Yang penting, menurut sumber terdekat Murai Batu, dalam MV lagu yang belum diketahui judulnya itu, Khilafairy khabarnya telah menari dalam gaya ghairah bersama RJ. Wow, biar betul?
Namun, aksi tersebut tidaklah sampai mencecah ke arah lucah. Sebaliknya, ia dikhabarkan lebih kepada gaya natural Khilafairy yang suka sangat jadi seksi. Manakala, RJ pula telah menampilkan gaya tarian lelaki kasanova yang dahagakan kasih wanita cantik.
Gerun sungguh Murai Batu dengar cerita sumber ini. Apapun, Murai Batu nak tengoklah nanti sama ada dakwaan ini betul atau tidak. Tapi, kalau mengikut penilaian Murai Batu yang pernah lihat persembahan live dari Khilafairy, dia memang superb seksi.
0 ulasan:
Catat Ulasan