19 Jun 2013

KL, 19 JUN 2013: Murai Batu percaya ramai yang sudah maklum bahawa hubungan di antara produser filem penuh kontroversi iaitu Raja Azmi Raja Sulaiman dengan pemuzik muda bernama Hafiz sepertimana yang pernah diuar-uarkan dulu, tidak menjadi atas sebab-sebab yang tertentu. Namun, sebaik saja putus hubungan dengan Hafiz, Raja Azmi nampaknya telah pun menemui pengganti baru yang juga seorang pemain bass. Menariknya, si pemain bass yang bernama Eddie ini usianya bakal memasuki 45 tahun pada tanggal 4 Julai ini. Manakala, Raja Azmi pula bakal mencecah usia 54 tahun pada tanggal 27 Jun. Eh! Terbalik pulak usia diaorangkan? Tapi, sekurang-kurangnya, jarak usia diaorang takdelah jauh beza sangat iaitu 9 tahun saja. Kalau Raja Azmi berstatus janda 3 anak dengan 2 cucu selepas genap setahun bercerai dengan suaminya, Jailani Sidek pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke53 pada tahun lalu, Eddie pula merupakan duda anak dua selepas kematian isterinya. Dan, Eddie pula bukanlah seorang pemuzik biasa. Maksud Murai Batu, sebelum ini, dia pernah menganggotai kumpulan CRK yang pernah hits dengan lagu Cinta dan Airmata waktu zaman mengecapi zaman kegemilangan mereka pada awal 90-an dulu. Korang ingat tak? Alah...mana-mana yang suka dengar radio Sinar atau suka nyanyi lagu-lagu rock kapak dekat pusat-pusat karaoke, mesti kenallah dengan kumpulan CRK ini. Selain Eddie, CRK turut dianggotai oleh Kamal selaku vokalis, Syam yang pernah menyertai kumpulan Wings (gitaris), Shamrani (keyboardist) dan Ujang (drummer). Manakala lagu mereka lain yang turut diingati adalah Anugerah, Kita Yang Bernama Manusia serta Kiasan Cinta. Untuk makluman semua, hubungan cinta yang terjalin di antara mereka sudah masuk 5 bulan tetapi masing-masing lebih suka merahsiakannya kerana mahu mengenali hati budi masing-masing. Tapi, kini keluarga masing-masing sudah pun tahu tentang hubungan mereka. Begitu juga dengan anak-anak mereka. Malah, baik Raja Azmi mahu pun Eddie sudah pun memperkenalkan anak-anak masing-masing di antara satu sama lain. Selebihnya, korang tunggulah cerita selanjutnya di Murai esok ya! MURAIBATU: Mendoakan agar editor Murai, Ajieb yang sedang menjalani pengajian di akademi K-Pop di Seoul Korea berada di dalam keadaan yang sihat sejahtera di sana.
19.6.13 Unknown

KUALA LUMPUR, 19 JUN 2013: Gadis yang ditangkap berkhalwat dengan Shah Jaszle yang hanya ingin dikenali sebagai Farah, 21, memberitahu dia mempunyai segala bukti yang menunjukkan bahawa mereka memang sedang menjalinkan cinta. Tegas Farah, dia bersedia untuk mendedahkan bukti-bukti tersebut melalui beberapa orang saksi yang mengetahui tentang hubungan cinta mereka. Malah, dia juga masih menyimpan semua rekod perbualan mereka menerusi Black Berry Messenger (BBM) untuk membuktikan tentang hal tersebut. Bukan setakat itu saja, Farah juga bersedia untuk membawa semua saksi dan bukti itu kepada pihak media sekiranya Shah Jazle tidak berkata benar tentang isu khalwat yang turut melibatkannya dirinya itu demi untuk menutupi kecurangannya dengan tunangnya Redzwani Puteri. Jelas Farah lagi, dia tidak mampu berdiam diri selepas Shah Jaszle mengeluarkan kenyataan bahawa dia adalah seorang perempuan aneh dan psiko. "Kenyataannya itu sangat melampau," katanya menerusi laporan Harian Metro hari ini. Farah turut menyifatkan bahawa kenyataan Shah Jazsle itu adalah satu penipuan dan permainan murah daripada seorang lelaki yang ingin lari daripada masalah. Padahal, Shah Jaszle yang ingin mendekatinya dengan alasan bahawa dia tidak bahagia dengan tunangnya kerana ianya diaturkan pihak keluarga. Selama menjalinkan hubungan cinta selama sebulan, Farah memberitahu, Shah Jaszle sering menghabiskan masa bersama dengannya. Malah, Shah Jaszle turut berjanji untuk meninggal tunangnya itu demi bersamanya.

Secara jujur, Abang Nara tak tahu siapakah artis wanita yang menjadi perosak rumah tangga Noniswara. Kesian pulak Abang Nara kepada Noniswara ini. Sampai bercerai berai dibuatnya. Namun begitu, Abang Nara respek Noniswara kerana mengambil inisiatif untuk bertemu rakan artis tersebut.

Kata Noniswara kepada Mstar Online:- Sebelum bertemu dengan wanita berkenaan saya ada bercakap dan berbalas SMS dengannya bagi membincangkan perkara yang melanda dalam rumah tangga saya sehingga ia membawa kepada kehancuran. Bagaimanapun dia tidak mengakui perbuatan dan kesilapan yang telah dilakukan. Rasa-rasanya tidak perlu saya sebut siapa wanita berkenaan kerana rasanya semua orang sudah tahu. Tidak perlu saya memburukkan keadaan sekarang

Inilah yang dinamakan kawan makan kawan. Sebab itu kita kena pastikan suami/isteri kita tidak terlalu mesra dengan orang lain. Manusia macam-macam ragam. Lebih-lebih lagi kalau suami/isteri anda kacak dan kaya macam suami Noniswara. Semoga kisah Noniswara ini menjadi pengajaran buat kita semua.

Kalau hal rumahtangga sudah dibawa masuk ke mahkamah, maka akan keluarlah segala cerita yang disorok selama ini. Semalam ketika perbicaraan kes cerainya, Noniswara mendakwa pernah ditolak suaminya di atas permukaan jalan raya ketika memujuk suaminya pulang ke rumah

.Laporan polis mengenai kejadian itu telah pun dilakukan. Malah menurut Noniswara lagi, suaminya kini tidak lagi memberi nafkah kepada dirinya. Kata Noniswara:- Dia tidak lagi bagi nafkah kepada saya. Dia hanya bayar sewa rumah saja itupun hanya beberapa bulan. Awal tahun ini defendan tidak bayar sewa rumah. Saya baru pindah rumah tanpa pengetahuan dia kerana saya tak sanggup bayar Rm8,000 sebulan.

Noniswara dan suaminya, Datuk Rosman Ridzwan telah berkahwin pada 31 Julai 2009. Dikatakan punca perpisahan mereka kerana kewujudan orang ketiga yang dikenali oleh Noniswara sendiri. Sama-samalah kita nantikan keputusan mahkamah kelak atas kes ini.

KUALA LUMPUR, 18 JUN 2013: Sejak Yasmin Hani mengumumkan tentang kehamilannya di laman sosial Instagram, ramai peminat yang cuba mengikuti perkembangannya dari masa ke semasa. Namun, ada perkara yang dikongsi pengacara ini secara terbuka dan ada juga yang disimpan untuk buat dirinya saja. Dalam program MeleTOP yang bakal disiarkan secara langsung di Astro Ria pada jam 10 malam ini, Yasmin Hani bakal muncul sebagai salah seorang tetamu undangannya. Apakah yang bakal dikongsi Yasmin Hani nanti? Adakah dia bakal memperkatakan tentang perasaannya untuk menimang cahaya mata serta menjadi seorang ibu? Tidak berseorangan, Yasmin Hani akan turut ditemani penyanyi Atilia yang telah pun membuka pusat yoganya di ibu kota. Apakah perkembangan tentang pusat yoganya itu? Adakah dia berdepan dengan segelintir pemikiran yang skeptikal mengenai yoga?

KUALA LUMPUR, 18 JUN 2013: Status sebenar penyanyi Nadi iaitu Sabhi Saddi yang sebelum ini telah menyorokkan perkahwinannya kepada pihak umum telah pun diketahui. Sabhi sendiri yang membuka rahsia tentang status sebenarnya kepada peminantnya bahawa dia sudah pun berkahwin sejak 2012 dan kini sudah pun memiliki anak. Namun, kenapa dan sebab apa Sabhi Saddi menyembunyikan perkahwinanya kepada pihak umum, ianya masih belum jelas lagi kepada kita semua. Apapun, khas buat pelayar Murai semua, Sabhi Saddi telah memberi keizinan untuk gambarnya bersama isteri dan anaknya di paparkan di portal hiburan ini. Macamana? Korang suka tengok tak gambar Sabhi Saddi dengan anak dan isterinya ini? Nampak bahagia sungguhkan?

AQASHA TAYANG BODY
Jika sebelum ini pelakon filem Nur Kasih, Remy Ishak dilihat menunjukkan badannya sehingga menampakkan pusat, kini ia giliran seorang lagi jejaka jambu iaitu Aqasha.

GAMBAR HOT REMY ISHAK TAYANG BODY

Kami malas nak tulis berjela-jela, korang tengokla sendiri gambar Remy Ishak tayang body sehingga nampak segala bulunya

.

Pernahkah korang bermain permainan timbus kaki di pantai? Lepas baca entri ini nasihangit percaya korang akan fikir banyak kali sebelum bermain permainan tersebut. ;3 Nak tengok macam mana dasyatnya penangan pasir ni?

Kesian abang kita ni. Hehehe ;3

Berita pelaksanaan hukuman sebat terhadap 24 wanita dan 17 lelaki yang didakwa melakukan sumbang mahram dan mengadakan hubungan seks luar nikah membawa kerengsaan kepada Gabungan Kumpulan Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG). Pengumuman tersebut menimbulkan beberapa kebimbangan: (1) Hukuman sebat melanggar prinsip-prinsip hak asasi manusia, khususnya hak kebebasan dari segala perlakuan yang kejam, menganiaya, menghukum dan yang menjatuhkan kehormatan diri seseorang. JAG menyokong sepenuhnya kesetaraan yang membawa kepada pencapaian hak tersebut. Hukuman sebat seharusnya dimansuhkan. (2) Diskriminasi terhadap wanita beragama Islam. Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan menjamin kesetaraan dan kebebasan dari diskriminasi atas dasar agama dan gender. Maka, sebarang undang-undang yang menghukum wanita atas dasar agama melanggar prinsip antidiskriminasi ini. Tambahan pula, Kod Prosedur Jenayah dan Peraturan-Peraturan Penjara jelas melarang hukuman sebat ke atas wanita, tidak kira umur. (3) Jenayah sumbang mahram. Adalah tidak adil bagi mangsa sumbang mahram dikenakan tuduhan persetubuhan luar nikah atas dasar suka sama suka bawah Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah, malah ia suatu penganiayaan terhadap mangsa tersebut. Ini menunjukkan kegagalan pihak mahkamah untuk memahami penyalahgunaan kuasa oleh seseorang dalam keluarga sendiri yang seharusnya menjadi pelindung dan penjaga. Mangsa tidak patut dihukum atau didakwa bagi jenayah sumbang mahram. (4) Bilangan wanita yang disebat dan dihukum lebih tinggi berbanding lelaki. Ketidakseimbangan ini dapat dilihat di negara-negara Islam yang lain yang mengguna pakai undang-undang syariah di mana bilangan wanita yang disabitkan kesalahan jenayah seksual adalah jauh lebih ramai berbanding dengan lelaki. (5) Percanggahan undang-undang. Kedua-dua Kanun Keseksaan (S 376) dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor (S 20) mengandungi peruntukan yang khusus mengenai sumbang mahram, tetapi hukuman yang berbeza. Keadilan akan dicapai dengan lebih baik jika mereka didakwa di bawah Kanun Keseksaan, di mana pihak yang bersalah boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak kurang daripada enam tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun. Hukuman ini mencerminkan betapa beratnya jenayah yang dilakukan. Bagaimanapun, bawah enakmen jenayah syariah negeri, seseorang yang melakukan sumbang mahram boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana tiga hukuman di atas. Penggunaan undang-undang mestilah tekal dan selaras untuk menegakkan keadilan bagi mangsa sumbang mahram, maka undang-undang persekutuan hendaklah diterima pakai dan semua jenayah sumbang mahram perlu didakwa bawah Kanun Keseksaan. (6) Hukuman yang menjatuhkan kehormatan diri seseorang bertentangan dengan ajaran al-Quran. Jabatan Agama Johor kini mencadangkan individu yang disabitkan hukuman disebat di ruang awam seperti masjid atas pemerhatian subjektif bahawa pihak Jabatan Agama Johor "melihat riak keinsafan pada wajah setiap pesalah yang dihukum". Mustahil untuk mengukur tahap kekesalan dan taubat berdasarkan air muka seseorang. Selain itu, masih tiada bukti kukuh bahawa jenayah ganas atau seksual dapat dihalang oleh penyaksian hukuman sebat. Penguatkuasaan undang-undang moral dan pendakwaan terpilih bertentangan dalil al-Quran, seperti "tidak mengorek rahsia orang lain" (Surah al-Hujurat 49:12); "Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; jika dikatakan kepada kamu 'baliklah', maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu;."(an-Nur 24:27- 28) dan "Apabila kamu menjalankan hukuman di kalangan manusia, tetapkanlah dengan adil." (an-Nisa 4:58). Sebuah hadis Nabi SAW dalam Sunan al-Tarmidhi juga menyatakan: "Jangan membahayakan umat Islam, dan jangan mencela mereka, mahupun meneruskan ketidaksempurnaan mereka... " Apabila seseorang itu ditegur, adalah penting untuk memastikan bahawa hak-hak atas keadilan, kesaksamaan, dan kehormatan diri seseorang ditegakkan pada setiap masa dan tidak dianiaya oleh mereka yang berhasrat untuk menjatuhkan hukuman yang mengaibkan. Tamadun manusia zaman dahulu, di Barat mahupun Timur, sering menjatuhkan hukuman berbentuk fizikal yang berat, lebih-lebih lagi ketika Zaman Pertengahan. Tiada apa pun yang "Islam" tentang hukuman yang berbentuk fizikal malah, ajaran-ajaran Islam mengehadkan hukuman sebegitu yang diamalkan sebelum itu. Ia lebih menekankan sikap kasih sayang serta keinsafan dan taubat bagi mereka yang berdosa. Sifat Allah SWT yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani merupakan sifat dan tema yang sering diulang di dalam al-Quraan. Dengan ini, JAG mengulangi saranannya kepada kerajaan untuk mengkaji semula dan memansuhkan undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah atas dasar bahawa peruntukan-peruntukan tersebut tidak berasas dari segi teori dan amalan undang-undang Islam. Selain itu, terdapat banyak peruntukan yang jelas bertentangan dengan Kanun Keseksaan, Kod Prosedur Jenayah dan Perlembagaan Persekutuan. Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG) merangkumi Sisters in Islam (SIS), Women's Aid Organisation (WAO), All Women's Action Society (AWAM), Perak Women for Women Society (PWW), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER) dan Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)

Polis Pulau Pinang akan meneliti kamera litar tertutp (CCTV) yang terdapat di tempat kejadian bagi menjalankan inkues untuk mengesahkan kematian seorang lelaki yang dikhuatiri tertimbus di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di George Town. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pihaknya telah mendapat rakaman CCTV itu. "CCTV itu dipasang berhampiran tempat kejadian dan berdasarkan rakaman awal yang kami lihat, ia merakam kejadian runtuhan itu. Apa yang saya boleh maklumkan kami akan gunakan CCTV itu untuk siasatan inkues itu. "Memang ada kehadiran kereta mangsa di tempat kejadian dan kami akan teliti lebih rapi rakaman yang diperoleh itu," katanya dalam sidang akhbar di George Town hari ini. Beliau berkata berdasarkan siasatan, polis juga mendapati nombor casis kereta milik mangsa yang dilaporkan hilang itu sepadan dengan nombor kereta yang dijumpai dalam timbunan runtuhan berkenaan. "Kami juga mendapat satu laporan polis daripada seorang saksi yang memaklumkan dia nampak kereta mangsa dihempap antena yang jatuh dari bangunan berkenan," katanya. Abdul Rahim berkata tiga perkara itu akan dijadikan bukti untuk pihaknya menjalankan inkues yang bermula hari ini hingga Khamis bagi membolehkan sijil kematian dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), selain memudahkan urusan tuntutan insurans oleh keluarga mangsa. Dalam kejadian angin kencang Khamis lepas, seorang penjual nasi Lim Chin Aik, 44, dikhuatiri tertimbus apabila pasukan mencari dan menyelamat menemui sebuah kereta Honda City berwarna kelabu terbenam di kawasan runtuhan pada Sabtu. Polis mengesahkan nombor casis kereta yang terbenam itu sepadan dengan kereta milik mangsa yang dilapor hilang sejak hari kejadian selepas keluar mengambil anaknya di sekolah. Susulan itu, pihak berkuasa memulakan operasi mencari dan mengesan mangsa, tetapi operasi terpaksa dihentikan sepenuhnya pukul 8 pagi Isnin untuk mengelak struktur bangunan warisan di kawasan itu terjejas.

Seorang lelaki warga emas maut selepas digilis sebuah bas penumpang dalam kemalangan di Jalan Sungai Ujong berhadapan Hospital Pakar Seremban (KPJ) di Seremban hari ini.
 Jurucakap polis berkata mangsa, Khoo Eng Koi @ Chiou Yeong Chi, 79, sedang menunggang sebuah motosikal dari arah Seremban 2 menuju ke Seremban apabila kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11 pagi. Katanya siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan terjatuh di atas jalan sebelum sebuah bas yang berada di belakang mangsa tidak sempat mengelak lalu menggilis kepala lelaki itu sehingga pecah.
 "Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya. Pemandu bas yang menggilis mangsa sudah membuat laporan polis dan dia dibebaskan selepas keterangannya diambil," katanya
. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban di sini untuk bedah siasat. Katanya buat masa ini polis sedang menyiasat sama ada mangsa terbabas akibat ilanggar atau bergesel dengan kenderaan lain dan meminta saksi kejadian tampil membuat laporan di balai polis berdekatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog