KUALA LUMPUR, 19 JUN 2013: Gadis yang ditangkap berkhalwat dengan Shah Jaszle yang hanya ingin dikenali sebagai Farah, 21, memberitahu dia mempunyai segala bukti yang menunjukkan bahawa mereka memang sedang menjalinkan cinta. Tegas Farah, dia bersedia untuk mendedahkan bukti-bukti tersebut melalui beberapa orang saksi yang mengetahui tentang hubungan cinta mereka. Malah, dia juga masih menyimpan semua rekod perbualan mereka menerusi Black Berry Messenger (BBM) untuk membuktikan tentang hal tersebut. Bukan setakat itu saja, Farah juga bersedia untuk membawa semua saksi dan bukti itu kepada pihak media sekiranya Shah Jazle tidak berkata benar tentang isu khalwat yang turut melibatkannya dirinya itu demi untuk menutupi kecurangannya dengan tunangnya Redzwani Puteri. Jelas Farah lagi, dia tidak mampu berdiam diri selepas Shah Jaszle mengeluarkan kenyataan bahawa dia adalah seorang perempuan aneh dan psiko. "Kenyataannya itu sangat melampau," katanya menerusi laporan Harian Metro hari ini. Farah turut menyifatkan bahawa kenyataan Shah Jazsle itu adalah satu penipuan dan permainan murah daripada seorang lelaki yang ingin lari daripada masalah. Padahal, Shah Jaszle yang ingin mendekatinya dengan alasan bahawa dia tidak bahagia dengan tunangnya kerana ianya diaturkan pihak keluarga. Selama menjalinkan hubungan cinta selama sebulan, Farah memberitahu, Shah Jaszle sering menghabiskan masa bersama dengannya. Malah, Shah Jaszle turut berjanji untuk meninggal tunangnya itu demi bersamanya.
Categories: PANAS
0 ulasan:
Catat Ulasan