KUALA LUMPUR, 29 JULAI 2013: Takziah di atas pemergian seniwati popular era 1960-an, Datin Umi Khalthum yang meninggal dunia 24 Julai lalu, bersamaan 15 Ramadan 1434 Hijrah.Allahyarham, telah meninggal dunia ketika sedang tidur di rumah salah seorang anaknya di Taman Melawati pada pagi Rabu.
Datin Umi Khalthum atau nama sebenarnya Patimah Bahudin telah berlakon lebih 20 buah filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Raden Mas, Laila Majnun, Menanti Hari Esok dan Syukur 21.
Wataknya jahatnya sebagai Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah yang digandingkan dengan Latifah Omar benar-benar meninggalkan kesan kepada penonton.
Dia juga adalah ibu kepada penyanyi era 1980-an, Noorkumalasari. Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Klang Gate, Hulu Klang sebelum solat Zuhur pada Rabu, 24 Julai lalu. Ikuti video komen dari Noorkumalasari sewaktu ditemui portal Murai selepas jenazah dikebumikan, Rabu lalu.
Sejuk hati Murai Batu bila melihat ramai dari kalangan teman-teman media termasuk golongan selebriti yang dalam diam-diam sibuk mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah.
KUALA LUMPUR, 29 JULAI 2013: Penyanyi, Mawi atau nama sebanrnya Asmawi Ani yang juga bekas juara Akademi Fantasia Musim 3 menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahwa dia telah menipu pengedar yang mengedarkan produk Unequein miliknya sehingga mereka mengalami kerugian teruk.
Malah, Mawi berkata, selamai ini dai sentiasa menyokong dan membantu stokisnya untuk melakukan pelbagai promosi.
"Sebenarnya, sejak daripada awal penubuhan UneQuien lagi promosi sudah giat dijalankan sama ada menerusi akhbar, majalah dan televisyen. Malah, kami sendiri yang turun padang untuk melakukan promosi bersama. Jadi tidak timbul isu perniagaan yang saya usahakan ini teruk dan berdepan pelbagai isu termasuk penipuan daripada segi promosi.
"Lagipun bagi saya, pada mereka yang sudah bersetuju untuk menjadi stoksi, dia perlu bekerja keras dan bukan hanya mengharapkan pihak kami semata-mata untuk menjalankan promosi. Lainlah, jika stokis yang mahu bernaung di bawah syarikat kami ini hanya ingin menggunakan nama saya untuk kepentingannya atau sebab-sebab lain.
"Tapi tak mengapalah, ini adalah lumrah dan menjadi kebiasaan dalam bidang perniagaan. Jadi, bagi saya selagi saya membuat kerja saya di tempat yang benar dan telus, tiada apa-apa yang perlu saya takutkan.," katanya kepada murai.com.my selepas pelancaran produk baru Unequein di Seksyen 9, Bangi, Sabtu lalu.
Sebelum ini, ada gosip yang mengatakan Mawi selaku pengusaha produk Unequein didakwa telah menipu beberapa pengadar serta tidak mahu memberi kerjasama promosi untuk stokisnya.
Mawi kini sudah berjaya melantik sehinga 40 stokis Unequein daripada seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei.
Sementara itu, isteri Mawi iaitu Ekin atau Norashikin Rahmat yang juga pengusaha bersama Unequein memberitahu cerita negatif mengenainya produknya itu disifatkan sebagai sabotaj daripada stokisnya yang tidak bertanggungjawab.
"Sebenarnya memang ada stokis yang cuba nak jatuhkan kami. Cerita ini berpunca daripada seorang stokis yang tidak membenarkan kami pergi ke tempat promosi yang diadakan kerana difahamkan majlis itu hanya diadakan secara kecil-kecillan dan tidak ramai yang hadir.
"Kami yang pada awalnya ingin pergi ke lokasi tersebut terpaska membatalkannya di saat-saat akhir. Namun, keesokan harinya kami menerima panggilan daripada media yang memberitahu hadir di majlis promosi itu kerana mahu berjumpa kami.
"Saya terkejut kerana rupanya majlis itu diadakan besar-besaran dan ramai yang berada di situ telah dijanjikan kehadiran saya dan Mawi akhirnya hampa bila kami tak datang. Saya sedih atas apa yang berlaku, tetapi hendak buat bagaimana. Inilah dugaan dan cabaran pernigaan yang perlu kami terima," jelasnya lagi.
Unequein yang kini sudah mempunyai 7 produk semuanya sejak awal tahun ini penubuhannya telah melancarkan 4 produk baru iaitu air berkabornat, the tarik khasiat, skincare pek ekonimi dan juga BB Cream.






















Bukan senang menjadi cover girl atau gadis penghias untuk kulit majalah Vogue kerana banyak perkara yang perlu dilakukan demi memastikan penampilan seseorang itu jadi menarik.
Dalam wawancara bersama Jay Leno baru-baru ini, bintang pop, Katy Perry akui bahawa dia terpaksa menjauhkan diri daripada alkohol selama 3 bulan demi untuk menjayakan sesi fotografi sebagai gadis penghias kulit majalah Vogue untuk edisi Julai yang dirakamkan oleh jurugambar Annie Leibovitz.
"Banyak perkara yang terpaksa saya lakukan demi menjayakan sesi fotografi ini. Saya cuba untuk bersihkan dalaman diri saya. Misalnya, mengambil banyak vitamin serta makanan tambahan.
"Saya cuba tukar daripada kopi kepada teh hijau. Saya juga tak minum alkohol selama 3 bulan. Saya benar-benar fokus dengan apa yang saya lakukan kerana saya mahu kelihatan menarik dan berseri di dalam majalah tersebut," katanya.
Walaupun regim tersebut agak sukar untuk dilakukan, namun Katy Perry nampaknya cukup seronok melihat perubahan yang berlaku terhadap dirinya. Malah, dia juga sangat gembira apabila dapay berkerja dengan Annie Leibovitz.
"Berkerja dengan Annie Leibovitz adalah satu pengalaman yang cukup berharga. Dia sangat hebat. Dia tak punya ego, mempunyai aura yang positif dan dia juga memberikan kebebasan untuk saya bekerja dengan kreatif," katanya yang menggunakan suaranya sebagai suara latar bagi watak Smurfette dalam Smurfs 2.
Dalam pada itu, bekas kekasih kepada penyanyi John Mayer ini juga bakal muncul dengan album barunya.
Hampir setahun hidup menjanda, dramatis, Ana Dahlia akui masih belum temui pengganti bekas suaminya iaitu Chef Riz untuk menjadi teman hidupnya.
Ana Dahlia berkata selain terlalu sibuk dengan kerjaya seninya sehingga tiada masa hendak bercinta, dia kini akui sukar untuk mempercayai seseorang untuk dijadikan kekasih atau teman hidup.
"Saya kini masih lagi single dan belum punya kekasih. Mungkin kerana saya terlalu sibuk dengan kerja dan penggambaran drama dan sebagainya sehingga tiada masa hendak fikir tentang cinta.Lagipun nak bercinta kembali ni penat juga.
"Meskipun saya tidak mencari cinta, tetapi saya tidak menolak jika sampainya jodoh saya nanti. Yang penting saya mahu bertemu dan bersama dengan orang yang betul ingin bersama dan menyayangi saya sampai bila-bila,"katanya kepada murai.com.my sebelum majlis rakaman Melodi Raya di PWTC baru-baru ini.
Bahtera perkahwinan yang dibina Ana dan Chef Riz pada Disember 2011 hanya dapat bertahan selama 11 bulan apabila mereka disahkan bercerai pada November tahun lalu.
Pun begitu, Ana memberitahu dia tidak dapat menafikan yang dia telah didekati oleh ramai lelaki yang mahu menjadikannya kekasih.
"Tipulah kalau saya kata tiada yang mendekati. Cuma saya takut dan susah untuk percayakan seseorang lagi. Lebih lebih lagi yang mahu menjadi kekasih saya. Bukan nak kata fobia atau serik tetapi lebih kurang begitu jugalah keadaan saya sekarang. Jadi sekarang saya tidak tergesa untuk mencari pasangan dan biar Tuhan yang menentukan masanya nanti," luahnya lagi.
Mengenai perkembangan karier Ana, dia yang sedang menjalani penggamabaran drama 13 episod terbitan Suhan Movies sedang muncul dengan dua drama bersiri serentak di televisyen iaitu Cinta Yang Satu yang bersiaran di TV2 serta Dia Tetap Ayah di Astro Prima.
Wah! Wah! Wah! Makin lama makin bertaring si Amir Jahari ni. Bukan Murai Batu maksudkan taring di giginya. Sebaliknya, taring yang Murai Batu maksudkan adalah bakat sebagai komposer, penyanyi dan pemuzik.
Nak tahu tak kenapa? Sebabnya, sekarang ini dah makin ramai artis yang mahu berkolaborasi dengannya. Yuna dan Faizal Tahir adalah antara komposer dan penyanyi yang mahu berduet dengannya.
Kemudian ada pulak penyanyi yang sudah established di negara ini yang mintak lagu daripada Amir Jahari. Mula-mula Dina Nadzir yang mahukan lagu berkonsep R&B daripada Amir, kemudian Adibah Noor pun nak lagu yang berentak pop daripada penyanyi kelahiran Bumi Kenyalang ini, lepas tu Murai Batu dengar pulak Ratu Rock negara iaitu Ella pun mahukan lagu daripada Amir jugak.
Murai Batu dengar Ella mintak lagu daripada Amir sebab dia suka lagu-lagu ciptaan Amir. Very refreshing katanya. Yang bestnya tu, rupa-rupanya suami tercinta Ella iaitu Captain dalam diam-diam adalah peminat Amir.
Tabik-tabik. Bak kata pepatah, hanya jauhari yang mengenal manikam. Hanya orang yang tahu muzik dan celik muzik saja yang tahu menilai orang-orang yang berbakat macam Amir Jahari ni.
Bagus tu dik. Ada kemajuan diri. Tapi jangan lupa, sentiasalah ikut resmi padi. Semakin naik semakin menunduk. Sebab, kalau dah kena culture shocked nanti macam segelintir artis lain, itu yg payah tu.
Murai Batu tengok bukan produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman saja yang cuba mengambil keberkatan di bulan ramadan dengan melangsungkan pertunangan dengan basist CRK, Eddie.
Malah, perkara yang sama turut dilakukan oleh penyampai TV penuh kaliber, Ras Adiba pulak mengambil keberkatan bulan yang penuh mulia ini untuk melangsungkan pernikahannya dengan jejaka bernama Ilias Yaakop.
Majllis pernikahan mereka telah pun diadakan selepas Asar di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya pada hari Sabtu yang lalu iaitu 27 Julai 2013 yang mana ianya telah dihadiri beberapa rakan serta kaum keluarga yang terdekat.
Murai Batu tak pastilah bagaimana pulak Ras Adiba mampu bertemu jodoh dengan Ilias Yaakop, tapi khabarnya ia berlaku selepas reunion pelajar St John untuk batch 1985 diadakan pada 3 April 2013. So sweetkan...
Yang buatkan MUrai Batu tersentuh hati apabila Ilias sanggup terima Ras walaupun mengetahui keadaan Ras yang sampai sekarang hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda. Itulah kuasa cinta. Bila Tuhan datangkan perasaan itu, perkar-perkara lain seperti perbezaan usia, status, warna kulit serta bentuk fizikal bukanlah satu halangan lagi untuk dua jiwa bersatu atau disatukan.
Apapun dikesempatan ini, Murai Batu hendak ucapkan selamat pengantin baru buat Ras dan suaminya Ilias. MURai Batu juga akan doakan supaya perkahwinan mereka akan kekal bahagia selalu.

