Salah seorang daripadanya mereka adalah Azwan Ali yang sudah pun berlepas ke sana pada hari Sabtu lalu bersamaan dengan 27 Julai 2013 bersama rombongan Utas Travel dari Melaka.
Namun, sebelum itu, Murai Batu difahamkan Azwan Ali agak tension jugak sebab tak tahu apakah hujung pangkal status visanya itu.
Lebih-lebih lagi bila kerajaan Arab sudah mengeluarkan undang-undang baru untuk menghadkan rombongan jemaah umrah di Mekah pada kali ini.
Waktu ditemui di Majlis Berbuka Puasa Astro pada 17 Julai 2013 yang lalu pun, Murai Batu terdengar Azwan Ali memberitahu seseorang bahawa visanya masih belum diluluskan lagi dan status untuk memiliki visa itu juga agak tipis.
Tercenganglah hamba Allah itu kerana Azwan Ali sudah pun bersalam-salaman dan memohon maaf kerana mahu mengerjakan umrah, seolah-olah macam sudah confirm dia akan dapat visa tu.
Bila ditanya bagaimana nanti kalau dia ditakdirkan tidak dapat visa tu, Azwan Ali tak cakap banyak, sebalik hanya menggunakan kata-kata favouritenya:
"Hada aku kesah! Tup tup MUrai Batu dapat tahu visa si Azwan Ali sudah diluluskan kedutaan Arab sejak minggu lepas lagi dan khabarnay ia telah diluluskan dalam tempoh 3 jam.
Wah, Itulah kuasa Tuhan agaknya. Kalau nawaitu kita bagus dan ada rezeki untuk jadi tetamu Allah di sana, maka Allah akan permudahkan segalanya. Pada Azwan Ali, Murai Batu doakan selamat mengerjakan umrah di sana. Semoga mendapat lebih banyak keberkatan serta taufik dan hidayah daripada Allah SWT.
0 ulasan:
Catat Ulasan