29 Julai 2013

Posted by jinson on 29.7.13 No comments


Isteri model kepada bintang England, Peter Crouch telah meneriwa tawaran daripada BBC untuk turut serta dalam rancangan bertema tarian.
 Menurut seorang wakil BBC, "Abbey telah diberi tawaran untuk menyertai rancangan Strictly Come Dancing.
 Dia pasti akan menyerlah dalam rancangan itu dan kami agak yakin dia akan membuat keputusan untuk turut serta." Naib juara rancangan Britain's Next Top Model edisi 2004 itu turut mendedahkan yang dia dan isteri kepada bintang Manchester United Wayne Rooney, Coleen pernah mengikuti kelas latihan menari semasa zaman kanak-kanak.
 Abbey yang berumur 27 tahun, mendapat tempat ke-8 dalam undian wanita paling seksi tahun ini, anjuran surat khabar The Sun. Penyerang Stoke City, Peter Crouch mengahwini Abbey pada tahun 2011 dan mereka mempunyai seorang anak perempuan berumur dua tahun, Sophia Rose.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog