29 Julai 2013

Posted by jinson on 29.7.13 No comments
Penyanyi Amir Jahari Diburu Ratu Rock Ella?Wah! Wah! Wah! Makin lama makin bertaring si Amir Jahari ni. Bukan Murai Batu maksudkan taring di giginya. Sebaliknya, taring yang Murai Batu maksudkan adalah bakat sebagai komposer, penyanyi dan pemuzik. Nak tahu tak kenapa? Sebabnya, sekarang ini dah makin ramai artis yang mahu berkolaborasi dengannya. Yuna dan Faizal Tahir adalah antara komposer dan penyanyi yang mahu berduet dengannya. Kemudian ada pulak penyanyi yang sudah established di negara ini yang mintak lagu daripada Amir Jahari. Mula-mula Dina Nadzir yang mahukan lagu berkonsep R&B daripada Amir, kemudian Adibah Noor pun nak lagu yang berentak pop daripada penyanyi kelahiran Bumi Kenyalang ini, lepas tu Murai Batu dengar pulak Ratu Rock negara iaitu Ella pun mahukan lagu daripada Amir jugak. Murai Batu dengar Ella mintak lagu daripada Amir sebab dia suka lagu-lagu ciptaan Amir. Very refreshing katanya. Yang bestnya tu, rupa-rupanya suami tercinta Ella iaitu Captain dalam diam-diam adalah peminat Amir. Tabik-tabik. Bak kata pepatah, hanya jauhari yang mengenal manikam. Hanya orang yang tahu muzik dan celik muzik saja yang tahu menilai orang-orang yang berbakat macam Amir Jahari ni. Bagus tu dik. Ada kemajuan diri. Tapi jangan lupa, sentiasalah ikut resmi padi. Semakin naik semakin menunduk. Sebab, kalau dah kena culture shocked nanti macam segelintir artis lain, itu yg payah tu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog