29 Julai 2013

Posted by jinson on 29.7.13 No comments
Selepas Chef Riz, Ana Dahlia Susah Nak Percaya Cinta?Hampir setahun hidup menjanda, dramatis, Ana Dahlia akui masih belum temui pengganti bekas suaminya iaitu Chef Riz untuk menjadi teman hidupnya. Ana Dahlia berkata selain terlalu sibuk dengan kerjaya seninya sehingga tiada masa hendak bercinta, dia kini akui sukar untuk mempercayai seseorang untuk dijadikan kekasih atau teman hidup. "Saya kini masih lagi single dan belum punya kekasih. Mungkin kerana saya terlalu sibuk dengan kerja dan penggambaran drama dan sebagainya sehingga tiada masa hendak fikir tentang cinta.Lagipun nak bercinta kembali ni penat juga. "Meskipun saya tidak mencari cinta, tetapi saya tidak menolak jika sampainya jodoh saya nanti. Yang penting saya mahu bertemu dan bersama dengan orang yang betul ingin bersama dan menyayangi saya sampai bila-bila,"katanya kepada murai.com.my sebelum majlis rakaman Melodi Raya di PWTC baru-baru ini. Bahtera perkahwinan yang dibina Ana dan Chef Riz pada Disember 2011 hanya dapat bertahan selama 11 bulan apabila mereka disahkan bercerai pada November tahun lalu. Pun begitu, Ana memberitahu dia tidak dapat menafikan yang dia telah didekati oleh ramai lelaki yang mahu menjadikannya kekasih. "Tipulah kalau saya kata tiada yang mendekati. Cuma saya takut dan susah untuk percayakan seseorang lagi. Lebih lebih lagi yang mahu menjadi kekasih saya. Bukan nak kata fobia atau serik tetapi lebih kurang begitu jugalah keadaan saya sekarang. Jadi sekarang saya tidak tergesa untuk mencari pasangan dan biar Tuhan yang menentukan masanya nanti," luahnya lagi. Mengenai perkembangan karier Ana, dia yang sedang menjalani penggamabaran drama 13 episod terbitan Suhan Movies sedang muncul dengan dua drama bersiri serentak di televisyen iaitu Cinta Yang Satu yang bersiaran di TV2 serta Dia Tetap Ayah di Astro Prima.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog