29 Julai 2013

Posted by jinson on 29.7.13 No comments
Demi Vogue Cover, 3 Bulan Katy Perry Tiada Alkohol Bukan senang menjadi cover girl atau gadis penghias untuk kulit majalah Vogue kerana banyak perkara yang perlu dilakukan demi memastikan penampilan seseorang itu jadi menarik. Dalam wawancara bersama Jay Leno baru-baru ini, bintang pop, Katy Perry akui bahawa dia terpaksa menjauhkan diri daripada alkohol selama 3 bulan demi untuk menjayakan sesi fotografi sebagai gadis penghias kulit majalah Vogue untuk edisi Julai yang dirakamkan oleh jurugambar Annie Leibovitz. "Banyak perkara yang terpaksa saya lakukan demi menjayakan sesi fotografi ini. Saya cuba untuk bersihkan dalaman diri saya. Misalnya, mengambil banyak vitamin serta makanan tambahan. "Saya cuba tukar daripada kopi kepada teh hijau. Saya juga tak minum alkohol selama 3 bulan. Saya benar-benar fokus dengan apa yang saya lakukan kerana saya mahu kelihatan menarik dan berseri di dalam majalah tersebut," katanya. Walaupun regim tersebut agak sukar untuk dilakukan, namun Katy Perry nampaknya cukup seronok melihat perubahan yang berlaku terhadap dirinya. Malah, dia juga sangat gembira apabila dapay berkerja dengan Annie Leibovitz. "Berkerja dengan Annie Leibovitz adalah satu pengalaman yang cukup berharga. Dia sangat hebat. Dia tak punya ego, mempunyai aura yang positif dan dia juga memberikan kebebasan untuk saya bekerja dengan kreatif," katanya yang menggunakan suaranya sebagai suara latar bagi watak Smurfette dalam Smurfs 2. Dalam pada itu, bekas kekasih kepada penyanyi John Mayer ini juga bakal muncul dengan album barunya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog