11 Oktober 2013

Posted by jinson on 11.10.13 No comments
akrab dengan aktor sung hoon ajieb bakal duet dengan iu pula

Keputusan sama ada pengacara Ajieb Rosdi bakal berduet dengan kumpulan Ladies Code atau Girls Day masih belum diketahui lagi. 
Namun, sebaik saja portal murai.com.my menyiarkan artikel mengenai cadangan pilihan pasangan Ajieb, ramai merasakan kedua-dua kumpulan K-Pop ini mempunyai keistimewaan dan daya tarikan tersendiri. Apa sekalipun, menerusi portal rasmi perjalanan Ajieb di Korea Selatan iaitu Yohaeng Ajieb di Astro Gempak, pengacara Apa Kata M? (#AKMAF2013) ini turut memberitahu bahawa dia berkemungkinan akan berkolaborasi dengan seorang lagi penyanyi K-Pop bernama IU.
Malah, Ajieb juga turut bercerita mengenai beberapa perancangan pihak pengurusannya di Korea iaitu Blessync Media yang mana nama seperti Minah dan Ailee turut tersenarai. Lebih menarik lagi, Ajieb juga turut berkongsi cerita mengenai persahabatannya dengan pelakon terkenal Korea iaitu Sung Hoon. Difahamkan, Sung Hoon merupakan pelakon drama The Greatest Doctor, New Tales Of Gisaeng dan The Birth Of A Family yang disiarkan di Astro One HD saluran 393 . 
Apa yang pasti, menerusi Yohaeng Ajieb, pembaca juga boleh mengenali lebih dekat beberapa artis K-Pop yang menjadi rakan seperjuangan Ajieb dalam arena muzik K-Pop.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog