Program Super Spontan 2013 kini telah pun memasuki minggu ketujuh, dan untuk persaingan pada malam tadi,pasukan Semut Sentap tewas dan mereka telah memilih Ajak Shiro sebagai peserta yang harus mengundur diri.
Manakala pasukan Ketam Konfius yang menang pula berjaya meraih cek berbentuk sumbangan RM5,000 yang akan diserahkan kepada badan kebajikan Alzheimer’s Decease Foundation Malaysia (ADFM).
Penyingkiran Ajak menjadikan kedua-dua pasukan tinggal 4 orang ahli di mana Semut Sentap diwakili Jep Sepahtu, Johan, Rahim dan Tauke Jambu manakala Ketam Konfius dibarisi Yus Jambu, Nabil Ahmad, Along Cham dan Suhaimi.
Minggu ketujuh Super Spontan 2013 telah berlangsung dari Studio De Showroom, Bandar Sri Damansara dan dihoskan oleh pasangan JoHaRa, Ray dan Haniff dari stesen radio ERA fm. Kumpulan Boboi iaitu Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik pula bertindak selaku pengulas bersama Amir Raja Lawak.
Rancangan ini turut disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134).
Duduk, Bongkok dan Berdiri adalah permainan pertama minggu ini di mana tiga orang dari setiap kumpulan akan diberikan satu situasi dan seorang dari mereka harus duduk, seorang membongkokan diri dan seorang lagi berdiri. Mereka boleh berubah-ubah posisi namun keadaan setiap seorang dari mereka harus mempunyai posisi berbeza.
Permainan kedua ialah sketsa berabjad terbalik di mana tiga orang dari setiap kumpulan akan diberikan satu situasi dan mereka harus memulakan ayat mengikut susunan abjad tetapi secara terbalik atau ke belakang.
Permainan ketiga ialah sketsa Emosi Tidak Stabil. Sketsa ini memerlukan 3 pemain dari setiap pasukan dan dua prop akan diserahkan kepada mereka. Setiap satu prop itu mewakili satu emosi dan pemain harus melakonkan watak emosi menerusi prop yang dipegang mereka ketika jalan cerita dipersembahkan.
Permainan keempat dinamakan Muzik Video Karaoke, pemain daripa sukan berlawanan harus mengikut arahan dari pengarah yang merupakan ahli kumpulan lain.
Dan sebaik muzik dimainkan, mereka harus melakonkan aksi yang diarahkan berulang kali sehingga muzik tamat.
Pusingan terakhir dinamakan Demonstrasi dan seorang pesertaakan diikat tangannya dan peserta lain akan bertindak menjadi tangan kepada peserta tersebut untuk melakukan sesuatu demonstrasi sambil dibantu peserta ketiga.
Minggu ketujuh Super Spontan 2013 terus padat dengan aksi lucu dan berjaya menarik perhatian dengan telatah para pesertanya sehingga ramai tidak kering gusi melihat aksi mereka melakukan setiap tugas dengans pontan.
Teruskan menonton Super Spontan 2013 di minggu kelapan pada minggu hadapan untuk melihat aksi mereka yang seterusnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan