13 Oktober 2013

Posted by jinson on 13.10.13 No comments
Kredit foto Faisol Mustafa.
Dalam pada dia sibuk mengukuhkan kerjaya nyanyiannya nun di negara tembok besar China, penyanyi Shila Amzah tetap tidak melupakan peminat-peminatnya (yang digelar Shilalas) di tanah air.
Semalam bertempat di Penthouse@The Icon, Shila Amzah dedikasikan sebuah showcase sebagai hadiah buat para penyokong setianya juga kepada para media yang tida jemu-jemu meuar-uarkan tentang perkembangan dirinya.
Lebih istimewa, showcase tersebut seiring dengan pelancaran album terbaru berjudul, Shila Amzah. "Saya tak nak buat pelancaran album yang biasa-biasa, jadi kita adakan showcase ni. Ia hadiah buat peminat dan media tanda penghargaan saya kepada semua yang menyokong saya selama ini. Dalam album ni dirakamkan secara live, jadi saya nak peminat pun sama-sama menikmati lagu dalam album ni pada persembahan live saya.
"Alhamdulillah saya berpuas hati dengan persembahan saya tadi walaupun dalam masa yang singkat. Sambil-sambil saya lebih intim dengan peminat", kata Shila Amzah ketika ditemui sejurus usai persembahannya.

Kredit foto Faisol Mustafa.
Pada showcase itu Shila menghiburkan penonton menerusi petikan lagu dari album tersebut antara, Sedar, A Moment Like This, Maaf, Masih Aku Cinta, Cinta Hati, Tulus serta Rolling in the Deep dan Set the Rain to the Fire (secara medley).
Showase selama lebih kurang 1 jam itu turut dihadir artis popular seperti Dato' Siti Nurhaliza bersama suaminya, Datuk K, Dato' DJ Dave, pelakon Johan As'ari dan Nazim Othman. Sementara itu, mengenai perancangan jangka masa panjang Shila berkata dia akan mengadakan sebuah konsert pada tahun hadapan.  

"Saya dah lama tak buat show kat sini. InsyaAllah saya akan mengadakan konsert pada tahun hadapan. Showcase ni juga sebagai persediaan saya untuk konsert nanti. Sebab tu saya tak nyanyikan lagu-lagu lama saya sebab saya simpan untuk konsert", ujarnya.

.
Perkembangan lain, Shila bakal membuat persembahan amal untuk stesen penyiaran Mediacorp di Singapura pada minggu hadapan. Dia juga akan berada di Kota Singa itu dan membuat persembahan di Anugerah Planet Muzik (AMP).
Shila turut tercalon dalam 5 buah kategori dalam anugerah tersebut. Selain itu, sekembalinya Shila ke Beijing hujung bulan ini, beberapa projek besar akan dilaksanakan. Antaranya, Shila merupakan salah seorang daripada lima penyanyi bukan berbangsa Cina paling popular yang di China yang akan membuat persembahan sempena hari kemerdekaan yang ke-64 negara republik itu pada 24 Oktober ini. Kemudian, Shila akan kembali ke studio bagi menyudahkan album Mandarinnya.
"Album Mandarin saya diterbitkan sepenuhnya oleh syarikat pengurusan saya di Shanghai. Setakat ni sudah ada 6 lagu. Kini dalam perancangan mempromosikan single pertama saya, A Moment Like This. "Selain itu rutin saya, saya masih lagi mengikuti kelas Mandarin", katanya juga menyatakan semakin tenang dan bahagia dengan kehidupan sekarang selepas melalui pelbagai dugaan beberapa bulan lalu.


Click to enlarge image IMG_5773.JPG
Click to enlarge image IMG_5773.JPG

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog