2 September 2013

Posted by jinson on 2.9.13 No comments
Adinda TMJ, Tunku Jalil Sangat Friendly & BergayaJika Murai Batu membuka akhbar tempatan di bahagian sukan, nama Tunku Mahkota Johor iaitu D.Y.A.M Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail lebih kerap menjadi perhatian kerana dia adalah Pengerusi Persatuan Bola Sepak Johor. Apatah lagi kalau membaca isu yang berbangkit tentang pasukan JDT atau Johor Dahrul Takzim, mesti ramai yang ingin tahu pendapat daripda baginda yang lebih dikenali dengan panggilan TMJ. Apapun, kesan dari impak ini, ramai masyarakat mahu lebih mengenali keluarga kerabat diraja Johor. Huh, termasuklah Murai Batu sendiri. Lanjutan daripada itu, Murai Batu telah diberitahu tentang adinda kepada TMJ yang bernama Y.A.M Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail. Apa yang Murai Batu diberitahu, baginda seorang sangat yang disenangi serta peramah. Lebih menarik lagi, selain seorang yang sangat friendly dan peramah dengan masyarakat dan kawan-kawan, Tunku Jalil djuga ikhabarkan seorang yang suka mengikuti aktiviti kemasyarakatan. Senang cerita, sebilangan rakyat Johor tahu bahawa TJ seorang yang berjiwa rakyat. Selain dari itu juga, Murai Batu difahaman TJ seorang jejaka yang ringkas dan pandai menjaga penampilan. Mungkin TJ mendapat nasihat daripada kekandanya, Tunku Aminah yang memang mahir dalam bidang fesyen. Disebabkan itu jugalah, setiap kali muncul dikhalayak ramai, TJ pasti tampil bergaya seperti seorang model terkenal. Segak dan menawan. Kalau orang tidak tahu, pasti ingat TJ seorang selebriti terkenal tempatan. Tidak dapat dinafikan, TJ mempunyai paras rupa yang kacak dan mempunyai pesona sebagai seorang bintang. Malah, wajahnya juga seperti model Pan Asian. Apapun, Murai Batu teruja dan teringin sangat berjumpa dengan TJ. Yelah, mungkin TJ ada pendapat sendiri mengenai industri fesyen dan hiburan tanahair. Apa kes pun, salam perkenalan dari Murai Batu ye TJ.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog