2 September 2013

Posted by jinson on 2.9.13 No comments
Fans Teruja Dengar Single K-Pop Pertama Ajieb RosdiTerkejut dan teruja! Itulah komen pertama yang diluahkan peminat Ajieb Rosdi sebaik saja mendengar lagu single K-Pop pertama nyanyian sepenuhnya oleh Ajieb pada majlis rumah terbuka dan sesi pra-dengar yang dianjurkan oleh kelab peminat Ajieb iaitu BFA (Best Friend Ajieb) dengan kerjasama Edwin Model & Event Management, Sabtu lalu di Red Box Karaoke IOI Mall, Puchong. Malah, teman artis yang hadir iaitu Muzzy dan Aesar Mustafa juga bersependapat dengan peminat Ajieb mengenai lagu berkenaan. Tidak ketinggalan, artis dari Indonesia iaitu kumpulan D'Mozza turut berasa gembira dan rasa dihargai kerana menjadi yang terawal mendengar lagu berkenaan yang dianggapnya unik dan sedap didengari. "Syukur Alhamdulillah, kesemua tetamu yang hadir pada malam ini suka dengan lagu single saya ini. Setakat ini, lagu saya masih belum mempunyai tajuk. Ini kerana, selain memberi penghormatan kepada peminat Malaysia untuk menjadi yang pertama mendengarnya, pihak pengurusan saya mahu peminat dari Malaysia memberikan tajuk untuk lagu ini. "Satu pertandingan menamakan tajuk lagu ini akan dijalankan di laman rasmi saya iaitu www.astrogempak.com.my/yohaengajieb bermula 9 September sehingga 22 September. Di sini, pihak pengurusan telah menyediakan enam tajuk untuk lagu ini," ujar Ajieb. Apa yang pasti, lagu ini bakal mula diedarkan oleh Warner Music Malaysia awal September ini. Peminat yang hadir bukan saja dapat mendengar lagu tersebut tetapi turut menerima hadiah daripada Korea Selatan. Berikut adalah komen beberapa tetamu yang mendengar lagu K-Pop Ajieb yang pertama. Muzzy, (Penyanyi dan komposer) "Ajieb sekarang adalah artis International. Dengan lagu single Ajieb yang pertama ini, Muzzy pasti Ajieb dapat pergi dengan lebih jauh lagi. Apatah lagi, Ajieb seorang selebriti yang mempunyai ilmu dan pakej cukup yang diperolehi beliau sepanjang empat bulan belajar di Korea." Ranizah (penulis lirik) "Ajieb boleh dijadikan inspirasi untuk anak-anak seni tanahair kerana usaha, displin dan bakat beliau boleh diterima pakai internationally. Lagu ini pun sedap dan standard international." Syawal (Chef) "Selepas mendengar lagu tersebut, apa yang boleh saya katakan adalah Ajieb seorang yang profesional." Rin (peminat) "Saya suka music oppa tu. Ada classic dan moden. Ianya klasik sebab ada sound macam tap dance dan rock wikit. Ia sesuai dengan sesiapa pun yang mendengarnya.". Aesar Mustafa (penyanyi dan komposer) "Wow..seolah tidak percaya kerana nyanyian ajieb bunyinya seperti orang Korea betul..wah..ini bermakna Ajieb telah berjaya mengenal dan menguasai sebutan korea dengan baik..dari gaya nyanyiannya menggambarkan Ajieb sangat bersemangat memikul cabaran..Dari segi lagunya pula. .sangat catchy dan luarbiasa gaya arrangementnya...terdapat sentuhan broadway yang ada class..so saya disini hanya mampu mengatakan lagu itu bertaraf Gred A...Tahniah Ajieb..tak sabar nak tgk videoklipnya pula... Kumpulan D'Mozza (artis indonesia) Kali pertama mendengar lagu ajieb kami sebagai artis dari Indonesia turut merasa gegaran hebat dan dasyat dari cara nyanyian dan melodinya bagus sekali..Alunan muzik melambangkan mood yang cukup gembira dan mempunyai taraf profesional dan boleh dibanggakan...sudah pasti nanti videoklipnya juga hebat..itu yang kami harapkan..so diharap Ajieb terus berjaya dan sukses dalam apa perjuangan seninya di Korea mahupun Malaysia...so pasti yang terhebat dari Ajieb..itu doa dari kami D'Mozza.. Apies (peminat) "Lagu Ini sangat sedap. Memang sesuai untuk dijadikan lagu tema untuk sebuah drama Korea. Suara Ajieb pun dinamik. Susunan muzik dan instrument live dalam lagu Ajieb memang tahap antarabangsa. Saya yakin, lagu ini bukan saja digemari peminat K-Pop tetapi turut digemari peminat muzik yang lain." Phatin (peminat) "Kali pertama mendengarnya, saya ingat artis Korea mana yang menyanyikan, Kalau tidak diberitahu ia dinyanyikan oleh AJieb, sumpah saya ingat artis K-Pop yang nyanyikannya. Lagu ini sedap dan muziknya tahap antarabangsa."

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog