2 September 2013

Posted by jinson on 2.9.13 No comments
Minggu Pertama Super Spontan 2013 Milik Semut Sentap Program Super Spontan 2013 bermula secara rasminya sebentar tadi dengan kemenangan minggu pertama berpihak kepada pasukan Semut Sentap. Berlangsung dari De Showroom, Bandar Sri Damansara, Semut Sentap yang dianggotai oleh Johan, Rahim R2, Jep Sepahtu, Nurkhiriah, Tauke Jambu, Ajak Shiro dan Eko Saywho serta diuruskan oleh Rashid Salleh telah berjaya menewaskan kumpulan Ketam Konfius dengan undian SMS, sekali gus dihadiahkan wang tunai RM5000. Hadiah kemenangan itu kemudiannya diserahkan kepada badan kebajikan terpilih. Ketam Konfius yang dianggotai oleh Yus Jambu, Munir, Almy Nadia, Suhaimi, Along Cham, Nabil Ahmad dan Shuib Sepahtu pula gagal memikat pengundi pada minggu ini dan terpaksa memilih salah seorang dari mereka untuk disingkirkan pada minggu hadapan. Ketam Konfius diuruskan oleh Razif Ismail. Super Spontan 2013 kembali untuk musim kedua dan bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134) dan program spontan ini telah dihoskan oleh Ray dan Haniff. Kumpulan Boboi iaitu Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik pula bertindak selaku pengulas bersama Amir Raja Lawak. Seperti musim lalu, lima pusingan permainan telah dijalankan untuk minggu ini untuk menguji kebijaksanaan para peserta. Pusingan pertama ialah Penterjemahan yang memerlukan peserta menterjemahkan bahasa makhluk asing. Permainan kedua pula ialah Keluar Masuk. Empat peserta akan diberikan perkataan yang mewakili diri mereka, seterusnya mereka akan diberikan satu situasi dan apabila perkataan yang diwakili mereka disebut, mereka harus keluar atau masuk kembali ke dalam gelanggang. Permainan ketiga ialah Beku dan peserta harus melakukan sesuatu aksi dan kemudian berhenti beku untuk digantikan peserta lain. Permaian keempat dinamakan Dialog Dalam Tin, dua orang dari setiap kumpulan akan diberikan lima dialog yang tertulis di atas kertas dan berdasarkan situasi yang diberikan, mereka harus mengucapkan dialog itu ketika melakonkan sketsa. Pusingan terakhir dinamakan Demonstrasi dan seorang peserta akan diikat tangannya dan peserta lain akan bertindak menjadi tangan kepada peserta tersebut untuk melakukan sesuatu demonstrasi sambil dibantu peserta ketiga. Minggu pertama Super Spontan 2013 terus padat dengan aksi lucu dan berjaya menarik perhatian dengan telatah para pesertanya sehingga ramai tidak kering gusi melihat aksi mereka melakukan setiap tugas dengan spontan. Teruskan menonton Super Spontan 2013 di minggu kedua pada minggu hadapan untuk melihat aksi mereka yang seterusnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog