
Dia ikhlas memeluk Islam dan teruja untuk menjalani kehidupan sebagai Muslimah, namun segala impian berkecai apabila suami yang diharapkan menjadi pembimbing bukan saja gagal berbuat demikian, malah menyusahkan lagi hidupnya
. Berikutan itu, seorang saudara baru, Agnes Abdullah, 36, kini tenggelam punca selepas suami dikahwininya tujuh tahun lalu memerangkapnya dengan beban hutang RM2 juta menyebabkan dia berdepan kemungkinan diisytihar bankrap.
Merumitkan lagi keadaan, anak lelaki berusia lima tahun hasil perkahwinan mereka didaftarkan sebagai bukan Islam sedangkan Agnes mahu anaknya itu membesar dengan mengamalkan ajaran Islam.
“Saya dipukul, malah digelar pelacur apabila bertanyakan mengenai status agama anak tunggal kami. Dia langsung tidak pedulikan kehidupan kami, malah (dia) berhasrat untuk kahwin lagi,” katanya.
Menurutnya, sebagai saudara baru, dia amat memerlukan bimbingan daripada suaminya untuk mendalami dan menjadikan Islam sebagai landasan kehidupan, tetapi apa yang berlaku kini menyebabkan dia buntu.






Hati siapa yang tidak sedih dan kecewa apabila menerima perkabaran kekasih yang dicintai telah menerima pinangan orang lain.
Namun penyanyi, komposer dan penerbit, Hafiz Hamidun tetap meneruskan kehidupan meskipun hasratnya untuk meminang kekasih yang berasal dari Indonesia tidak kesampaian apabila wanita itu berkahwin pada April lalu.
Dedah Hafiz, sepatutnya dia dan keluarganya merancang mengerjakan umrah di Mekah dan dalam masa yang sama berjumpa dengan keluarga kekasihnya yang menetap di sana untuk menyatakan hasrat meminang.
Begitupun, sebelum bertolak dia menerima panggilan telefon daripada kekasihnya yang mengatakan dia telah dipinang dan bakal berkahwin dengan seorang pemuda yang berasal dari Indonesia.
“Saya berjumpa dengannya setahun yang lalu ketika menunaikan umrah di Mekah. Kali pertama memandangnya saya terus suka dan ingin meminangnya.
“Namun hendak buat macam mana, keluarganya mahu dia berkahwin dengan orang sebangsanya yang turut menetap di Mekah,” jelasnya yang bakal bercuti seorang diri ke Turki pada hari raya ketiga nanti.

Shah Alam Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok menafikan telah mengeluarkan kenyataan wang zakat yang dikutip di negeri itu perlu diagihkan kepada kaum Cina.
Fitnah itu difahamkan telah disebarkan oleh seseorang di internet.
Beliau yang juga ahli Parlimen Seputeh menulis di laman mikro Twitternya, perkara tersebut tidak benar dan mendakwa ada orang kurang waras telah menyebarkan fitnah terhadapnya.
“Ada orang gila buat fitnah dalam internet bahawa saya minta duit zakat diberi kepada orang Cina.
“Ada orang fitnah dalam bulan Ramadan,” tulisnya.
Antara satu salinan “print screen” Facebook yang disebarkan menyatakan Teresa, hasil pilihan orang Melayu telah mengeluarkan kenyataan bahawa duit zakat orang Islam yang dikutip di negeri Selangor seharusnya diagihkan dan diserahkan juga kepada kaum itu yang juga membayar cukai.
Dalam pada itu, Sinar Harian Online juga mendapati beberapa blog turut menyiarkan kenyataan Teresa itu yang berjudul “Cina pun mahu duit Zakat”.
Pelakon popular era 1980-an, Rosnah Mohd Noor telah disahkan meninggal dunia pada sebentar tadi sekitar jam 2.55 petang Ahad di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Khabar kematiannya itu dimaklumkan oleh rakan Allahyarhamah, Zaridah Ishak kepada mStar Online yang menghubunginya jam 3.30 petang tadi.
"Rosnah sudah pun meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi. Dan kini saya bersama keluarganya sibuk menguruskan jenazah. Buat masa ini kami belum pasti lokasi pengebumiannya.
"Kami sedang berbincang," katanya kepada mStar Online
Tambah Zaridah, jenazah dimandikan di HKL dan akan dikebumikan di tanah perkuburan di sekitar USJ Subang Jaya sejurus selapas anak sulung Allahyarham iaitu Wan Ramada Agus Putra tiba dari Australia.
Terdahulu, mStar Online pada 27 Februari lalu pernah melaporkan Rosnah, 54, dimasukkan ke HKL apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihadapinya sebelum ini.
Allahyarhamah sering mendapatkan rawatan di HKL akibat penyakitnya itu.
Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rosnah telah berlakon beberapa buah filem antaranya Hantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983), Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982).
Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra, 24, Wan Shamira Puteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20.
Wan Ramada sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di Australia manakala anak bongsunya pula belajar di sebuah kolej swasta Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR, 5 OGOS 2013: Syawal yang akan menjelang beberapa hari saja lagi nampaknya telah didukacitakan dengan berita kehilangan seorang kanak-kanak kecil bernama Aishah yang dilaporkan hilang dan diculik seorang lelaki.
Pemain pertahanan Bola Sepak Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak akhirnya menceraikan dramatis, Rita Rudaini dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang Ahad.
Akhbar Berita Harian hari ini melaporkan, Aidil membuat keputusan itu selepas dia dikatakan bengang dengan Rita berhubung artikel 'Rita bengang skandal terbaru Aidil' disiarkan menerusi ruangan pojok Desas-Desus terbitan B*POP pada Ahad.
Rita mengesahkan kepada akhbar tersebut bahawa dia menerima kiriman SMS itu daripada Aidil petang Ahad selepas berlaku 'perang SMS' di antara mereka sebelum itu.
Antara butiran SMS Aidil kepada Rita: "Aku ceraikan kau talak satu."
Rita yang kini berada di kampungnya di Perlis untuk sambutan Aidilfitri berkata, dia reda menerima keputusan itu. Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun. Aidil sebelum ini telah dikaitkan serta digosipkan dengan ramai wanita terasmuk aktres Jue Aziz dan terbaru Zarema Zainal.
Tiada angin ataupun ribut, selain daripada video hina Islam yang tidak berkesudahan itu, Murai Batu dapat satu info meletop nak kongsi dengan semua peminat aktor Hollywood yang seorang ini. Bulan lepas ada juga dengar cerita mengatakan hero ini nak datang Malaysia, tapi tak ada yang update dengan MUrai Batu, tak dapatlah scoop!
Tup tup kata teman sepejabat Murai Batu bahawa rakannya kini sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana menyambut kedatangan aktor sasa tinggi lampai, Chris Hermsworth, yang merupakan hero bagi filem Thor yang diterbitkan Marvel Studios itu yang tiba pada petang tadi.
Walaupun dengan lagak biasa seperti pelancong lain, kelibat suami Elsa Pataky itu katanya tetap dikawal oleh polis - polis bantuan KLIA dan dijaga ketat. Untunglah jadi kakak dan abang polis tu dapat berjalan sama, silap-silap ada gambar terkeluar satu dunia tengok uols! Makan hati Murai Batu.
Walaupun baju dia ala-ala biasa sahaja dengan seluar pendek tapi kalau dah namanya pelakon Hollywood biarpun dia berasal dari Australia, tetap nampak hot sangat. Sabar ajelah Ramadan nan mulia ini. Tiada hembusan jahat kedengaran, memang kuat iblis dan syaitan kena ikat, Murai Batu terasa tergoda sikit-sikit sahaja.
Cerita banyak pon tak guna merepek sahaja kan? Chris kini berada di Malaysia untuk membintangi filem yang berjudul Cyber. Hero ini akan ditemani bintang pujaan Asia iaitu Wang Lee Hom yang dikhabarkan bakal tiba beberapa jam selepas Chris. Dua - dua pun memang hot datang kat Malaysia yang sentiasa panas. Bukan panas cuaca sahaja semua benda pon panaslah! Oooops!
Ok yang penting lima minggu dia akan berada di sini. Tetapi janganlah pembaca semua berharap akan ada sidang akhbar atau sebarang publisiti pada pemerhatian Murai Batu. Tak tahulah kalau ada suratkhabar nak scoop ooopps ooopps!
Filem arahan Micheal Mann ini telah menjalani penggambaran di Jakarta, Los Angeles, Hong Kong dan Port Klang dan Chris dan Lee Hom akan dibantu dengan para pelakon hebat seperti Viola Davis dan Tang Wei.
Kalau sesiapa rasa nak mencuba nasib bertemu dia silakan berbuat demikian. Jangan lupa tag @gengmurai untuk kongsi gambar okay? Murai Batu lebih teruja nak beraya kot sebab tu lah rasa kurang berminat.
Lagipun sequel Thor iaitu Thor: The Dark World akan ditayangkan 31 Oktober depan, tengok wayang sahajalah kalau tak jumpa depan mata. Pandai pilih tarikh datang ke Malaysia ye Chris? Tapi tak mengapa, kalau jodoh Murai Batu berjumpa dia, jangan makan hati uols nanti! Selamat Berbuka semua!
Kalau dah jadi artis, Murai Batu rasa tak sah kalau tiada yang membenci atau tidak berpuas hati dengan artis itu. Yelah lumrah manusiakan, tak semua yang suka kita dan tak semestinya kita boleh puaskan hati semua orang.
Itulah yang terjadi kepada pelakon jelita, Hanez Suraya baru-baru ini. Hanez dalam laman instagramnya Murai Batu lihat mendedahkan 8 akaun yang diwujudkan untuk membencinya dengan pelbagai nama.
Antara nama akaun yang diwujudkan untuk membencinya adalah seperti Hanezhaters, Hanezbenci, Hanezhaterzzzzzz, Hanezhanezhaters dan banyak lagi.
Hanez yang berkongsi gambar screencapture setiap akaun pembencinya it, nampaknya bengang betul dan telah menasihatkan sesiapa yang mewujudkan akaun tersebut su[aya berhenti membuat kerja-kerja sebegitu dan berbanyakan beramal.
Berikut merupakan caption Hanez : " Banyaknya!! Semua ini orang yang sama!! Apa kata bulan yg mulia ni lebih baik buat keje amal dr buat keje jahat ni.. x jadi apa pon awak buat mcmni..Terima kasih!!"
Haaa bengang dan marah betul Hanez kepada orang itu. Tetapi menurut Hanez orang yang sama yang mewujudkan akaun itu? Betul ke? Kalau betul apa niat sebenarnya? Haih, Murai Batu pun tak fahamlah kenapa wujudnya orang sebegini, harap dia dapat hentika kerja-kerja begitu, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini. Tak gitu?

