5 Ogos 2013

Posted by jinson on 5.8.13 No comments
.
Penyanyi popular era 80-an, Rohana Jalil berkata, sebagai seorang artis yang telah berkecimpung dalam dunia hiburan selama 30 tahun, dia tidak cepat melatah dengan pelbagai cerita mengenai Kilafairy tetapi tetap menasihati aak gadisnya itu agar bertenang dalam menghadapi sesebuah kontroversi.
 "Sesuatu perkara yang diperkatakan orang adalah perkara biasa dalam bidang ini. Jika tiada gosip dan kontroversi bukanlah dunia artis namanya. "Paling penting kena kena tenang dan jangan lari daripada tanggungjawab dan kena terima apa juga orang kata kerana tidak semua orang sukakan kita," jelasnya. Sejak akhir-akhir ini, selain hubungan Kila dengan seorang pelakon Indonesia iaitu Hardy Hartono hebat diperkatakan, penyanyi dan pelakon itu turut dikecam kerana dikatakan tidak menghormati bulan Ramadan kerana memuat naik rakaman video di Instagram dengan memakai baju besar sehingga menampakkan pangkal paha.
 Terbaharu Kila sekali lagi dikritik oleh peminatnya gara-gara berkongsi sekeping foto dengan simbol yang seolah-olah menyerupai tanda salib. Mengulas mengenai hubungan Kila dengan Hardy, Rohana berkata, dia tidak berhak untuk mencampuri urusan peribadi anaknya itu malah mereka tidak pernah berbincang mengenainya.
 Rohana bagaimanapun memberitahu keakraban anaknya dengan pemuda itu buat masa ini hanya sekadar sahabat. Beliau juga berharap bakal menantunya nanti biarlah terdiri daripada individu yang tinggal di dalam negara dan bukan dari negara jiran.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog