5 Ogos 2013

Posted by jinson on 5.8.13 No comments
Hero Thor, Chris Hemsworth Shooting Di KL!Tiada angin ataupun ribut, selain daripada video hina Islam yang tidak berkesudahan itu, Murai Batu dapat satu info meletop nak kongsi dengan semua peminat aktor Hollywood yang seorang ini. Bulan lepas ada juga dengar cerita mengatakan hero ini nak datang Malaysia, tapi tak ada yang update dengan MUrai Batu, tak dapatlah scoop! Tup tup kata teman sepejabat Murai Batu bahawa rakannya kini sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana menyambut kedatangan aktor sasa tinggi lampai, Chris Hermsworth, yang merupakan hero bagi filem Thor yang diterbitkan Marvel Studios itu yang tiba pada petang tadi. Walaupun dengan lagak biasa seperti pelancong lain, kelibat suami Elsa Pataky itu katanya tetap dikawal oleh polis - polis bantuan KLIA dan dijaga ketat. Untunglah jadi kakak dan abang polis tu dapat berjalan sama, silap-silap ada gambar terkeluar satu dunia tengok uols! Makan hati Murai Batu. Walaupun baju dia ala-ala biasa sahaja dengan seluar pendek tapi kalau dah namanya pelakon Hollywood biarpun dia berasal dari Australia, tetap nampak hot sangat. Sabar ajelah Ramadan nan mulia ini. Tiada hembusan jahat kedengaran, memang kuat iblis dan syaitan kena ikat, Murai Batu terasa tergoda sikit-sikit sahaja. Cerita banyak pon tak guna merepek sahaja kan? Chris kini berada di Malaysia untuk membintangi filem yang berjudul Cyber. Hero ini akan ditemani bintang pujaan Asia iaitu Wang Lee Hom yang dikhabarkan bakal tiba beberapa jam selepas Chris. Dua - dua pun memang hot datang kat Malaysia yang sentiasa panas. Bukan panas cuaca sahaja semua benda pon panaslah! Oooops! Ok yang penting lima minggu dia akan berada di sini. Tetapi janganlah pembaca semua berharap akan ada sidang akhbar atau sebarang publisiti pada pemerhatian Murai Batu. Tak tahulah kalau ada suratkhabar nak scoop ooopps ooopps! Filem arahan Micheal Mann ini telah menjalani penggambaran di Jakarta, Los Angeles, Hong Kong dan Port Klang dan Chris dan Lee Hom akan dibantu dengan para pelakon hebat seperti Viola Davis dan Tang Wei. Kalau sesiapa rasa nak mencuba nasib bertemu dia silakan berbuat demikian. Jangan lupa tag @gengmurai untuk kongsi gambar okay? Murai Batu lebih teruja nak beraya kot sebab tu lah rasa kurang berminat. Lagipun sequel Thor iaitu Thor: The Dark World akan ditayangkan 31 Oktober depan, tengok wayang sahajalah kalau tak jumpa depan mata. Pandai pilih tarikh datang ke Malaysia ye Chris? Tapi tak mengapa, kalau jodoh Murai Batu berjumpa dia, jangan makan hati uols nanti! Selamat Berbuka semua!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog